PAS SENGAJA DISERANG
Sekarang kita lihat Dr. Mahathir sudah hilang sabar. Dikatakan panik agak keterlaluan, tetapi beliau memang sudah ‘naik angin’.
Agenda beliau menobatkan kewibaan diri sudah mulai digerakkan secara lebih serius. Beliau sedar keterampilan PAS sebagai sebuah parti yang diterima semua kaum. Hakikat itu sudah mulai meresahkan Mahathir. ‘Kharaj’ yang diharap beliau akan membuatkan kaum bukan Islam marah dan menolak PAS; sebaliknya telah diterima oleh bukan Islam sebagai satu perkara yang tidak menjadi masalah.
Agenda Mahathir menakut-nakutkan bukan Islam dan bukan Melayu (dalam kempen P/raya ke-10 dulu), kini terbokti tidak benar. Di Terengganu dan Kelantan, suasana lebih aman dari yang dijangka. Sebaliknya, rakyat semua kaum lebih merasa nikmat merubah Kerajaan dari UMNO/BN kepada PAS. YAB-YAB Datuk Nik Aziz dan Datuk Hj. Hadi Awang bergaul mesra dengan semua kaum. Pintu pejabat mereka sentiasa terbuka. Rakyat tidak ragu-ragu mendapat kepastian dalam sebarang isu yang timbul. Alhamdulillah….!!
En. Lim Kit Siang sendiri berpelok-pelokan dengan YAB itu. Inikah yang dinamakan “rusuhan” dan perseteruan? Kaum bukan Melayu menyaksikan dengan hati yang lega. Dimana kini muka Mahathir dan sekongkolnya hendak dihalakan?
Ura-ura pembatalan HARAKAH sebagai agenda memusnahkan PAS tidak berkesan. Walaupun dicap sebagai akhbar pemfitnah, namun orang UMNO sendiri tidak mengakui. Sebaliknya, HARAKAH masih dibaca umum. LamanWeb PAS dikunjungi tak kurang dari 50 ribu netters sehari. Mahathir ‘bertempias’ marah hingga menuduh PAS mewujudkan satu unit fitnah dalam internet.
Sebenarnya, kesemua penulis LamanWeb itu adalah rakyat yang prihatin kepada perjuangan menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman dan rasuah secara am. Kerana pemimpin UMNO/BN adalah paling ketara melakukan ketidakadilan, zalim dan rasuah, maka rakyat berhak menyampaikan runtunan hati yang membara melalui internet.
Mereka bukan ‘orang-orang upahan’ seperti unit yang dikendalikan oleh penyangak UMNO seperti Zein Isma. Mereka adalah penulis sukarela. Mereka anggap itu sebagai khidmat sambilan kepada masyarakat dan rakyat.
PAS SENGAJA DIANCAM
Mahathir sentiasa mengahalakan ‘loose cannon’ nya kepada PAS. Banyak kali beliau tersasul jauh menyimpang dari yang patut dalam konteks memfitnah PAS.
Di PBB, Mahathir menyerang PAS dengan ejekan seolah-olah PAS penggalak kepada faktor-faktor yang menyebabkan umat Islam (orang Melayu) di negara ini mundur. Abdullah Bedawi (anak seorang ulamak Islam terkenal) menyatakan waswas beliau, dilaporkan sebagai berkata.”Apa guna pemerentahan Islam jika rakyat mundur!”.
Serangan ‘over-board’ terhadap PAS begitu tidak mendatangkan apa-apa manfaat terhadap kepimpinan UMNO selain dari memusnahkan penghayatan orang Melayu kepada UMNO, vis a vis Barisan Nasional sendiri.
Isu FATWA yang sedang cuba digembar-gemburkan Dr. Mahathir melalui kuncu-kuncunya, khususnya Hamid Osman memang bertujuan merenggangkan orang Melayu dengan PAS. Sebaliknya, penyokong dan kepimpinan UMNO sendiri menganggap itu satu Fitnah yang tidak seharusnya diucapkan sewenang-wenangnya oleh regu Mahathir-Hamid Osman.
Ramai yang bertanya, apakah politik bawaan Mahathir sekarang sudah sampai ketahap perbicangan mengenai ‘aqidah’ walhal sebanyak ini masalah UMNO merecup timbol semata-mata bertampuk bertitik-tolak dari gejala yang menyentuh ‘aqidah’ dan amalam Islamiah?
Penafian YAB Datuk Nik Aziz berthabit dengan tuduhan Mahathir-Hamid itu dengan sendirinya melenyapkan isu. Andainya ia dibangkitkan juga, bermakna Mahathir menggunakan UMNO untuk meningkatkan kewibawaannya dalam isu pertandingan jawatan Presiden yang telah tercabar. Perbuatan beliau amat bersalahan.
Tetapi diketahui umum, Perhimpunan Mei ini telah disusun dengan kerjasama dan pakatan menggunakan beberapa orang ‘juak-juak’ pengampu Mahathir untuk mengenengahkan isu “Fatwa” itu. Walaupun mereka adalah terdiri dari orang-orang yang tidak ada kepakaran (jauh sekali dari arif) dalam membahathkan isu ‘paling sensitif’ dalam Islam itu (apatah pula Perhimpunan itu bukan forumnya); tetapi Mahathir mahu ia diucapkan juga. Alasan yang logik bagi beliau, “Inilah masa kalau nak hentam PAS..!!”
Maka akan terdengarlah untuk kesekian kalinya diulang-ulang cadangan supaya “PAS di haramkan”. Jika dulu telah diwarwarkan supaya perkataan “Islam” digugurkan, kali ini PAS sendiri diancam sehebat itu. Apakah PAS seburuk parti Komunis – mengikut tafsiran Mahathir Mohamnmad?
Kita tidak ragu-ragu lagi, jika ‘logo BULAN’ didinding lori dan stesen-stesen chaos PETRONAS menjadi isu besar di kalangan anggota Perhimpunan hingga BN Terengganu (negeri sumber minyak PETRONAS) tumbang, maka tidak mustahil dengan membangkitkan isu mengharamkan PAS akan mengakibahkan UMNO sendiri akan terkubur tanpa nisan pula!! Wallahu alam…!!
Bergalah Aur Menyusur Sungai
Agenda Mahathir sudah diperhatiakan dengan teliti. Jika Mahathir Khir terang-terang diberi kemudahan luas mengampu dan berfalsafah di kaca TV dengan arahan mentafsirkan pelbagai isu politik semasa mengikut carayang diperkenankan Mahathir Mohammad; akhirnya beliau dirangkum kedalam UMNO hingga dilantik sebagai S/U Parlimen; maka kini kita lihat seorang lagi guru di IPTA sedang direkrut.
Kita sudah lihat, “Kekangkungan” seorang bertaraf “Profesor” dan diberi gelaran” Datuk” dengan ijazah Ph.D bergelar “Dr.” bernama Zakaria Ahmad, dari UKM; sudah mula ‘kangkungnya’ berbunga. Kununnya, jika PAS hendak diterima masyarakat, wajar PAS lebih sekular dari dulu. Soal UMNO untuk lebih Islam tidak timbul.
Nampaknya “kangkung” yang disemai Mahathir Mohmmad hingga berjaya mengklon “Mahathir Khir” telah berjaya. Melihat umpan sudah mengena, maka “kangkung’ pengklonan baru sedang disemai pula.
Diberitakan, Mahathir akan melepas ‘tali kekang’ yang mengikat hidung kakitangan awam dan cendekiawan supaya terlepas bebas menerjuni bidang politik. Tapi jangan tak tau….HANYA politik puak UMNO/BN saja.
Sdr. Chandar Muzaffar sudah rasa bagaimana padahnya kalau menganggotai Pembangkang!! Tetapi kerana Chandra yakin bahawa Pembangang “hari ini” tidak bermakna Pembangkang “hari esok”, maka beliau tidak mau jadi lembu dicucuk hidung atau ‘kangkung’ klonan Mahathir Mohammad!!
Nampanya Mahathir sedang “bergalah aur menyunsung arus..!!” Jika dibiarkan menongkah arus yang semakin deras, alamat galah akan patah dan perahu akan dihanyutkan air deras. Orang di tebing cuma bertepuk tangan sementara yang menumpang perahu akan cemas menanti tenggelam.
Ibarat orang tua-tua itu makin nampak dialami UMNO sekarang. Jika UMNO tidak mampu mengadili pemimpin sendiri, maka rakyat akan mengadili mereka. Waktu itu, nasi sudah menjadi bubor!!
Sekian dan wasallam.
Mohd. Jamil Asmadi
Bakar Bata, Alor Setar