Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Nasib kakitangan gomen & Nasib RAFIDAH????

Sewaktu kes Rafidah di sebut oleh ahli Parlimen BA di Parlimen, Rafidah nampak seperti menggeletar satu badan. Mukanya pucat lesi dan tangannya menggigil waktu memegang kertas jawapan.

Saya sebagai kakitangan awam dari sebuah Kementerian, dan bertugas di sesi Parlimen waktu itu nampak jelas apa yang berlaku. Nampaknya Rafidah memang gugup. Kerana, pada pandangan saya, jawapan Rtafidah adalah satu pembohongan yang paling besar.

Saya sempat berbual dengan rakan sejawat dari Kementerian Perdagangan di kantin Parlimen waktu rehat. Saya tanyakan asas kebenaran jawapan Rafidah itu. Masing-masing secara berbisik menyatakan, itu semua adalah jawapan interim yang diberi oleh peguam yang menasihatkan Rafidah supaya menjawab begitu. Sebenarnya, memang Rafidah terlibat secara langsung.

Saya tanya, dulu Rafidah jawab lain, sekarang kununnya menantunya telah diagih oleh syarikat itu pula. Selalunya, segala saham yang diagih oleh syarikat itu adalah dalam pink form; tidak melalui Kementerian. Tapi ini adalah peruntukan bagi bumiputera. Maknanya pembahagian untuk rakyat ikut cara khas. Mengapa menantunya seorang dapat 1.5 juta saham?

Jawap kawan itu, “Itulah dia jawapan seorang pembohong di Parlimen. Itu bahaya. Kes Rafidah berbohong di Parlimen mesti di ‘varify’ di mahkamah” katanya. Maknanya Rafidah dah komit satu falany didalam parlimen. Berbohong kepada rakyat.

Saya tanya betulkah KSU Asmat kena mengena dalam kes ini. Kata rakan itu, Rafidah sendiri yang buat cerita. Asmat tak tau menahu.

Jelas kepada saya, nampaknya Rafidah sengaja cuba menjatuhkan martabat kakitangan awam untuk kepentingan diri dan maruahnya. Dia tahu, kesan dari penafiannya yang tidak masuk akal dan telah terbokti dari affidevit Peguam Negara yang ditandatangni oleh Ghani Patail adalah jelas. Sekiranya Dr. Mahathir tidak campur tangan Rafidah sudah lama tidak jadi menteri lagi.

Rakan itu menceritakan kesah Mohd. Taib, bekas MB Selangor dengan Kes di Autralia dulu. Katanya, Mohd. Taib tau bahawa penangkapannya adalah kerja kotor Mahathir sendiri. Mahathir marah kpd Mohd Taib kerana menghalangnya untuk memonopoli tanah kawasan sekitar KLIA dan Sepang oleh anak-anak dan Kroninya. Mohd Taib cuba menggunakan kuasa MBnya untuk memberi hak developers’ right kepada syarikat adik-beradiknya…Ridzwan dll.

Mohd Taib pun ada kroni juga. Jadi perlawanan antara 2 puak kroni itu akhirnya menyebabkan “siapa yang berkuasa” tentulah akan menang!! Tetapi yang jelas, kedua-dua puak itu adalah jembalang juga!! Mahathir telah menggunakan ‘mafia’nya untuk memecahkan rahsia seludupan wang itu kepada pihak berkuasa Australia. Padahal, Samy Vellu dan beberapa menteri UMNO & BN telah melakukan kesalahan yang sama sebelum ini. Tetapi telah dilepaskan. Kali ini, Mahathir mahu Mohd Taib diperangkap!!

Dalam Kes Rafidah, Mahathir tidak mahu Rafidah dibicarakan. Sebab dia mahu Rafidah dipergunakan untuk menutup mulut WANITA. Perjalanan kes ini adalah lebih terang jika dikaji semula segala keterangan beberapa pegawai Kementerian Perdagangan yang telah dihadapkankan ke mahkamah kerana dituduh salah melakukan Rasuah kes terbabit. Sebenarnya, pegawai itu dipaksa oleh Rafidah sendiri melakukan; kata rakan itu.

Kami bersimpati kepada kawan itu. Rafidah dan menantunya untung kayaraya, rakan kami terperangkap. Kami kenal rakan itu sebagai seorang yang jujur dan ikhlas. Dia disepit oleh Rafidah.

“Itulah nasib kita sebagai kakitangan awam. Kita timun, diorang durian… digolek kita hancur – menggolek pun hancur”. Dengar cerita, Rafidah “kena sula” dek Siti Zahrah. Habis lah peluang Rafidah. Mahathir pun lingkop sekali.

K/tangan Gomen



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com