Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Soalan YB. Datuk Hj. Kamarudin Jaafar

SOALAN UNTUK JAWAPAN BERTULIS

  1. Meminta Menteri Penerangan menyatakan prinsip-prinsip utama etika pengiklanan untuk siaran dalam media massa di negara ini

  2. Meminta Menteri Penerangan menyatakan peratusan program-program hiburan, berita, rencana, agama dan sukan yang disiarkan di TV; RTM 1, RTM 2, TV3 dan NTV7

  3. Meminta Menteri Penerangan menyatakan berapakah jumlah kakitangan Bahagian Khas Jabatan penerangan dan nyatakan belanjawan tahunan bagi tahun 1999 bahagian ini?

  4. Meminta Perdana Menteri menyatakan kenapa kertas-kertas undi semasa pilihanraya umum ke-10 yang lepas didapati diselaputi lilin

  5. Meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah anggota tentera dan polis yang terdapat di dalam senarai pemilih (pengundi) dan berapa orangkah daripada mereka yang membuang undi pada pilihanraya lalu

  6. Meminta Pembangunan Luar Bandar menyatakan pengesahan laporan akhbar bahawa kementerian akan mengambil tindakan disiplin terhadap kakitangan KEMAS yang tidak menyokong BN pada pilihanraya yang lalu.

  7. Meminta Menteri Penerangan menyatakan berapakah jumlah pembayaran yang diterima daripada BN atau mana-mana pihak sebagai bayaran iklan dalam RTM (TV dan radio) pada pilihanraya lalu

  8. Meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah hutang yang ditanggung oleh Petronas?

  9. Meminta Perdana Menteri menyatakan berapa banyakkah pelabur-pelabur asing mengikut negara dan nilai pelaburan mereka untuk projek-projek di bawah Multimedia Super Corridor (MSC)?



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com