Ramai pihak di Sarawak bergembira bila mendengar titah MAHAZALIM yang menegaskan UMNO tidak akan mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Para penyokong UMNO di Sarawak kecewa dengan kenyataan tersebut manakala Taib dan kuncu-kuncu tersenyum lebar kerana berjaya ‘menumpaskan’ usaha tersebut. Nampaknya MAHAZALIM masih berpegang kepada kata-katanya.
Parti-parti komponen BN Sarawak beranggapan bahawa UMNO tidak diperlukan di Sarawak kerana BN Sarawak berjaya memainkan peranannya di Sarawak. Pada pilihanraya yang lepas BN Sarawak telah menyapu bersih kesemua kerusi parlimen !!! Mungkin UMNO diperlukan di Sarawak sekiranya BN Sarawak gagal untuk mengawal kemaraan pihak pembangkang.
Namun begitu, parti-parti komponen BN Sarawak begitu cepat merayakan ‘kemenangan’ mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa ‘what at stake is Mahathir’s political survival’. Persoalan yang patut diambil perhatian bukannya “wajarkah UMNO masuk ke Sarawak ketika BN Sarawak telah berjaya memberikan semua kerusi parlimen kepada BN peringkat kebangsaan” ? Tetapi perlukah MAHAZALIM membuka cawangan-cawangan UMNO di Sarawak untuk menjamin ‘political survival’nya. MAHAZALIM sedar bahawa dia tidak boleh percaya apa yang dikatakan oleh KU LI. Datuk Seri Anwar dulu pernah juga berkata beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden UMNO tetapi akhirnya terpaksa akur kepada kehendak ahli-ahli UMNO yang mahukan beliau menggantikan Datuk Ghafar Baba. Adakah KU LI akan berbuat demikian ???? Adakah KU LI sanggup menolak desakan ahli-ahli UMNO yang mahukan beliau meniup angin perubahan dalam UMNO ???
Dato’ Abang Abu Bakar memang mengetahui tekanan-tekanan politik yang dialami oleh MAHAZALIM. (Beliau adalah bekas menteri persekutuan dan bergaul dengan orang-orang UMNO.) Sebab itulah beliau mencanangkan kemasukkan UMNO ke Sarawak. Mungkin Dato’ Abu Bakar merupakan orang suruhan MAHAZALIM untuk ‘test the water’. Ataupun mungkin juga Dato’ Abu Bakar melihat kesukaran yang MAHAZALIM sedang alami sebagai satu batu loncatan untuk memastikan political survival dirinya sendiri. Dato’ Abu Bakar memang sedia maklum tahap sokongan yang boleh diberikan oleh rakyat Sarawak kepada UMNO. Sebelum ini sudah pun ada ikhtiar untuk membawa masuk UMNO ke Sarawak. Kesemuanya gagal kerana tiada keizinan dari pucuk kepimpinan UMNO.
Kisah UMNO dan Dato’ Abang Abu Bakar belum selesai. Kita hanya tahu penghujung kisah tersebut hanya beberapa minggu ( ? ) sebelum pilihanraya UMNO nanti. Perlulah dinyatakan disini bahawa MAHAZALIM berupaya untuk melakukan apa saja untuk kepentingan politik dia sendiri. Tambahan pula Taib bukanlah pemimpin yang bersih. Maka amatlah mudah untuk memaksa Taib agar akur dengan kehendaknya.