Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

PAS SALAH GUNAKAN MASJID, UMNO SALAH TAK GUNA MASJID

Ribut belum reda mengatakan Pas salahguna masjid. Ini adalah salah satu propaganda Umno bagi menuding jari akibat kehilangan undi melayu tempohari. Macam-macam helah digunakan oleh Umno untuk menggekang Pas yang dikatakan menyalahgunakan masjid. Hingga tazkirah pun dikatakan mempunyai fitnah!.

PAS dan ahlinya memang tak boleh tinggalkan masjid. Malah Masjid merupakan tempat bermulanya seruan Islam. Umno hanya kemasjid untuk sembahyang raya dan sembahyang Jumaat. Aktiviti lainnya semuanya jauh dari masjid.

Mana ada pemimpin Umno yang mnengajar di Masjid sejak merdeka dulu ? Tak pernah aku dengar pun. Rakyat Melayu Islam yang dahagakan Ilmu Islam hanya boleh menimba ilmu Islam dimasjid secara percuma/termurah. Kalau Umno juga memperjuangkan Islam, gunalah masjid yang bersepah di Malaysia ni. Jangan biarkan kosong atau jadi tempat kambing tidur.

PAS cuba memakmurkan masjid dengan mengisi program-program termasuk tazkirah yang amat ditakuti oleh Umno itu. Kalau Pas menabur fitnah dimasjid, mengapa orang Islam semakin mendekati PAS. Pulak tu golongan yang terbaru mendekati pas adalah golongan berpendidikan tinggi. Mereka tentu waras memikirkan apa yg diajar dimasjid..... Jika Umno nak semula sokongan org Melayu, gunalah Masjid,iaitu makmurkan masjid dgn ajaran Islam yg sebenarnya.

UMNONO



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com