Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

MAHATHIR TIDAK PEDULI PASAL UMNO, ASALKAN DIRINYA SELAMAT

Sejak awal tahun 1987, memang desas desus terdengar ketelinganya bahawa Tengku Razaleigh berhasrat mencabar kepimpinannya dalam UMNO. Pada tahun 1988, berlakulah peristiwa yang membawa UMNO dibatalkan.

Peristiwa itu bagai api dalam sekam – asap berkepul, namun apinya membara; tidak kelihatan. Tahu-tahu, segalanya sudah jadi abu!! Analoji dari peribahasa Melayu itu adalah hasil pemerhatian orang Melayu dahulu kala. Mumgkin orang Melayu saja yang tahu bahana “api dalam sekam” itu. Acapkali, bila asap tidak berkepul lagi, marak api cuma peringkat terakhir unggun sekam itu akan jadi abu.

Mungkin Mahathir tidak menghayati pribahasa Melayu searif orang Melayu, kerana perbezaan budaya dan zuriat saka-baka asal-usul keturunan Mahathir Mohammad dengan orang-orang seperti Ku Li, Musa Hitam, Ghafar Baba, dan majoriti ahli UMNO yang lain.

Bermula dengan “Peristiwa UMNO Terbatal” itu, saban tahun merasa kewajipan pertamanya ialah untuk menyelamatkan dirinya dari dianjak keluar. Mahathir tidak akan menerima jawatan lain sekiranya ia tewas mempertahankan kedudukannya sebagai “The Honourable Mr. President” UMNO.

Dalam hati Mahathir, dari menangung malu, lebih baik UMNO dihancurkan terus. Paling kurang orang akan berkata, “Nah! Mahathir tidak lagi menrajui UMNO, maka parti itu hancur punah…!!”. Bermakna kredibiliti dirinya terjamin.

Itu satu teori – dalam ilmu Psychology disebut “Obsession drive”.

Hari ini, kita lihat Mahathir seolah-olah tidak peduli apa orang lain kata. Bermula dengan laungan para demo di Dataran Merdeka yang bergema dengan maki-seranah carut-marut terhadap dirinya, namun Mahathir tidak peduli. Diumpamakan, Mahathir bagai seketul tunggul mati beragan – dibakar tak hangus dan hujan tak lapuk.

Kita lihat, dalam Pilihanraya terakhir baru-baru ini, Mahathir berucap dalam Perhimpunan MCA seolah-olah “kaum Cima wajar waspada: jika Pembangkang menang, rusuhan akan berlaku…”.

Ucapan beliau berbau hasutan dan adu-domba yang membalikkan jarum jam ke tahun 1969, bertarikh 13 Mei. Dengan lain perkataan, kerja-kerja berhemah yang diusahakan rakyat selama 30 tahun genap mungkin akan ranap-musnah semata perasaan perkauman yang semarakkan Mahathir sudah sampai ketahap “merbahaya dan membimbangkan”..!!

Ditafsirkan, itu adalah ‘obsession’ Mahathir “ingin berkuasa” terus telah mengepikan norma-norma yang membentuk dalam diri beliau perasaan “tidak peduli” siapa dan apa yang terkorban asalkan dirinya terus berkuasa.

Sikap itu, adalah terbit dari pancaran hati yang mendorong seseornag itu (dalam konteks ini Mahathir) akan berlaku zalim, khianat, hilang pertimbangan dan kewarasan.

PROPHECY MAHATHIR: BIAR UMNO HANCUR ASAKAN DIA SELAMAT!!

Kita singkap peristiwa DS Anwar dilucutkan jawatan TPM dan dari semua jawatan dalam parti dahulu. Mahathir sedar bahawa tindakan beliau adalah tidak adil. malah lebih zalim dari kezaliman yang benci manusia bertamaddun.

Tetapi, kita dengar pita mesyuarat MKT yang “membicarakan” kes Anwar. Mahathir memang berhasarat dan berniat yang satu itu, iaitu “Melucutkan Anwar dari semua jawatan”. Tidak adasebarang tangguh untuk berfikir. Tidak ada sebarang cara dan kaedah bertujuan untuk mencari penyelesaian. Tidak ada perasaan sensitif kemanusiaan. Langsung tidak ada!!

Mengapa begitu? Jawapnya, Mahathir sudah terlalu “obsessed” dengan kedudukan dan nikmati kuasa dan penghrmatan orang terhadapnya sebagai Perdana Menteri (faktor pertama) dan Presiden UMNO/BN (faktor kedua).

Disebalik ke”obsess”an beliau yang disebutkan tadi, Mahathir juga didorong oleh satu ‘driving force’ yang paling mengancam beliau – iaitu “ketakutan kehilangan harta kekayaan” yang terkumnpul selama ini. Mahathir merasa dirinya tidak ada harga lagi sejak kejatuhan nilai mata-wang hingga merudumnya segala nilai harta dan saham yang dimilikinya melalui anak-anak dan puluhan kroni-proksi beliau.

Kerana itu, hingga hari ini, Mahathir tidak putus-putus mengutuk George Soros, walaupun Soros tertawa terbahak-bahak dan berjalan kemana-mana dengan “high nose”. Wujud dalam dirinya satu macam “vendetta” yang tidak terlepas.

Dan dicelah-celah bara membahang inilah, orang-orang seperti Daim Zainuddin, Aziz Shamsuddin, Rafidah Aziz, Sanusia Joned, dan puak yang berkonspirasi dalam MEMFITNAH Anwar telahmengambil kesempatan menjatuhkan hukuman keatas Anwar. Bagi mereka Anwar adalah musuh dalam selimut yang akan menyekat kemahuan dan impian tamak-haloba mereka.

Anwar yang terkenal (secara peribadi) sebagai seorang yang lurus dan telus, tidak semudah itu dipercincai oleh mereka yang berniat jahat dan khianat terhadap kesejateraan rakyat. Sebagai Menteri Kewangan, Anwar merasa bahawa “amanah” bukan satu perhetongan dunia semata-mata. Ia akan beraklhir dialam Barzah.

Maka terbitlah konflik antara Mahathir dan golongan “menyesatkan” itu dengan Anwar sebagai “the only and one only lone ranger” yang meredah belukar penuh onak itu. Anwar yang kuat berpegang kepada peraturan alam bahawa “yang benar itu akan tampak” telah mengambil sikap keras mempertahankan kebenaran itu.

Hari ini, “kebenaran” Anwar memang dihayati rakyat. Pilihanraya ke-10 adalah manifestasi sokongan rakyat sekuruh negara. Peristiwa “Mata Lebam” Anwar menarik perhatian dunia – hingga ke tahap Setiausaha PBB Kofi Anan; selain dari puluhan pemimpin dunia.

Hari ini juga, UMNO dan kepimpinan Mahathir dan kelompoknya memang sudah terhakis dari hati rakyat, namun sepretinama “peraturan rimba”, maka “yang kuat akan menang”. Paling kurang “menang sementara menanti kalah”..!! Kredibiliti Mahathir juga sudah hancur lebur dan tidak ada berbaki walau sebesar zarah sekalipun.

Namun Mahathir tidak peduli. Dia sudah dirogoh nafsu hasil dorongan “obsession” yang kian kuat dan mengencang. Itu adalah penyakit Mahathir yang tidak akan sembuh selama-lamanya.

Demokrat UMNO



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com