Petisyen pilihanraya Parlimen Pasir Mas telah dikemukakan. Selepas ini
petisyen bagi Parlimen Peringat dan Jeli juga akan dikemukakan di
mahkamah. Dalam ketiga-tiga petisyen ini, pihak BN akan gagal bagi
membatalkan keputusan pilihanraya bagi Parlimen Pasir Mas dan Peringat,
TETAPI mahkamah akan memutuskan keputusan pilihanraya Jeli tidak sah dan
melalui pindaan akta berkaitan, Mustapha Mohamad akan diisytiharkan
menang secara automatik. Jangan terkejut kerana keputusan ini sudah ada
di atas kertas hakim yang akan mengendalikan kes tersebut.
Sebenarnya, Dr Mahathir dan Tun Daim sangat berkehendakkan Mustapha
berada di dalam kabinet kerajaan atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu,
walau dengan apa cara sekalipun, mereka akan pastikan Mustapha akan naik
semula ke atas melalui satu perancangan yang sangat licik dan keji.
Walaupun tiga petisyen dikemukakan, mereka hanya mahukan Jeli. Bagi
Parlimen Pasir Mas dan Peringat, mereka akan pastikan mahkamah
memutuskan petisyen kedua-duanya akan ditolak, tetapi menang di Jeli.
Ini bertujuan untuk mengelabui mata rakyat, kononnya kerajaan tidak
campur tangan dan mahkamah membuat keputusan dengan adil. Dalilnya, dua
petisyen ditolak dan satu sahaja diterima.
Sekarang ini, mereka telah 'membeli' beberapa pengundi, termasuk di
kalangan ahli PAS (yang menjadi pengkhianat) untuk menjadi saksi di
mahkamah kononnya mereka sendiri terlibat dengan kejadian rasuah yang
dilaporkan itu. Menurut maklumat yang diterima, hampir 100 orang telah
'bersedia' untuk tujuan tersebut kerana mereka akan menerima habuan yang
besar. Sangat mendukacitakan, ramai ahli PAS yang terlibat dalam hal
ini. Mereka sanggup bersekongkol dengan BN kerana kepentingan peribadi
dan habuan keduniaan.
Keputusan sudah ada. Beberapa pegawai yang dipaksa terlibat dengan
konspirasi ini dikatakan telah menelefon YB Jeli untuk memaklumkan hal
tersebut dan awal-awal lagi meminta maaf kerana penglibatan mereka.
Mereka tidak boleh berbuat apa-apa demi survival dan kerjaya mereka.
Dengan perancangan jahat ini, harapan untuk mempertahankan Jeli amat
sukar dan tipis. Walau bagaimanapun saya percaya pihak pimpinan akan
mengambil segala usaha yang terdaya untuk menghadapi situasi ini.
Saya dedahkan maklumat ini agar rakyat tidak tertipu dengan permainan
licik mereka dan bersedia menghadapi satu lagi kezaliman dan
ketidakadilan pihak BN.
Kepada semua pejuang kebenaran, walau licik mana sekalipun kejahatan
mereka, Allah itu Maha Tahu dan Maha Merancang. Kita yakin dan percaya,
Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya PASTI jatuh dengan cara yang paling hina.
Bibit-bibit ke arah itu sudah menyerlah sejak peristiwa Dato Seri Anwar
dipecat. Setakat ini belum ada ahli dan pemimpin Umno/BN yang
benar-benar berani mencabar dan mengkritik Mahathir secara berdepan.
Kita harap, Ku Li, Tun Ghafar dan yang lain-lain akan berdepan secara
anak jantan dengan Mahathir di dalam pemilihan Umno Mei ini. Mereka
telah bercakap mengenai kepentingan reformasi dan semangat demokrasi
dipertahankan di dalam Umno. Jika Ku Li berani mencabar Mahathir bagi
jawatan Presiden, kita pasti ramai perwakilan Umno akan menyokong
beliau. Saat-saat kehancuran Mahathir/Umno sudah hampir. Mahathir pening
kepala!
Imad Aqel
Terengganu Darul Iman