Senario Lama
Bergemalah tepukan orang bila dia tampil. Terserlah senyuman bila diangkat setinggi langit. Berdebar darah menanti apa yang bakal diucapkan beliau.
Dr.Mahathir melangkah perlahan dan bersahaja. Kemudian beliau berucap dengan nada berhati-hati. Berceritalah ia tentang sejarah UMNO menentang Malayan Union, kehebatan pejuang seperti Tunku dan Tun razak. Dipujilah mereka.
Berbangga par Perwakilan UMNO kerana Mahathir sendiri memberi mereka tahniah dengan wajah tersenyum mengukir bibir. Para Perwakilan bertepuk sesama sendiri sebagai tanda terima kasih. Waduhhhh…. Hebatnya Datuk Seri Presiden!!
Maka bermulalah segala umpat keji dan fitnah tersembur dari ‘muncuk’ Datuk Seri Presiden!! Disebutlah PAS sebagai parti pemecah perpaduan Melayu, pemecah perpaduan umat Islam di negara ini. Maka terdengar laungan “orang upahan” dari sudut Dewan Hussein Onn.
Kemudian dikakaitkan pulabetapa busuknya hati PAS dan kepimpinan PAS melaga-lagakan orang Melayu, menakut-nakutkan orang Melayu. Disebutlah PAS anti pembangunan, perosak minda anak-anak disekolah, di masjid-masjid dan surau melaui kuliah “pendakwah bebas”.
Dan tersebutlah cerita “Agen Asing” sedang berpakat dengan puak tertentu (termasuk mereka dalam UMNO) untuk menggugat kestabilan parti dan keselematan rakyat dan negara. Maka disebutlah bagaimana Soros telah menjahanamkan ekonomi Malaysia hingga terpuruk.
Maka disebutlah isu “janggut dan misai”, “ketayap dan serban”. Maka diperlekehlah mereka yang menggunakannya, termasuk sentuhan terhadap beberapa “hadis-hadis” yang tak diketahui kesahihannya. Dan, diperkononkan lah bahawa “Ulamak” tidak berdaya mentadbir sebuah negara.
Sementara itu, disebutlah bagaimana susah-payahnya Kerajaan kepimpinan yang ada sekarang membanteras anasir “fitnah” yang menjadi-jadi melalui HARAKAH, akhbar PAS!
Begitulah ucapan beliau sebagai “amanat”. Satu ketika “tersedulah” beliau semacam sedih tidak terhingga kerana “Hancur UMNO akan hancurlah Melayu…!!”. Itu pegangan beliau. Beiau betul-betul yakin dengan itu….“HANCUR UMNO AKAN HANCURLAH MELAYU…!!”. maka berjuraian airmata …!!
Dengar Khabar
Ku Li kabarnya berpadan-padan dengan vetren UMNO yang bernama. Kabarnya pencalunan sudah meningkat. Kesan kempen bagai badai berhembuskan angin kecang. Ramai yang tak ragu-ragu lagi, menyorot cerita “Ku Li mesti bagi menang”. Hanya kali ini UMNO boleh “naik” kalau BN nak menang tahun2004…”. Macam-macam alasan yang didengar.
Kabar juga tersebar, puak “Demokrat UMNO” makin kuat mencanang-canangkan supaya Perubahan pucuk pimpinan UMNO mesti dilakukan. Mahathir tidak ada kemampuan lagi. Nama Mahathir dah masok “tong taik” Ling Leong Sik – kata seorang bekas MB. Beberapa orang di Perhubungan sudah merangka strategi.
Orang UMNO sekarang sebok membeli HARAKAH. Mereka sendiri menghadiri ceramah-ceramah BA/PAS. Komputer baru laris sekarang dengan Internet dipasang bermodem canggih dengan talian ISDN; paling kurang 56 bps. Forum-forum Reformasi jadi minatan.
Berkata seorang puak upahan UMNO peminat Forum-forum Reformasi BA, “Memang hebat diorang punya points. Kita dalam UMNO nih macam katak kehujanan. Tak tau Mahathir & Dollah Bedawi menipu kita…..hehehe !!” Maka beratus keping surat layang diedarkan.
Kali ini, jika pertandingan diadakan merebut jawatan Presiden, nampaknya Mahathir betul-betul akan menangis tak berlagu. Jika menangis sudah, ketawa sudah..apa lagi ikhtiar Mahathir?
Mungkin Ku Li akan dikenakan ISA sebab dituduh liwat dengan Rafidah? Mana tau?
Bagi Mahathir, kalau Ku Li dituduh berzina dengan Siti Hasmah pun dia sanggup hebahkan. Dengan syarat – JIKA itu membolehkan dia kekal sebagai Presiden UMNO sepanjang hayat, baginya tak ada halangan. Kerana Mohd. Rahmat yang cadangkan “Mahathir jadi Presiden tanpa tanding sampai bila-bila”, maka boleh menggantikan Aziz Shamsuddin pulak…!!
Bagi Mahathir, jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri adalah HAK nya … JANGAN CUBA GUGAT!!
Mat Kroyok