Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

MAHATHIR MULA BERMIMPI YANG NGERI-NGERI

LamanWeb Reformasi yang bertaburan di alam siber ini sedang dipantau oleh puak UMNO bagi mendapat imput rahsia kebusukan pemimpin UMNO yang sedang bercanggah-berkelahi, berbaling-baling najis sesama sendiri.

Kita sudah lihat pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh beberapa penulis sukarela reformasi dalam rencana-rencana yang amat tajam pena masing-masing itu. Beberapa kandongan rencana yang termuat dalam forum-forum seperti Tranung Kite Cyberlink, Mahazalim, FGR, dll. telah diciplak dan sebarkan oleh puak UMNO sebagai peluru-pandu untuk puak lawan. Lawan-lawan itu ialah mereka yang akan bertarung dalam Perhimpunan Mei depan.

Dr. Mahathir Sasaran Utama

Dr. Mahathir adalah sasaran utama. Memanglah wajar. Itu lah dia satu-satunya manusia yang menjuarai permasalahan yang sedang melanda UMNO/BN sekarang. Makin kembang-kempis hidung beliau sesak bernafas. Gelombang perpecahan UMNO bermula dari karenah beliau yang menyebabkan seluruh politik Barisan Nasional bergolak huru-hara.

Tetapi beliau tidak peduli. Beliau hanya memerlukan 2/3 majoriti BN di Parlimen. Jika UMNO lingkop, beliau masih lega dalam hati. Baginya, yang penting ialah BN mesti melebehi Pembangkang di Parlimen. Dengan itu ia akan terus kekal sepbagai PiEm berkuasa multlak anugerah UMNO dan diperakukan oleh komponen BN yang lain.

Bagaimana keududukan UMNO? Bagai Dr. Mahathir, itu bukan masalah. Biar 100 penentang beliau dalam UMNO yang mencabar kewibawaannya, namun beliau ada MCA, MIC dan GERAKAN yang akan menyokong di Parlimen. Ia akan tetap jadi PiEm. Itu saja yang dia mahu.

Bagi Mahathir, UMNO boleh pergi mampus. Pengaruhnya sebagai PiEm berstatus DIKTATOR tidak akan tergugat. Parti komponen BN selain dari UMNO akur 100% dengan beliau kerana HANYA tubuh rongga beliau dalam UMNO tetapi jiwa dan perasaan beliau bukan UMNO.

Berkata seorang orang kuat UMNO, “Dr. Mahathir tidak ada semangat kepartian sebagai ahli UMNO. Beliau mentakrifkan dirinya sebagai seorang yang cuma mahu kuasa. Dengan itu, sesiapa dan mana-mana parti komponen yang sanggup membela dirinya dan melantik beliau sebagai PiEm berkuasa ‘TOTAL’, maka puak itu akan mendapat manfaat”. Ini nampaknya makin benar!!

Manfaat yang dimaksudkan ialah peluang ekonomi dan peruntukan dari wang rakyat melalui pelbagai projek yang dirangka dan dirancang. Dasar Kroni dan Proksi akan diteruskan. Mahathir akan melaksanakan formula “pecah dan perentah”. Bagi Mahathir, dasar itu akan memberi beliau dan suku-sakat keistimewaan mengaut sebanyak-banyak kekayaan dalam tempoh tersingkat. Mahathir sudah memelihara ramai kroni dari kaum bukan Melayu. Beliau lebih percaya kepada mereka berbanding orang Melayu.

Projek Terbaru

Projek yang mengejutkan rakyat yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ialah “Penswastaan Hospital Kerajaan”. Rakyat tidak akan terlepas dari penswataan yang bakal memberi Mahathir dan Kroninya pendapatan lumayan kadar puluhan billion ringgit setiap tahun dari caruman rakyat. Operasi ini telah sedia dan akan dilancarkan dalam waktu yang tersingkat.

Mahathir tidak peduli. Baginya: “mebujur lalu melintang patah…!!”. Beberapa komponen perusahaan PETRONAS akan diswastakan kepada kroni/proksi beliau bersama Daim Zainuddin. Alasan yang logik ialah: rakyat mesti menerima faedah dari perusahaan gergasi itu, konon. Tetapi ‘gergasi’ yang sebenarnya ialah beberapa orang dalam perelingkuhan regu “Mahathir-Daim” sahaja yang akan beroleh laba.

Agensi lain seperti TNB, Talikom, Bekalan Air, Pembetungan dll. sudah siang-siang difaraitkan sesama mereka. Lebuhraya bertol adalah eksperimen Mahathir-Daim yang sangat menguntungkan. DRB-HOCOM juga memberi ganjaran lumayan.

Selepas ini, tanah terokaan FELDA dan FELCRA akan jadi sasaran pula. Cuma menanti ekonomi pulih barang sendikit. Dengan rangkuman bank-bank yang didalangi beliau dan Daim serta kroninya, hak orang Melayu yang cuma tinggal sedikit itu akan mereka dimiliki dengan cara paling mudah sekali. Formula yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara (yang telah diperkanunkan itu) akan digunakan dengan kuatkuasa. Segala-galanya atas asas “pembangunan” konon!! Tetapi kroni beliau akan mengaut keuntungan lumayan!! Orang Melayu dan pemimpin Melayu dalam kerajaan pasti akan patuh kerana mereka adalah puak masyarakat yang ‘dungu dan dayus’!!

Kesal Dengan Orang Melayu

Kepada Mahathir, segala yang memerlukan perlindungan menggunakan akta akan diluluskan oleh Parlimen dengan mudah melalui majoriti sokongan 2/3. Mahathir tahu bahawa majoriti 2/3 sebagai sumber kekuatan beliau di Parlimen akan musnah menjelang tahun 2003/4. Dengan itu, jika tidak ‘laksanakan sekarang – agenda beliau akan ketinggalan keretapi…’!!

Beliau kesal, kecewa dan marah dengan gelombang “kesedaran” orang Melayu yang kian menelanjangi kebusukan agenda “Mahathri-Daim” itu. Mahathir memutuskan: Tidak ada guna memberi thema “Berkorban demi bangsa, tanahair dan agama” sebagai ideologi terapan politik beliau diperingkat awal dahulu. Bagi beliau, orang Melayu adalah puak yang tidak berterima kasih; walaupun sebenarnya Mahathir sebagai orang “buangan UMNO” telah diberi kesempatan menerajui UMNO (kerana itu yang dia mahu sebelum ini). Tetapi ternyata, orang Melayu kecundang kerana lurus bendul!!

Mahathir pernah berkata, “Orang Melayu adalah masyarakat DOCILE”. Maksudnya orang Melayu adalah kelompok umat yang dayus di negara sendiri. Orang Melayu adalah masyarakat “subsidi”. Kerana pemimpin UMNO tergolong rakyat yang sanggup menjadi umpama “kacang lupakan kulit” terhadap bangsa sendiri, maka hari ini beliau boleh melakukan apa saja kepada orang Melayu – orang Melayu akan ‘kecut’ bagai anjing yang menyorokkan ekor bercawat dicelah kangkang!! Takut dan penakut!!

Sejarah membuktikan bahwa raja-raja Melayu memang asik berleka-leka berseronok dengan status dan kemewahan, maka dengan itu Mahathir telah menunjukkan bahawa beliau boleh melantik dirinya sebagai ‘presiden’ tanpa disitiharkan. Hari ini bangsa Melayu dibelasah oleh regimnya dihadapan mata-kepala raja-raja Melayu. Baginda tidak sanggup mengangkat lidah!! Mahathir ketawa besar!!

Dengan itu, beliau dengan mudah menganggap gejala penentangan terhadap beliau dalam Perhimpunan Mei ini dianggapnya sebagai ‘kekeruhan dalam cawan kopi’ semata-mata. Beliau ada 1001 cara memusnahkan penentang.

Malangnya 1000 Kali Malang

TETAPI, beliau tersentak dengan riak-gelombang kebangkitan “ISLAM” yang mampu menumbangkan beliau, regimnya dan menghapuskan segala ideaoloji politik Ditatornya. Kerana itu, PAS dan Barisan Alternatif dengan bakal pengundi baru sejumlah 1.6 juta itu adalah ‘hantu-hantu’ yang mengerikan beliau dalam mimpi setiap malam sedang tidor di Mahligai 200 juta itu!!

Biarkan UMNO dengan ‘peperangan’ mereka. Akhirnya akan bertambah berlipat ganda orang Melayu dan rakyat menumbangkan Regim busok ini dimasa yang mencemaskan!! Teruskan REFORMASI anda!!

Mohd. Nasir Hj. Said,
Sura Ujong, Kuala Terengganu



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com