Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Mahathir berlagak semacam Imam Syi’ah.

Mohon maaf awal-awal lagi. Memang sekarang ini banyak sangat tuduh menuduh seperti tuduh salahguna masjid dan tuduh orang lain berfahaman Syi’ah. Tapi saya bukan nak menuduh , hanya nak tunjuk serba sikit persamaan yang menggelikan hati. Cara orang UMNO taksub kepada Dr Mahathir dan anggap Dr Mahathir saolah-olah ma’sum; ia-itu tak boleh buat salah dan bersih dari sebarang dosa, semacamlah orang Syi’ah Ismailiyah di India begitu taksub dan mendewakan Imam mereka.

Dr Mahathir pulak berlagak semacam Imam Syi’ah Ismailiyah di India tersebut.

Macam Imam Syi’ah Ismailiyah di India, Dr Mahathir juga berlagak saolah-olah dirinya ma’sum, sentiasa betul dan langsung tak ada buat kesalahan. Macam Imam Syi’ah Ismailiyah, Dr Mahathir juga saolah-olah menganggap dirinya mengatasi hukum-hukum dan undang-undang. Dr Mahathir juga nampak berperangai macam Imam Syi’ah yang menolak Hadith-Hadith pegangan Ahlussunah wal Jamaah yang diriwayatkan oleh ulamak seperti Bhukari, Muslim , Termidzi dan lain-lain. ( Orang Syi’ah hanya berpegang kepada “hadith-hadith” yang dikeluarkan oleh Imam-Imam Syi’ah sahaja, terutamanya Imam Syi’ah Muhammad bin Ya’ub al Kulini).

Imam Syi’ah dari semua firqah (aliran) kononnya terus menerima wahyu dari Allah. Dengan itu Imam Syiah sentiasa mengemukakan hukum-hukum baru atau pandangan-pandangan baru mengenai hukum-hukum Islam. Dr Mahathir apa kurangnya. Dr Mahathir sangat gemar mengemukakan pandangan-pandangan songsang beliau mengenai beberapa hukum Islam. Malahan Dr Mahathir lebih hebat kerana gemar sangat dia menghina dan memperlekehkan hukum-hukum Islam.

Orang UMNO pun satu hal. Cara orang UMNO mendewakan Dr Mahathir, keluarganya dan kroni-kroninya sebiji macam yang dibuat oleh orang Syi’ah Ismailiyah di India yang menganggap Agha Khan sebagai Imam mereka. Agha Khan dan keluarganya dianggap mengatasi segala hukum-hukum dan undang-undang. Orang Syi’ah Ismailiyah menghalalkan anak-anak Agha Khan untuk berfoya-foya di luar negara dengan berjudi, minum arak, menyimpan harem wanita dan lain-lain. Orang UMNO nampak seakan itu jugak kerana ‘menghalalkan’ segala kekejaman, kezaliman, pecah amanah dan salahgunakan kuasa yang dilakukan oleh Dr Mahathir, anak-anaknya dan kroni-kroninya.

Seperti saya katakan awal-awal lagi, bukan saya nak menuduh, hanya menunjukkan persamaan-persamaan yang aneh antara Dr Mahathir dan Imam Ismailiyah di India, dan juga antara orang UMNO pulak dengan orang-orang Syi’ah Ismailiyah tersebut.

Akhir kata, teringin pulak saya nak bertanya. Hanya setakat bertanya dan bukan nak tuduh apa-apa. Dan aya mohon maaf terlebeh dahulu.

Adakah Dr Mahathir dan UMNO itu berfahaman Syi’ah Ismailiyah dari India tersebut?

"ASTORIA JEBEK"



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com