Kenyataan Mahathir mengatakan “keputusan Majlis Tertinggi (MT) menghalang pertandingan bagi kerusi tertinggi parti itu Mei depan adalah sebagai usaha menyelamatkan UMNO dari kehancuran” telah menerbitkan reaksi yang makin menjelaskan bahawa Mahathir sengaja hendak mengelirukan isu sebenar.
Riaksi majoriti kepimpinan UMNO diperingkat pertengahan seperti Bahagian hingga ke Cawangan begitu jelas menunjukkan bahawa mereka tidak yakin dengan kenyatan Mahathir sebagai jujur, ikhlas dan benar.
Rata-rata yang ditemui berkata: Mahathir sengaja hendak mengelirukan isu itu. Disebalik kenyataan yang berbelit-belit itu, tersembunyi niat jelas Mahathir untuk bertahan sebagai Presiden secara “tidak demokratik” dan cuba mengabui mata ahli-ahli UMNO sudah matang.
Mahathir masih merasa dirinya mempunyai mandat. Sebenarnya merudumnya performance UMNO dalam pilihanraya ke-10 secara am, dan khususnya kejatuhan Terengganu dan Kelantan serta kemusnahan beberapa peluang UMNO di Kedah, Pahang dan Perak adalah petanda jelas-terang bahawa “Kepimpinan Mahathir” sudah hilang RESTU rakyat.
Pendirian MKT UMNO yang memutsukan “tidak ada Pertandingan” itu, bagai kepimpinan UMNO adalah keputusan yang dipengaruhi oleh Mahathir sendiri sebagai Pengerusi mesyuarat MKT terbabit. Mereka yang menjadi anggota MKT adalah wakil-wakil yang sudah hilang kewibawaan diri. Pemimpin UMNO “non-MKT reperentatives” tidak menganggap keputusan itu sebagai “mewakili wadah Perjuangan UMNO” yang menuntut UMNO bersifat “Demokratik”.
Ramai yang mengimbas kembali bagaimana kes tuduhan kepada DS Anwar dibentangkan di MKT dan bagaimana keputusan dibuat. Semua ahli MKT nampak seperti terdedah kepada ugutan dan paksaan. Jika ada yang tidah bersetuju, mereka akan mendapat padah. Boktinya, Dr. Affifuddin sudah menerima bala. Sebaliknya, Hamid Osman yang menyerahkan tauliah Ph.D (ugama Islam) untuk disiat-siat Mahathir dihadapan semua ahli MKT telah dilantik semula jadi Menteri Pendakwah Ugama.
Itulah contoh bagaimana keputusan MKT umpama ‘keputusan berhakimkan beruk”, kata majoriti “Demokrat UMNO”.
Kebanyakan pemimpin UMNO beranggapan bahawa kekeliruan yang diperbesar-besarkan oleh Mahathir sebagai berkata, “bukan berhasrat mengongkong kerana kita pernah mengalami pengalaman pahit. Setiap kali ada pertandingan, perpecahan serius di kalangan pemimpin dan ahli akan berlaku,'' adalah satu penghinaan kepada tahap kematangan minda dan prinsip amalan pemimpin dan ahli UMNO sendiri.
Beberapa pihak menjelaskna, jika Mahathir mahu melihat UMNO dihayati rakyat, maka Mahathir perlu memilih mana-mana options diantara beberapa option yang dituntut rakyat, iaitu:
“……Samada mempertandingkan 2 jawatan tertinggi UMNO itu atau Mahathir menarik diri dari pertandingan secara terbuka; (maksudnya: berundur secara terhormat)…”
Beberapa pemimpin terang-terang bercanggah pendapat dengan Mahathir bahawa sekiranya Mahathir/MKT “bukan berhasrat mengongkong kerana (kononnya) UMNO pernah mengalami pengalaman pahit – setiap kali ada pertandingan, perpecahan serius di kalangan pemimpin dan ahli akan berlaku,''; maka sebuah parti “paling dayus dan rapuh” tidak berdaya-tahan menhadapi ujian di peringkat grass-root!!
Kata-kata Mahathir itu amat memalukan UMNO, ahli-ahli dan para pemimpin UMNO yang (konon) sudah 42 tahun mempunyai tradisi “perapduan bulat”. Melihat parti Pembangkang (contohnya PAS) yang hingga hari ini menjalani kewibawaan dan keutuhan makin mantap, asas kepimpinan parti itu ialah “Keterbukaan, Demokratik, Pertandingan dann keikhlasan ahli”.
Disini, makin ramai pemimpin UMNO bersungguh-sungguh menuntut supaya Mahathir belajar “matang” dalam mengahdapi persaingan. Jika tidak, UMNO akan jadi ejekan rakyat. Dan jika rakyat sudah memtuskan bahawa “UMNO memang tidak demokratik”, maka disitulah tammatnya sejarah UMNO dihayati, dipandang tinggi oleh pemimpin pelapis muda sebagai Parti yang menerajui kepimpinan “Feudal”.
Mungkin UMNO tidak berdaya melawan arus ledakan demokrasi di alaf baru. Kemana Mahathir hendak membawa UMNO”nya”……
Selamat Haji Satiman
Johor Bahru.