Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Datuk OK ... OK Datuk OK

Tertarik saya untuk mengulas mengenai kemampuan PAS menguasai 6 kerusi di negeri Pahang pada pilihanraya ke-10 ini.

Ada 3 isu utama yang diketengahkan oleh Barisan nasional bila mana mereka terpaksa menyerahkan 8 kerusi kepada pembangkang (lepas ini saya suka mengunakan Barisan Alternatif BA).

1. Pahang mempunyai banyak rakyat keturunan Kelantan:

2. Barisan Nasional (UMNO) banyak mengemukakan muka lama sebagai calon.

3. PAS memainkan isu agama dan cuba menakut-nakutkan rakyat.

Inilah 3 sebabkan utama yang mereka katakan menjadi penyebab kepada kekalahan besar Barisan Nasional . Saya katakan kekalahan besar kerana Pahang sebelum ini adalah salah satu kubu kuat Barisan Nasional (lain-lain Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Perlis).

Sebenarnya apa yang mereka utarakan itu tidak langsung ada kena mengena dengan kemenangan PAS di Pahang pada kali ini. Mereka tidak mahu mengaku bahawa UMNO/BN sudah hampir tidak diterima oleh orang Melayu Pahang.

Mereka terpaksa mengutarakan masalah diatas bagi melepaskan diri dari pertanyaan dari para pemimpin UMNO diperingkat pusat.

Sebagai contoh Khalil Yaacob tetap tidak mahu mengaku bahawa para pemimpin UMNO tidak menjaga kebajikan rakyat Pahang.

Ini terbukti dengan pengakuan Najib sendiri bila mana dia hampir kalah di Parlimen Pekan. Dalam satu temuramah dengan wartawan Najib menyalahkan para pemimpin UMNO Pekan kerana tidak memberi maklumat sebenar tentang arus perubahan minda masyarakat di Pekan . ...."katanya "Setiap orang sepatutnya melaporkan keadaan sebenar tanpa menyorokkan maklumat kepada peringkat yang lebih tinggi. Jangan kata Datuk OK, Datuk OK. Tengok semalam, saya pun cemas dibuatnya," kata beliau ketika berucap di hadapan penyokong Umno di sini hari ini.

Kenyataan ini sudah cukup menggambarkan bahawa Najib langsung tidak menjenguk penduduk di Kawasan Parlimen Pekan . Jika sekiranya Najib mengambil berat tentang penduduk kawasannya sudah tentu dia akan tahu keadaan sebenar di Parlimen Pekan yang sudah beralih arah condong kepada perjuangan PAS.Ini tidak, dia macam tak percaya apa yang berlaku.

Tindakan Khalil yang menuduh bahawa kekalahan calon mereka disebabkan oleh orang Kelantan di Pahang mengundi PAS juga adalah satu alasan yang nampak sangat kebudak-budakkan.

Sedarlah wahai Khalil Yaacob , rakyat Pahang bukannya bodoh sangat hingga begitu senang untuk ditipu oleh para pemimpin UMNO, kami rakyat Pahang sudah berubah. Negeri kami tanggunjawab kami . Kami sendiri yang akan menentukan masa depan negeri kami. Kami memerlukan negeri yang makmur, selamat dan mengamalkan pemerintah yang berlandaskan hukum Allah.

Ingatlah pemimpin UMNO dalam tempoh 20 tahun kami akan kuasai negeri ini .

Kenyataan Adnan Yaacob pula amat tidak bersopan sekali. Sebagai seorang yang pernah mendapat pendidikan Islam peringkat tinggi ... beliau sepatutnya tidak memberi komen yang melampau berhubung dengan kekalahan calon UMNO di Pahang pada kali ini.

Tindakan Adnan Yaacob mengatakan bahawa PAS menyebarkan ajaran sesat adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh rakyat Pahang.

Saya ingatkan pemimipin UMNO Pahang agar menerima kenyataan bahawa rakyat Pahang sudah maju pemikiran mereka.

Tindakan mengugut rakyat terutama golongan tua sudah tidak berkesan. Walaupun majoriti golongan tua masih lagi memberi undi kepada UMNO tapi ingatlah bahawa dalam tempoh 2004 ini Pahang akan diperintah oleh parti yang benar-benar memperjuangkan rakyatnya dan ISLAM

Pahang Darul Makmur....ingatlah pemimpin UMNO, kami PAS ada wawasan . Wawasan kami memakmurkan negeri ini. Wawasan kami memakmurkan bumi Pahang ini dengan siar Islam . Wawasan kami menghapuskan kemungkaran di bumi Pahang ini . Wawasan kami memakmurkan ekonomi negeri ini. Ingat wawasan kami bukan wawasan budak kecil. Wawasan kami disokong oleh alim ulamak , para jurutera , para doktor , para arkitek , para economist , para guru , para pensyarah dan lain-lain ahli professional.

Jika kami semakin didekati oleh golongan cerdik pandai tapi UMNO seakrang semakin didekati gologan kurang cerdik . Teringat saya kepada seorang kawan saya dikampung baru-baru ini. Apa katanya. " Sapa -sapa yang duduk kat bilik gerakan UMNO tu semuanya kurang cerdik. Apa yang melucukan kawan saya ini SRP pun tak lulus.

Jadi apa yang saya katakan ini maksud kurang cerdik itu bukan dari segi akademik tapi dari segi pemikiran.

Ini bermakna semua kebanyakan penyokong PAS sekarang ini terdiri daripada gologan yang cerdik akademik dan pemikiran mereka. Itu adalah satu saham yang begitu besar kepada perjuangan PAS yang tidak akan diperolehi oleh UMNO.

Sekali lagi diingatkan kekalahan kecil anda merupakan kemenangan besar kami .... semangat kami tidak pernah malap malah makin membara.

Ketika anda leka merai kemenangan , jentera kami terus bekerja .

Ingatlah rakyat Pahang .... perjuangan kita belum selesai ... ingatlah kemenangan kecil kita ini hanyalah untuk satu permulaan kejayaan yang lebih besar.

SATUKAN TEKAD KITA.....BANYAKAN USAHA KITA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH ...INSYAALLAH KITA KAN BERJAYA MEMERINTAH NEGERI PAHANG SATU HARI NANTI. INGAT NEGERI KITA TANGGUNGJAWAB KITA .

Pesan saya kepada seluruh rakyat Pahang :

1. Teguhkan iman kita 2. Tingkatkan iman kita
3. Dekatkan diri pada Allah
4. Latih anak kita kenal diri sendiri kerana sesiapa yang kenal siapa dirinya maka dia akan kenal Allah.
5. Sentiasa berada didalam kesatuan

Sekian wasalam

PAS PULAU TAWAR





Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com