Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Janganlah menuduh orang Islam sebagai kafir atau murtad

Saya tak berani kata Mahathir kafir atau murtad, biarlah Allah sahaja yang menentukan, kita hanya lihat kepada perbuatan lahiriahnya saja, disebalik itu kita tak tahu, dan jika kita hendak menilai beliau secara perbuatan lahiriahnya sahaja, kita mesti adil dalam penilaian kita, kita tidak seharusnya melihat kepada keburukan keburukannya sahaja, tetapi pada kebaikan kebaikannya juga, beliau solat, berpuasa, mengejakan haji, membantu menghantar tentera keBosnia, mengkritik negara negara Kristian keatas ketidak adilan mereka, beliau juga bercita cita ingin mendaulatkan Islam, walaupun pendekatan beliau agak berbeza dengan apa yang kita belajar selama ini, dan Allah berfirman didalam Alquran kalau kita buat kebajikan walaupun sebesar zarah tetap dia akan balas.

Pada penilaian saya ini bukanlah ciri ciri orang orang kafir atau murtad. Sebagai manusia semua orang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan, begitu juga Mahathir dan kesilapan kesilapan yang beliau lakukan ada yang jelas sperti yang anda semua sedia maklum dan ada yang tersembunyi yang mana cuma Allah s.w.t sahaja yang tahu, walau bagaimanapun ini pada pandangan saya tidak menjadikan dia murtad atau kafir, memadailah dengan mengatakan beliau telah bergelumiang dengan DOSA dan beliau akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan atas perbuatan perbuatan beliau itu. Dan sekiranya beliau bertaubat maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat

Allah berfirman: "Hanya sesungguhnya balasan terhadap orang orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan dimuka bumi, bahawa mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang seling, atau dibuang dari bumi itu(buang negeri). Demikian itu sebagai penghinaan bagi mereka didunia, dan di akhirat mereka mendapat azab yang besar, kecuali orang orang yang taubat sebelum kamu dapat menguasai mereka, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."Al-Maidah 33,34 "Maka barangsiapa yang taubat sesudah kezalimannya dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Al-Maidah:39

Katakanlah," Setiap orang berbuat menurut keadaannya, maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapa-siapa yang lebih benar jalannya." Al-Israa:84

Oleh itu saya tidak berani menuduh siapa siapa pun sebagai kafir atau murtad, kadang kadang orang yang kita tuduh itu kesudahannya lebih baik dari kita.

Tetapi lainlah jika orang itu sendiri mengistiharkan dirinya kafir atau murtad

tukjanggut



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com