Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Mahathir kata dia tak nak jadi PM, betul ke ?

I.

Isu politik negara sebenarnya masih menarik untuk diikuti dan diulas walaupun tidak semeriah musim pilihanraya dulu. Membaca berita dan cerita tersirat di sebalik pemilihan pemimpin UMNO kadangkala membuat kita tergelak sendiri. Untuk sesetengah jawatan, pertandingan mesti diadakan untuk "menegakkan demokrasi dalam UMNO", manakala untuk 2 jawatan tertinggi pula, pertandingan tidak boleh diadakan kerana "untuk mengelak perpecahan UMNO...UMNO mesti belajar dari kesilapan pemilihan tahun 1987 dulu....Jika UMNO lumpuh, siapakah yang akan membela nasib orang Melayu"....dan bla..bala...bermacam-macam alasan lagi.

Baca petikan berita di bawah:

"KUALA LUMPUR, Jan 31 (AFP) - Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad, who has declared that his current term in office will be his last, says he has no intention of staying on in a ministerial role after stepping down as premier.."

Maksudnya Mahathir tak nak jadi PM lagi selepas ini, "this is my last term", katanya. Itulah janji Mahathir sebagaimana dia dulu pernah berjanji "will step down" apabila ada tanda-tanda orang sudah tidak sukakan dia. Selepas itu dia kata dia tak akan undur diri "kecuali apabila saya ditembak". Orang pro-reformasi kata Mahathir sudah nyanyuk, tetapi dari cakap dan air mukanya Ayah Cik rasa dia belumlah sampai ke tahap itu lagi.

II.

Jawatan-jawatan lain juga bukan main hebatnya...termasuklah Ketua Wanita dan Naib Presiden. Masing-masing menunjukkan kehebatan masing-masing. Ku Li masih 'low profile' tetapi dijangka akan membuat kejutan. Rais Yatim masih tidak habis-habis dengan teorinya, malah semakin banyak teori yang dikeluarkan sejak ketiadaan Brahim Ali. (Nok tanyo Oghe Pasir Mas...poster besar Brahim ado lagi ko dekat Pasir Mah?).

Setelah MCA dan Gerakan bertelagah, UMNO akan berkelahi sesama sendiri selepas ini. Walaupun semuanya berjanji untuk 'berjuang dan berkhidmat untuk rakyat', tetapi rakyat yang celik minda dan terbuka hatinya akan dapat melihat apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh golongan-golongan ini.

Entahlah...kita tunggu dan lihat sahaja. Bagi Ayah Cik, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO.

* psssttt...dalam list Sutera ni ramai juga penyokong setia UMNO! Selepas ini pasti banyak e-mail layang yang Ayah Cik terima...

|A|Y|A|H| |C|I|K|

"""""""""""""""""""""""""""



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com