Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

UMNO MENGGELEGAK BAGAI KAWAH REBUSAN AIR MENDIDIH…!

Makin hampir Perhimpunan Agung, UMNO akan menggelegakkan bagai kawah rebusan air mendidih. Semakin marak fitnah dan khianat, adu-domba dan pembohongan. Itu bukan kerja ahli-ahli biasa, tetapi oleh mereka yang bakal menjadi “pemimpin” samada diperingkat Cawangan, Bahagian, Perhubungan mahupun diperingkat MKT.

Politik Wang Versi Mahathir

Politik wang dilakukan dalam berbagai versi. Bermula dengan sehelai kain sarong atau sejadah hingga kepada talipon bimbit. Yang paling menarik, ada diantara mereka yang menuntut diberi ganjaran kontrak selain dari wang tunai. Jumlahnya mungkin dari 1000 RM hingga kontrak nilai berjuta.

Itu tradisi – tradisi yang cuma berlaku dalam UMNO saja. Orang UMNO peringkat Cawangan memadai dengan kontrak “Bina Jamban kampong” atau gelanggang sepak takraw. Tapi bila sampai ketahap Bahagian, masing-masing sudah tahu – si Ah Chong cuma akan ambil perjatian kalau kontrak itu tak kurang dari 5 juta RM. Maka, ke jawatan MKT pula, perjanjian mesti dengan ringgit pendahuluan paling kurang 100 ribu RM. Kemudian, mereka menuntut supaya jadi Kroni. Coktohnya Waad kepada Isa Samad!!

Senario ini sangat menyemakkan perut bakal mereka yang mencalunkan diri. Dengan itu, bagi mereka yang berhajat menjadi calun MKT, hanyalah orang-orang yang punya kuasa dan status tinggi. Bermakna hanya MB-MB dan Menteri saja yang akan “laku”. Puak-puak tanpa jawatan, melopong sajalah menggigit jari.

Dapat dirumuskan bahawa perebutan jawatan dalam UMNO bukan semudah naik lift ketingkat ke-100 Menara KLCC itu. Kerja keras dan kewibawaan diri calun sebagai seorang ‘berjiwa rakyat’ tidak menjadi ukuran. Yang terpenting itu lah dia…$$$$$$$…..ringgit dan sen. Status dan jawatan dipandang kerana HANYA mereka yang berjawatan saja yang mampu mengeluarkan “zakat dan Fidyah” kepada “ahli-ahli” penyokong.

Maka sekali lagi dilihat bahawa UMNO bukanlah sebuah parti yang luhur dan terbuka dalam pemilihan. Kecuali, jika seseorang itu siang-siang sudah “ditindik” telinganya oleh Presiden dan Timbalan Presiden sebagai orang yang ada “ranggah”!! Tapi itu cerita lain!!

Manfaat Kuasa Mutlak Untuk Golongan “Elit”

Ini menyebabkan timbul 2 faktor yang membolehkan seseorang melonjak dalam UMNO:

1) Jika ada wang dan bermurah hati menabur wang dan janji merdu kepada penyokong,

2) Jika rapat kepada pemimpin tertinggi parti!!

Budaya ini amat terserlah sejak Dr. Mahathir menjadi Presiden UMNO. Beliaulah orang yang telah melaksanakan kedua-dua dasar itu bagi menetukan siapa yang wajar dipilih mengangotai MKT, Calun wakil rakyat; dan akhirnya saiapa yang bakal dilantik sebagai Menteri dan MB-MB.

Bermakna, Dr. Mahathir mempunyai kuasa mutlak sebagai penentu dan pemutus dalam sebarang hal. Maka wujudlah budaya “Presiden parti mempunyai tahap bijaksana melebehi semua orang dalam UMNO”. Itu lah kononya, dasar menentukan “PERAPADUAN PARTI”..!!

Pemimpin UMNO disemua peringkat mempertikaikan alasan Mahathir, walaupun MKT disebutkan beliau sebagai pihak yang bertanggungjawap, bukan dia (Mahathir) yang memutuskan sendiri.

Tetapi alasan Mahathir itu sudah mendapat riaksi hangat dari majoriti mereka yang makin sangsi kejujuran Mahathir. Hari ini, ramai yang sedar, khusunya kelompok “DEMOKRAT UMNO”, bahawa Mahathir hanya BERBOHONG dan MENGELIRUKAN anggota Parti.

Mohammad Idham Rajuli
Taman Indah Jaya, TAMPOI
Johor Bahru.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com