Apabila kembalinya BN memerintah kembali negeri kedah walaupun kehilangan 12 kerusi tapi masih
menunjukkan sikap angkuh dan sombong, tiada apa yang dapat kita lihat sampai sekarang
jika ada perubahan yang dalam sistem pemerintahan sekarang tetapi masih dalam alaf lama
lagi dan bertambah masalah lagi.
Keadaan negeri masih dalam jerubu lagi berkemungkinan jerebu akan bertambah lagi, apa yang
kita dapati sekarang MB Kedah yang baru masih tidak berfungsi dalam tugas2nya
sebagai MB Kedah sebaliknya masih meminta nasihat dari PM lagi,
banyak sangat meminta nasihat kat PM sehingga banyak Cawangan2 UMNO Kedah sudah mempertikaikan
MB Kedah tersebut dan ada pula secara gurau mencadangkan supaya PM sendiri yang menjadi
MB Kedah kerana banyak keputusan tidak dapat dibuat walaupun kes AIR MADA pun tak tahu nak
diselesaikan.
Wahai MB Kedah tak malu ke dekat rakyat kedah ni yang terkenal dengan PM nya yang cerdik
tu atau sebenarnya siapa yang cerdik rakyat ke pemerintah. Itulah terjadi masa jadi Exco
dulu tak mahu nak belajar nak jadi Exco yang berwibawa, ni dulu masa jadi Exco asyik duduk
kat kedai kopi Stesen Bas Baru Alor Setar dok sembang dengan Pak Non Radio sajer, inilah jadinya.
Kadang2 terfikir negeri kedah ni apa punya nasib dapat MB Kedah pun dari dulu kini dan
sekarang macam2 tak ada seorang pun yang nak jadi penawar semua jadi racun pada rakyat kedah.
Lepas satu citer datang satu citer bila hak habis tak tahu pula, dulu masa MB Sanusi kes
projek2 tak masuk akal sekarang ni citer pasal PUB, DISKO, TIGER SHOW ( TARIAN BOGEL ),
MESIN KUDA DAN LAIN2 LAGI pula timbul sekarang macam kat Hong Kong pula negeri Kedah ni.
Kadang2 tak payah pergi seberang ( Thailand ) kat Negeri Kedah ni berlambak ada asal
kocek penuh sudah.
Inilah yang kata perubahan demi kebaikan rakyat, kalau Akbar Harakah nak di haramkan tapi
maksiat depan mata buat tak kisah,betul apa yang orang tua2 kata " Kuman seberang laut nampak,
Gajah depan mata tak nampak" betul juga ya semenjak jadi MB Kedah ni asyik pakai Kacamata ajer.
Apa pun yang terjadi yang jadi mangsa sekarang adalah rakyat kedah sendiri,
mungkin selepas ini rakyat kedah akan menilai lagi keadaan pemerintah sekarang
dalam pilihan raya yang akan datang demi menyelamatkan keadaan negeri Kedah yang tercinta ini,
mungkin yang tersilap undi tempoh hari menyesal akan apa yang terjadi pada negeri Kedah ini
tapi tak mengapa tuhan maha pengampun pada pilihan raya yang akan datang nanti pilihlah yang
terbaik dan adil semoga kita berada dalam keadaan aman dan sejahtera.
dari :
SUK Kedah 2004