Walau apa pun alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa bagi mengelakkan
Mahathir daripada menjadi saksi ke mahkamah, ia tidak akan mencukupi untuk
menebus kehilangan kredibiliti Mahathir di mata rakyat. Terdapat
persoalan-persoalan yang mengganggu fikiran tentang persekongkolan aktif pasukan
pendakwa dalam usaha menghalang Mahathir hadir sebagai saksi.
Antaranya:-
1. Mahathir dikehendaki hadir sebagai saksi pembela, bukannya saksi pendakwa.
Pendakwa sepatutnya tidak campur tangan dalam menentukan siapakah saksi yang
hendak dipanggil oleh pembela. Ini suatu perkara baru dalam sejarah kehakiman di
Malaysia.
2. Pasukan pendakwa sebelum ini telah memanggil beberapa saksi yang telah
mengaitkan nama Mahathir semasa memberikan keterangan di mahkamah. Antara yang
paling penting ialah pengakuan (baca: pembohongan) Haniff Omar. Kehadiran Haniff
Omar di mahkamah hanyalah untuk mengatakan satu perkara sahaja: bahawa dia ada
memberitahu Mahathir pada tahun 1993 mengenai apa yang didakwa sebagai
‘kecenderungan’ Anwar terhadap homoseksualiti (sic).
3. Kalau Ghani Patail boleh menyatakan di mahkamah bahawa kesaksian Mahathir
adalah tidak relevan (dan yang demikian Mahathir tidak harus memberi keterangan
di mahkamah) kerana Mahathir tidak menyaksikan sendiri kejadian liwat itu; maka
mengapa pula kesaksian Haniff Omar dianggap relevan? Adakah Haniff Omar berada
di tempat kejadian? Ghani Patail telah membuat satu kenyataan yang paling
bangang dan menggelikan hati mengenai alasan mengapa Mahathir tidak perlu
dipanggil menjadi saksi. Saya petik apa yang beliau katakan sepertimana yang
terbit dalam akhbar The Star 18 Feb 2000:-
(Quote) 'There is also no evidence shown that the Prime Minister is a
material witness in the sodomy act. He was not at the scene.' (Unquote)
Soalan saya: Kalau syarat kesaksian ialah bahawa saksi berada di tempat
kejadian, Anwar telah lama bebas daripada kezaliman ini. Haniff Omar tidak ada
di tempat kejadian. Ummi Hafilda, Khairuddin Abu Hassan, Musa Hassan malah
semuanya tidak ada di tempat kejadian…. ! Alangkah bangang dan mengaibkan bagi
seorang pendakwa raya untuk mengeluarkan komen sedemikian.
4. Dalam keterangannya Haniff Omar telah pun mengheret nama Mahathir.
Kegagalan membawa Mahathir ke mahkamah akan mewujudkan ‘missing link’ kepada
keterangan Haniff Omar itu. Intipati kepada isu ini ialah sama ada benar Haniff
Omar ada menemui Mahathir dan memberitahunya mengenai ‘kecenderungan’ Anwar
tersebut. Saya amat yakin bahawa apa yang dikatakan maklumat oleh Haniff Omar
kepada Mahathir itu adalah suatu PENIPUAN. Mahathir harus disoal oleh peguambela
Anwar bagi membuktikan penipuan ini
Apakah yang membuatkan saya begitu yakin bahawa kisah pertemuan
Mahathir-Haniff ini sebagai dusta dan konspirasi semata-mata?
Tidak susah untuk membuktikannya kerana kita hanya perlu membelek
berita-berita yang disiarkan akhbar mulai daripada 2 September hingga 24
September 1998. Untuk memudahkan pembaca merujuk maklumat-maklumat ini, sila
rujuk kepada laman web Straits Times Singapura yang memberikan ruangan khas
mengenai kes yang melibatkan Anwar mulai 1 September 1998 hinggalah sekarang.
Berikut adalah laman-laman wab yang relevan:-
Laman web induk/indeks disusun secara kronologi:-
http://straitstimes.asia1.com.sg/anwar/anwarmth98.html#Sep
Sila beri tumpuan kepada berita-berita mengenai Anwar yang tersiar antara 3
Sept. hingga 24 Sept. 1998
Laman web pada tarikh-tarikh yang relevan serta petikan daripada
berita-berita yang tersiar (huruf besar oleh saya - Penulis):-
1. http://straitstimes.asia1.com.sg/anwar/anwar4_0904.html
[Catitan: Kenyataan Mahathir ini terbit pada 4 Sept. 1998. Ia menyebut bahawa
Mahathir hanya mengetahui salahlaku seks Anwar pada tahun 1997]
(Quote)
FOR NEARLY A YEAR, Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad refused to
believe that his hand-picked successor was involved in immoral sexual
activities.
He scolded a Cabinet minister and chased him out of the office for bringing
news of unnsubstantiated allegations and gossip.
When a widely-circulated poison-pen letter detailing his deputy's
inappropriate behaviour was making the rounds, HE ORDERED THE POLICE to arrest
its author and others believed to be behind it.
Publicly, HE RUBBISHED the allegations and told delegates at the Umno general
assembly last year to stop believing slander.
THE TURNING POINT CAME when several people, INCLUDING HIGH RANKING EXECUTIVE
OF A PUBLIC LISTED COMPANY, came forward with allegations about Datuk Seri Anwar
Ibrahim's homosexuality and philandering ways.
They put their names to affidavits despite being warned by police that they
could be charged under the Internal Security Act (ISA).
TO SATISFY HIMSELF, Dr Mahathir SPOKE TO EACH OF THE SEVEN WITNESSES ALONE,
hoping to pick out discrepancies in their testimonies.
Said the aide: "He was shocked at the vivid details and their unwavering
decision to stick to their stories despite being challenged."
One witness alleged that the Deputy Prime Minister had unnatural sex with
him.
Another said his wife became the target of Datuk Anwar's amorous advances.
THESE SAME WITNESSES recounted their stories on TUESDAY NIGHT at a hush-hush
gathering of chief ministers and mentris besar at the Prime Minister's official
residence….
Dr Mahathir told his inner circle that it was untenable for "someone who has
been groomed to be the leader of Malaysia" to have these tendencies.
So untenable that HE CANCELLED HIS TRIP TO THE NON-ALIGNED MOVEMENT meeting
in South Africa this week because he could not stand the idea of appointing him
as the Acting Prime Minister.
(Unquote)
2. http://straitstimes.asia1.com/anwar/anwar1_0909.html
[Catitan: Mahathir membuat kenyataan yang terbit pada 9 Sept. 1998 bahawa dia
mendapat tahu mengenainya melalui 'penyiasatannya sendiri' dan juga penyiasatan
polis. Ambil catitan bahawa penyiasatan polis hanya bermula pada kira-kira bulan
Jun 1998 apabila Anwar membuat laporan polis mengenai kes fitnah buku 50 Dalil,
sementara 'penyiasatan sendirinya'/pertemuan dengan Azizan dll hanya dibuat lama
setelah tarikh tersebut. Tetapi perlu diingatkan bahawa konspirasi meminggirkan
Anwar telah bermula lama sebelum itu, iaitu apabila pemecatan Yunus Said, Johan
Jaafar, Nazri Abdullah serta perlantikan Daim dalam MTEN. Insyaallah saya akan
menulis menerangkan dengan lebih detail mengenai kisah konspirasi ini, yang
sebagai akibatnya Mahathir amat takut sekiranya perkara itu dibangkitkan dalam
mahkamah. Ini kerana Mahathir tidak mungkin dalam 'reconcile' cerita-ceritanya
yang saling bertentangan, dan ini merupakan satu daripada 'the weakest spot'
Mahathir dalam episod pemecatan Anwar]
(Quote)
He had explained to the party faithful that for a long while he did not
believe the allegations of sexual impropriety against his deputy. In fact, he
had even lashed out against those who spread such slander last year.
BUT EVIDENCE FROM POLICE INVESTIGATIONS and his own personal probe convinced
him otherwise. He did not disclose the evidence and appeared hesitant to repeat
the allegations of homosexuality and sexual wrongdoing in front of a packed
hall, saying "that it is not a pleasant thing to say even".
(Unquote)
3. http://straitstimes.asia1.com/anwar/anwar1_0910.html
[Catitan: Dalam temuramah ini yang keluar dalam akhbar pada 10 Sept. 1998
(tulisan huruf besar oleh saya) Mahathir kata yang dia mula mendapat tahu
mengenai salahlaku seks Anwar pada tahun 1997] (Quote)
Q: Anwar has denied the allegations against him, but when did you start to
receive information of his misconduct?
A: THE MORAL MISCONDUCT HAS BEEN GOING ON FOR QUITE SOME TIME BUT I ONLY KNEW
ABOUT IT RECENTLY. But to deny that, even President (Bill) Clinton denied
(allegations against him). Who would ever admit that he is bad, that he does bad
things?
Q: SINCE WHEN HAVE YOU THOUGHT ANWAR IS NOT SUITABLE?
A: ONLY RECENTLY.
Q: WHAT ABOUT LAST YEAR?
A: LAST YEAR there were accusations (against Anwar). I said it was a lie. It
was deliberately done by people who wanted to bring down my deputy. I totally
rejected the accusations. I did not even read (the letter). Now with the crystal
clear evidence, I cannot reject anymore.
(Unquote)
4. http://straitstimes.asia1.com.sg/anwar/anwar1_0923.html
[Catitan: Kenyataan yang bercanggah dengan semua kenyataan awal ini dibuat
oleh Mahathir dan keluar dalam akhbar pada 23 Sept. 1998. Di sini buat pertama
kali Mahathir memberitahu yang beliau TELAH DIBERITAHU mengenai salahlaku seks
Anwar pada tahun 1993 lagi!]
(Quote)
Dr Mahathir also revealed that allegations of his protege's involvement in
homosexuality emerged several years ago when the former Inspector-General of
Police Tun Haniff Omar mentioned it. Like many Malaysians today, the Prime
Minister said that he thought it ridiculous. Even when the talk resurfaced last
year, he dismissed it as an attempt by some people to end Datuk Seri Anwar's
career.
(Unquote)
Kesimpulan daripada laman-laman web tersebut adalah seperti berikut:-
1. Kenyataan-kenyataan akhbar mulai 3 Sept. - 24 Sept. 1998 itu menunjukkan
yang Mahathir begitu konsisten dalam keterangannya bahawa ia mendapat maklumat
mengenai salahlaku seks Anwar PADA TAHUN 1997. Ketika itu beliau tidak percaya.
Bagaimanapun, apabila perkara itu ditimbulkan semula pada tahun 1998, dan beliau
sendiri menemui saksi-saksi yang terlibat, barulah beliau percaya dan terpaksa
mengambil tindakan.
2. Apabila Mahathir terus diasak, beliau terpaksa menambahkan ‘ajinomoto’
kepada keterangannya dengan mengheret nama Haniff Omar sekali. Ini beliau
lakukan pada 22 Sept. 1998 dan keluar dalam akhbar pada 23 Sept. 1998, tanpa
beliau menyedari bahawa versi tokok tambah ini telah merosakkan plot asal
‘novel’ busuk beliau. Hari itu, Mahathir kata yang beliau telah diberitahu
tentang salahlaku seks Anwar semenjak 1993 lagi. Orang yang memberitahunya ialah
Haniff Omar. Keesokannya Haniff Omar ‘mengiyakan’ kenyataan Mahathir. Haniff
sekali lagi menyatakan perkara yang sama di mahkamah. Maka kini adalah giliran
Mahathir untuk diperiksa oleh pasukan pembela tentang BILA SEBENARNYA BELIAU
MENDAPAT TAHU MENGENAI SALAHLAKU SEKS (sic) ANWAR? 1997? 1993? Tidak mungkin
kedua-duanya benar. Mahathir boleh saja memberitahu mahkamah bahawa ia terlupa
mengenai pemberitahuan Haniff Omar itu, tetapi kelupaan terhadap perkara yang
sebegitu ‘lethal’ kepada musuh politiknya adalah sa sekali tidak logik
Saya yakin bahawa Mahathir tidak mungkin akan dapat ‘reconcile’ kedua-dua
versi di atas apabila disoal oleh pasukan pembela kelak. Ghani Patail amat
menyedari akan ‘liabiliti besar’ yang terpaksa ditanggungnya jika Mahathir
disoal oleh pasukan pembela nanti. Sebab itulah ia bermati-matian mahukan supaya
Mahathir ditolak sebagai saksi. Mahathir juga menyedari mara bahaya yang sedang
menantinya di mahkamah. Maka di sebalik keberanian pura-puranya bahawa dia ‘akan
hadir ke mahkamah’, di belakang tabir beliau mengarahkan pasukan pendakwa supaya
mengelakkannya dengan apa cara sekali pun. Kesan kehilangan kredibiliti beliau
bukan sekadar melibatkan impak kesaksian di mahkamah, malah menjangkau hingga ke
medan politik. Rakyat, malah ahli-ahli UMNO sendiri sedang memerhatikan dengan
teliti saat tumbangnya kredibiliti Mahathir yang tidak akan dapat dielakkannya
itu.
Kaitan Kesaksian Mahathir dengan Haniff Omar
Tulisan ini tidak akan lengkap jika saya tidak menganalisa kredibiliti
manusia yang bernama Haniff Omar kerana dalam episod ‘Haniff memberitahu
Mahathir’ ini ‘it takes more than one person to conspire’.
Saya pernah menulis sedikit sebanyak mengenai Haniff Omar dalam salah satu
laman reformasi semasa beliau mula memberikan keterangan di hadapan Hakim (?)
Augustine Paul. Semenjak itu, saya terus menerus membuat pemeriksaan terhadap
‘rekod’ beliau sepanjang beliau menjadi KPN. Berdasarkan analisa saya, saya
menyimpulkan bahawa Haniff Omar adalah seorang PENDUSTA BESAR : DULU KINI DAN
SELAMANYA. Beliau terbukti telah banyak kali diperalatkan oleh orang-orang
politik tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu pula. Ironinya, salah satu
konspirasi yang beliau terlibat ialah usaha untuk menjatuhkan Mahathir yang
dirancang oleh Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri di zaman Hussein Onn. Dan
nampaknya beliau masih jauh daripada bertaubat atau belajar daripada sejarah!
Berikut adalah laporan mengenai analisa saya terhadap beliau, untuk
membuktikan dakwaan saya di atas:-
Kes Tiga Abdul (Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan Abdul Samad Ismail)
Mengikut data peribadi (resume) Haniff Omar yang boleh diperolehi melalui
laman web http://www.asiapac.net/client/client/mfa/database/who_who/mohaniff.html,
beliau telah dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 8 Jun 1974. Beliau kekal
sebagai KPN selama hampir 20 tahun sehinggalah beliau bersara pada 15 Jan 1994.
Salah satu peristiwa penting yang terjadi di zamannya ialah kes penangkapan
tiga Abdul di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Abdullah Ahmad yang
pada ketika itu menjawat jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Alam
Sekitar telah ditangkap pada 2 November 1976 di bawah ISA. Tarikh penangkapan
beliau ini boleh dirujuk kepada laman web http://www.asiapac.net/client/mfa/database/who_who/ablamad.html.
Turut ditangkap pada ketika itu ialah Abdullah Majid, iaitu Timbalan Menteri
Buruh dan Tenaga Rakyat dan Abdul Samad Ismail dari kumpulan The New Straits
Times. Ketiga-tiga Abdul ini didakwa terlibat dengan aktiviti subversif komunis
dan menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Semasa dalam tahanan, antara perkara-perkara yang telah dilakukan oleh
Abdul-Abdul ini ialah:-
i. membuat 'pengakuan dan taubat' di televisyen mengenai 'penglibatan' mereka
dalam aktiviti subversif komunis yang mengancam keselamatan negara.
ii. setelah membuat 'pengakuan' tersebut, mereka telah menarik balik
'pengakuan' berkenaan melalui satu surat peguam yang dihantar kepada pihak
berkuasa ketika itu.
Setelah mereka dibebaskan dari tahanan ISA beberapa tahun kemudian,
Abdul-Abdul ini kemudiannya telah dilantik oleh kerajaan untuk menjawat
jawatan-jawatan penting negara - satu keanehan yang maha luarbiasa bagi mereka
yang pernah didakwa sebagai bekas aktivis komunis.
Abdullah Ahmad telah dilantik menjadi Wakil Khas Malaysia di Bangsa-bangsa
Bersatu pada 2 Mei 1996. Abdul Samad Ismail pula telah dianugerahkan gelaran
Sasterawan Negara serta mendapat tempat semula di Kumpulan NST dengan segala
keistimewaan dan kelumayanannya. Saya tidak pasti apa yang terjadi kepada
Abdullah Majid kerana yang terakhir saya mendengar mengenainya ialah beliau
menderita sakit.
Buku-buku yang ditulis oleh kontemporari tiga Abdul ini semasa dalam ISA
memberikan versi sebenar tentang apa yang berlaku ketika itu: bahawa terdapat
satu KONSPIRASI dalam UMNO yang melibatkan antaranya seorang menteri dan
timbalan menteri UMNO, yakni Ghazali Shafie yang dipanggil oleh Abdullah Ahmad
sebagai 'Perdana Menteri de facto' ketika itu (Menteri Dalam Negeri), Sanusi
Junid (Timbalan Menteri Dalam Negeri) dan KPN ketika itu, yakni Haniff Omar.
Ghazali Shafie bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sementara Haniff
Omar hanyalah 'alat politik' semata-mata bagi mencapai matlamat politik Ghazali
Shafie.
[Hatta setelah pencen pun nampaknya Haniff Omar masih terus dengan antiknya,
sepertimana yang dapat kita lihat sekarang dalam kes Anwar Ibrahim. Bezanya kini
beliau menjadi alat kepada Mahathir! Hakikatnya: HANIFF ADALAH SEORANG PENDUSTA
- DULU, KINI DAN SELAMANYA!]
Kassim Ahmad (yang malangnya kini telah sesat politik dan akidahnya akibat
menolak kesahihan dua ayat terakhir Surah at-Taubah: rujuk buku beliau 'Hadis,
Jawapan Kepada Pengkritik' terbitan Media Indah Sdn. Bhd., 1992, hal. 60) yang
ditahan bersama Abdul-Abdul ini di Kamunting, telah menulis dalam bukunya
'Universiti Kedua' [terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. (1983)] seperti berikut:-
(Quote)
'Penangkapan kami dikehendaki oleh mereka yang berkuasa dalam UMNO. Jika
kumpulan konservatif dalam UMNO tidak menguasai pucuk pimpinan pada waktu itu,
penangkapan ini tidak akan berlaku.' [hal. 6]
(Unquote)
Maknanya, cerita mengenai aktiviti subversif komunis para Abdul itu hanyalah
rekaan serta 'dongeng politik' untuk menjatuhkan kumpulan-kumpulan tertentu
dalam UMNO serta bagi membolehkan Ghazali Shafie mencapai cita-citanya menjadi
Perdana Menteri [yang kini tinggal angan-angan].
Berbaik kepada Haniff Omar, cukup mudah untuk membuktikannya seorang
mahadusta yang dijadikan alat politik murahan dalam kes yang melibatkan tiga
Abdul ini. Beliau hanya perlu menjawab soalan-soalan berikut untuk menilai
kredibilitinya:-
i. BENARKAH para Abdul yang anda tangkap semasa anda menjadi KPN terlibat
dengan kegiatan subversif komunis?
Kalau jawapannya YA, maka sila jawab soalan-soalan berikut pula:-
ii. Jika mereka benar-benar agen subversif komunis, mengapa anda sebagai KPN
tidak mengambil tindakan apabila mereka menarik balik 'pengakuan' yang mereka
buat di televisyen sebelum itu? Penarikbalikan pengakuan itu mereka lalukan
bukan sahaja semasa mereka masih dalam tahanan, malah juga sesudah mereka keluar
dari tahanan. Bukankan penafian mereka itu menunjukkan bahawa penangkapan mereka
di bawah ISA atas alasan mereka itu agen subversif komunis adalah tidak sah,
tidak benar dan mempunyai tujuan politik yang lain?
Abdul-Abdul ini malah dengan berani menuduh polis bahawa 'pengakuan'
televisyen tersebut mereka lakukan kerana dipaksa serta digula-gulakan oleh
polis [catitan: sama seperti yang dialami oleh Sukma Darmawan].
Hakikat ini dicatat oleh Syed Husin Ali dalam bukunya 'Two Faces - Detention
Without Trial', yang menyatakan:-
(Quote)
'By coincidence, the day I received the extension order, it was announced
that Abdullah Ahmad and Abdullah Majid would appear on TV to make their
confessions. Since there was no TV in our place, we could see this programme.
But over the next few days, I was able to read the full text of their
interviews. At first Dollah's interview appeared. Two days later, it was
followed by Dol's. This was what Dollah was typing furiously and discussing with
his interrogators at the KL holding centre. He later told me that he was asked
to rewrite no less than ten drafts of the same.' [hal. 141].
(Unquote)
…dan lagi:-
(Quote)
'The detention of Kassim, Dollah and Dol was extended for another two years.
Dollah was extremely furious. He had been promised early release if he was
willing to appear on TV….. The irony was that, based on their confessions,
Dollah and Dol were served with a two year detention order. Dollah felt greatly
deceived. After they received that order, both Dollah and Dol retracted their
confession, on the basis that they were coerced and deceived into making them,
with the promise of early release. They did not expect the consequence of this
action. When the two years were up, they received a two year extension. This
time they were accused of being stubborn for retracting the confession.' [hal.
152]
(Unquote)
Sehingga hari ini kandungan buku Syed Husin Ali tidak dicabar oleh Haniff
Omar atau mana-mana pegawai Bukit Aman. Kalaulah Haniff Omar dan Bukit Aman
masih ada kredibiliti walau sedikit pun, mereka sudah tentu mengambil sesuatu
tindakan untuk 'membetulkan' kandungan buku berkenaan kerana ia mendedahkan ke
seluruh dunia betapa jijiknya kerja-kerja yang dilakukan oleh sesetengah orang
dalam PDRM, termasuk KPN-nya sendiri.
Bagaimanapun, jika jawapan bagi soalan i) di atas ialah TIDAK (yakni
Abdul-Abdul sebenarnya bukan agen subversif komunis), maka anda (Haniff Omar)
perlu menjawab soalan berikut pula:-
iii. Mengapa anda tahan mereka di bawah ISA jika anda mengetahui bahawa
mereka bukan anggota komunis?
Nyatalah bahawa dari sudut mana pun seseorang melihat, kesimpulannya sama
sahaja:-
i. Bahawa Haniff Omar adalah seorang pendusta besar
ii. Bahawa Haniff Omar adalah satu perseonaliti yang bersedia untuk dijadikan
alat murahan oleh bosnya. Beliau telah pernah menjadi alat kepada yakni Ghazali
Shafie untuk mencapai cita-cita politiknya menyingkir Mahathir, dan selepas
bersara beliau telah menjadi alat kepada Mahathir untuk mendustai kebenaran dan
massa serta menganiyai Anwar!
iii. Bahawa penglibatan Haniff Omar dalam kerj-kerja jahat konspirasi politik
ini bukanlah baru, malah telah bermula sejak lama sebelum kes Anwar.
Kes Penangkapan Sidek Ghaus
Haniff Omar sekali lagi dijadikan alat konspirasi politik Ghazali Shafie
apabila polis menangkap Setiausaha Politik Mahathir yang bernama Siddiq Ghouse.
Sidek ditangkap empat hari sebelum Mahathir dipilih menjadi Timbalan Perdana
Menteri oleh Hussain Onn .
Sidek Ghouse mungkin telah melakukan beberapa kesilapan tertentu.
Bagaimanapun yang menjadi sasaran Ghazali Shafie bukanlah Siddiq Ghouse
sebenarnya, tetapi Mahathir sendiri. Dan untuk mencapai matlamat tersebut,
Haniff Omar merupakan tali barut beliau yang paling sesuai atas sifatnya sebagai
KPN ketika itu.
Kassim Ahmad menulis seperti berikut mengenai kisah ini:-
(Quote)
'Empat hari sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau (Ghazali Shafie
- Penulis) sendiri mengumumkan penangkapan Setiausaha Politik Timbalan Perdana
Menteri (Dr Mahathir), Siddiq Ghouse. Penangkapan ini, pada ketika yang dipilih
itu, saya tafsirkan sebagai muslihat politik yang ditujukan kepada Mahathir
sendiri. Malah mingguan Watan telah membayangkan Mahathir patut meletak jawatan
sebagai Perdana Menteri kerana tangkapan itu.' (Universiti Kedua, hal. 147)
(Unquote)
Jika kita ketepikan watak-watak lain yang semuanya mempunyai kepentingan
dalam UMNO ketika episod ini berlaku, maka yang tinggal ialah seorang yang
bernama Haniff Omar dengan segala kejijikan yang dilakukannya dalam konspirasi
tersebut.
Kes Memali
Siapakah KPN semasa berlaku Peristiwa Pembunuhan di Memali pada tahun 1986?
Orang itu ialah Haniff Omar. Umum mengetahui bahawa Mahathir telah membuat
keputusan dalam Mesyuarat MKT UMNO supaya menyerang Memali. Bagaimanapun beliau
telah berangkat ke luar negara sebaik sahaja keputusan dibuat dan menyerahkan
tugas serangan tersebut kepada Musa Hitam. Musa Hitam yang diamanahkan untuk
membuat pukulan maut terhadap as-syahid Ibrahim Libya telah memperkudakan Haniff
Omar yang sentiasa 'obliging' itu dalam melaksanakan misinya, hatta dalam kerja
hina membunuh ulama Islam sekalipun. Musa Hitam kemudian dibelasah oleh
masyarakat Islam kerana kezaliman BN di Memali. Mahathir menyembunyikan
tangannya, macam yang biasa dilakukannya.
Apakah jenayah yang dilakukan oleh as-syahid Ibrahim Libya sehingga Haniff
sanggup melaksanakan misi pembunuhannya? Tidak ada. Ibrahim Libya adalah seorang
pendakwah Islam yang gigih. Nak kata dia menyeleweng, beliau mempunyai ijazah
Islam daripada Timur Tengah, malah pernah bekerja dengan Pusat Islam pun. Kalau
nak tanya lebih lanjut mengenai beliau dan hukum membunuh beliau, anda hanya
perlu merujuk kepada seorang 'ulama' (sic) UMNO masa kini, iaitu Ustaz Nakhaie
Ahmad. Semasa beliau dalam PAS, beliau pernah menulis buku yang menghukumkan
bahawa Ustaz Ibrahim Libya telah mati syahid. Ustaz Nakhaie setakat ini tak pula
diketahui telah menarik balik pendapatnya itu setelah masuk UMNO.
Kalau mangsa yang dibunuh diterima sebagai syahid, maka yang membunuh apa
pula kedudukannya? Sama-samalah kita fikir. Tetapi itu semua tidak penting buat
Haniff. Beliau terbukti tidak takut untuk berhadapan dengan Rabbul Jalil bukan
dalam kes Ibrahim Libya sahaja, malah juga dalam kes Anwar Ibrahim di mana
beliau menyatakan tidak mendapati di dalam Quran tentang hukum berjudi itu
haram! Na'uzubillah.
Makanya, berbohong pada Haniff Omar tidak ada apa-apa makna. Yang penting
fulus masuk!
Haniff Kata Dia Tak Jumpa Dalam Quran Yang Kata Judi Itu Haram
Kata-kata Haniff mengenai judi ini telah terkenal di seantero dunia. Dia
menjadi ayam laga bagi pihak tauke-tauke judi di Malaysia dalam memastikan
supaya perjudian terus di'halal'kan di Malaysia. Sebelum Haniff, orang yang
dijadikan 'tangkal' oleh Lim Goh Tong ialah Noah bapa mertua Tun Razak dan
Hussein Onn serta datuk kepada Najib dan Hishamuddin. Kini Haniff amat seronok
kerana mendapat RM100,000/= sebulan daripada Kumpulan Genting sebagai 'tangkal'
baru Lim Goh Tong. Halal haram apa peduli.
Haniff juga tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah ancaman terbesar terhadap
kelangsungan amalan judi di Malaysia. Maka itu, dia sanggup menjadi alat
Mahathir (albeit belated) untuk:-
1. Mengaku tidak berjumpa ayat Quran yang mengatakan judi itu haram. 2.
Berbohong kononnya telah memberitahu Mahathir bahawa dia ada memberitahu
Mahathir pada tahun 1993 tentang salahlaku seks Anwar. Saya katakan yang ia
berbohong kerana tidak mungkin beliau dapat 'reconcile' versi awal Mahathir yang
mengatakan bahawa Mahathir hanya mengetahui mengenai salahlaku seks Anwar pada
tahun 1997 BUKAN 1993 sepertimana yang didakwa oleh Haniff Omar.
Akhir sekali mengenai Haniff Omar, beliau sepertimanaa para konspirator
lainnya adalah pelengkap kepada pembohongan Mahathir dan juga konspirasi
menjatuhkan Anwar.
SALAM REFORMASI
Tinta Pujangga
Kuala Lumpur