Dalam ucapan ‘Amanat Presiden’, di Perhimpunan Perwakilan UMNO Mei ini, Dr. Mahathir akan menyerang beberapa pihak dalam parti dan diluar parti. Itu adalah kegemaran beliau. Jika tidak begitu, bukanlah dia Mahathir Mohammad.
Satu dari topik mega yang akan jadi inti ucapan Dr. Mahathir ialah parti PAS. Ini bukan ramalan, tetapi beberapa mesyuarat telah membincangkan startegi dan agenda untuk melengkapkan serangan beliau keatas Pembekang dalam rangka membela diri beliau diatas prestasi UMNO yang merudum dalam pilihanraya ke-10 lalu.
Dr. Mahathir telah mendapat maklumat terkini bahawa pemimpin UMNO pertengahan sedang menyiapkan diri menyerang kekecundangan Dr. Mahathir sebagai Presiden yang penuh dengan karenah yang menyebabkan UMNO tersungkur. Ini menggentar Mahathir. Maruahnya akan tercabar.
Beberapa pihak dalam parti (UMNO dan BN) telah menyebut-menyebut bahawa sekiranya Dr. Mahathir terus berkarenah seperti ini, BN akan lumpuh dan rakyat akan menganggap UMNO/BN sebagai barisan “Serpihan”. Ada yang lebih kasar memberi bayangan bahawa UMNO akan jadi “parti Nyamok”.
Kata-kata yang tidak manis itu menyengat kuping Mahathir. Ini mencabar egonya. Sangat-sangat mencabar!! Selama ini, belum ada sesiapa dalam partinya, di luar parti atau pemimpin dunia memandang begitu rendah kewibawaannya. Tetapi kebelakangan ini; Dr. Mahathir sudah merasa dirinya tersingkir dan dijauhi.
Di Bangkok, ucapan beliau tidak mendapat sambutan dari negara-negara yang menyertai Persidangan UNCTAD ke-10 itu. Mereka sangat-sangat berwaspada untuk bertepuk. Ini disebabkan negara-negara peserta tahu bahawa Dr. Mahathir semata-mata bercakap bukan atas asas ketelusan ide tetapi kerana hendak meluahkan runtunan ‘vandetta’ peribadi – dendam yang tidak berkesudahan kepada George Soros (khusunya) yang membekan jantung-hatinya selama ini.
Ucapan Dr. Mahathir menyelar ‘globalisasi dan mekanisma mata wang’ itu adalah atas nasihat puak proksi dan kroni beliau yang telah terlongkop dalam pasaran saham BSKL. Jika tidak dibail-out menggunakan dana rakyat, mereka akan muflis terkekel hangus!! Anak-anak Mahathir sendiri kerugian puluhan billion!!
Mengulang-ulang
Adalah satu sikap Mahathir yang paling buruk iaitu gemar mengulang-ulang sesuatu perkara itu semata-mata untuk menyakin orang ramai. Ini berlaku kepada tuduhan beliau keatas DS Anwar. Lantas orang nampak, bahawa beliau adalah seorang “tukang fitnah terulung”.
Begitu jugalah apa yang beliau lakukan keatas PAS. Kita telah sekian lama memerhatikan, sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO; serangan beliau terhadap PAS tidak pernah lekang dari bibirnya. Seolah-olah, dalam benak-kepala dan jantung-limpa Mahathir Mohammad ini, PAS harus dimusnahkan saja. Kita tidak tahu mengapa, tetapi begitulah adanya.
Jawapan yang dapat kita duga hanya satu, iaitu: Bagi beliau, PAS adalah penghalang kepada keseluruhan dayausaha beliau yang mencorak UMNO untuk mensekularkan orang Melayu, orang Islam, ugama Islam – sypaya mengikut cara “Mahathirisma”. Dengan itu, orang Melayu tidak lagi terikat dengan budaya Islam yang mampu mencorak pentadbiran negara – bergerak diatas landasan yang sejajar dengan tuntutan Islamiah.
Mahathirisma
Dr. Mahathir tidak mahu ketelusan, keadilan masyarkat, dan kebersihan dalam perlaksanaan sistem pentadbiran negara dan masyarakat. Bagi beliau “My Way” adalah lebih utama dan wajar ditakrifkan sebagai ‘way of life’ yang unggul. Kerana itu beliau sering mengulang-ulang frasa “Hang the lawyers”; kerana undang-undang beliau ialah “Rasuah dulu, kemudian Ugut”!! Itu lah dia “My Way” Mahathirisma.
Kita dengar beliau mengutuk dan memperlekeh ulamak Islam yang berpolitik. Kerana bagi beliau ulamak yang berpolitik itu (mengikut definasi beliau) adalah sama seperti Hamid Osman, Wan Mokhtar dan Yusof Nor!! Mereka adalah rasuah dan sanggup memutarbelitkan firman dan hadis kerana menyelamatkan diri dan ‘tuannya’.
Banyak yang sudah terperangkap. Berani kita katakan, tidak seorang pun menteri Kabient Mahathir yang tidak melakukan Rasuah. Beberapa kakitangan awam juga dilibatkan. Kes DS Anwar yang berlangsung begitu lama adalah satu rahmat kepada rakyat. Hikmahnya: kita dapat lihat bagaimana faktor “Rasuah dulu, kemudian Ugut” itu beroperasi.
Terdengar khabar Ghani Patail sendiri mengeluh sebagai berkata, “Bukan saya tak kesihan kepada Anwar, tetapi tangan saya terikat..!!”. Entah berapa orang diantara para menteri, pemimpin UMNO/BN dan kakitangan awam yang bertanggungjawab memberi khidmat kepada rakyat berkata sedemikain rupa. Tetapi, apa yang kita nampak Dr. Mahathir masih ditakok lama!! Beliau telah mengikat tangan-tangan mereka.
Yang kita tahu hanya Rafidah dan Daim, Rahim Thamby Chik dan beberapa orang lagi. Tapi dalam laci Mahathir mungkin banyak fail-fail bertanda “BAHAYA” yang tersimpan rapi. Itu pun Mahathirisma juga.
Akan kita ketahui sedikit masa lagi, berapa fail-fail akan timbul dari semakan Tun Salleh Abbas di Terengganu. Khabar ‘berlori-lori’ yang sudah diangkut!! Maklumkan, royalti minyak Terengganu bukannya sedikit, dan tempoh UMNO/BN metadbir kewangan rakyat melebihi 25 tahun. Kita bayangkanlah!!
(bersambung)
Mohd. Jamil Asmadi
Bakar Bata, Alor Setar