Prof. Datuk Dr. Zakaria Ahmad, UKM's Social Sciences and Humanities Faculty dean, dalam Persidangan ‘Malaysian Politics in the 21st Century" diadakan pada 3 Februari 2000 yang lalu menyebut:
“PAS did well in the general election because it had become more assertive in the Malay heartland. However he further argued that in order to win national support, PAS has to be more secular. So the question is not whether UMNO will become more Islamic but whether PAS will become more secular”.
Saya tafsirkan pandangan beliau terlalu cetek dan amat dangkal. Saya katakan demikian kerana beliau tidak turun padang melihat dengan ‘mata hati’ (bukan dengan mata kasar) bagaimana rakyat (khususnya orang Melayu/Islam, termasuk penyokong UMNO dan bukan Melayu) datang mendengar dengan rasa khusyu’ penuh penghayatan hujah yang dikeluarkan oleh para pemimpin PAS dan komponen BA.
Bandingkan dengan rapat-rapat yang jalankan oleh UMNO, beliau sudah survey dengan cermat?
Untuk makluman beliau, tidak nampak minat orang mau mendengar hujah puak UMNO. Hingga, Dr. Mahathir sendiri terpaksa menggunakan paksaan setelah tidak berjaya menggunakan pujuk-rayu.
Mengapa begitu? Jawapan yang dapat kita dengar bukan kerana PAS sudah bersifat ‘makin’ sekular; tetapi rakyat mahu kembali menghayati perjuangan PAS yang telus dan luhur tanpa pemimpin mereka melakukan RASUAH dan KEZALIMAN yang menghancurkan fabrik masyarakat majmuk di negara ini. Mereka benci kepada Fitnah, tidak amanah dan kezaliman yang diamalkan oleh pemimpin kerajaan yang dipilih dari UMNO/BN.
Contohnya, rakyat sudah muak dengan ‘sekular’ UMNO dalam pengadilan kes DS Anwar dan cara kesaksian dalam perbicaraan itu dijalankan oleh regim sekular Mahathir Mohammad (Presiden UMNO).
Mungkin Prof. Datuk Dr. Zakaria Ahmad terlalu terpukau dengan apa yang dipaparkan oleh media pro-UMNO dan pengampu Kerajaan UMNO/BN. Memang setiap hari, muka depan dan tajuk berita hanya memuatkan falsafah dan doktrin sekular Dr. Mahathir hingga orang muak dan jemu. Tetapi itu bukan ukuran kerana akhbar tersebut telah dikongkong dan dipaksa berbuat demikian. Hati rakyat adalah sebaliknya.
Hakikatnya, dan untuk makluman Prof. Datuk Dr. Zakaria Ahmad sendir, pensekularan tetap bukan menjadi ideologi PAS sejak ia ditubuhkan. PAS tidak berniat dan tidak pernah mensekular Islam kerana Islam bukan ugama sekular seperti yang ditafsirkan oleh penganut ideoloji barat seperti Prof. Datuk Dr. Zakaria Ahmad.
Apa yang dapat dilihat dan telah berlaku ialah, rakyat mahu kembali ke pangkal jalan setelah terlalu jauh diheret oleh UMNO dengan pelbagai idea yang muluk-muluk hingga semua sistem dan amalan ekonomi, perniagaan, berbankan, pentadbiran, undang-undang dan cara berpolitik telah ‘thrown out of gear’.
Dicadangkan supaya Prof. Datuk Dr. Zakaria Ahmad menggunakan ‘gear’ yang sesuai bila menongkah ‘traffic jam’ politik negara yang kini telah tiba di persimpangan.
Anyway, you are entitled to your opinion, Datuk. Paling kurang kita tahu, masih ada pengganti Mahathir Khir di IPT.
Murid Tua IPT Rakyat
KL