Sebagai mengukuhkan bahagian bahasa Melayu dalam laman web kami, malaysiakini http://www.malaysiakini.com, saya menjemput Sdr/ri menulis berbagai-bagai isu negara yang semasa dan wajar diberikan fokus serta didebatkan. Sumbangan dalam bentuk artikel pendek, atau analisis berita (antara 500-700 patah perkataan) dan juga surat pembaca sangatlah dialu-alukan.
Laman web kami merupakan "akhbar harian dalam talian" yang dikendalikan secara sepenuh masa dan profesional. Prinsip yang diperjuangkan ialah kebebasan bersuara dan berhujah secara matang. Sebarang isu semasa dan idea akan diberikan keutamaan selagi menggunakan bahasa yang sopan, susunan ayat yang boleh difahami dan tidak menyerang peribadi (personal attack). Semua pihak berhak dan ada tempat di laman web kami dan tidak ada pihak yang sewajarnya rasa kekok (offended) terhadap beberapa isu/idea yang dikemukakan.
Selain berita dan penulis tetap ruangan-ruangan tertentu, kami juga mengalu-alukan penyumbang sekali-sekala (occasional contributor), khususnya pada hujung minggu (weekend edition) dan surat-surat untuk disiarkan (enam hari seminggu). Penyumbang tulisan (rencana, pendapat) selain surat akan dibayar saguhati.
Laman web dwi-bahasa ini menerima tulisan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja, dan bukannya bahasa rojak.
Nama samaran dan alamat emel percuma (seperti hotmail, yahoo dan sebagainya) akan tetap diterima.
Sila kirimkan kepada saya atau Pengarang Jika ada maklumat-berita/ desas-desus/ maklumat dalaman untuk kami siasat dan sahkan, sila kirim melalui
Telefon (03) 431-11-77 (Pengarang) (03) 431-17-64 (Pengarang Berita)
Faksimili (03) 431-11-66
Sokongan dan kerjasama Sdr/ri didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Fathi Aris Omar,
Pengarang Berita (Melayu)
Laman web malaysiakini.com http://www.malaysiakini.com/