Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diistiharkan sebagai sebuah IPTA yang mempunyai autonominya sendiri pada 1 Januari 2000. Ia juga telah diumumkan oleh Dato' Najib (Menteri Pendidikan ketika itu) dua hari sebelum pilihanraya ke-10. Ini membolehkan KUT mendapat peruntukkan sendiri dari Kerajaan Persekutuan dan mengambil pelajar sendiri tanpa melalui UPM. Fakulti-fakulti baru dengan program-program terkini telah dirancang oleh ahli-ahli akademik untuk memajukan satu-satunya IPTA di Negeri Terengganu.
Tetapi malangnya, ura-ura kelulusan tersebut akan ditarik balik oleh Kementerian Pendidikan sebagai balasan kepada rakyat Terengganu yang telah memberi mandat kepada Kerajaan PAS untuk memerintah Negeri tersebut.
Saya sebagai pelajar KUT dan anak Negeri Terengganu merasa amat sedih dengan permainan politik yang tidak berkesudahan ini. Kita sepatutnya iklas untuk meningkatkan ilmu dan memajukan anak bangsa bukannya dengki dan membalas dendam sehingga rakyat yang menjadi mangsa.
ms