Setiap kali muka Rais Yatim keluar di kaca TV, setiap kali itu pulalah orang-orang di Bahagian UMNO berkata, “Nah, tengok lah orang tak kenal di untung. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Lebih tandak dari kirai, lebih gendang dari rentak… Bak jembalang tak bertuan…!!”
Makin seranah makin berserabut sejak Rais Yatim menjadi orang paling “pembodek” Dr. Mahathir yang dah tak laku di pekan ‘Ahad”…!!
Pahamlah kau, wahai Rais Yatim..!! Kau masih baru dalam UMNO. Kehadiran Rais tidak pernah dihargai oleh sesiapa dalam UMNO.
Sebenarnya, Dr. Mahathir sendiri tentu telah merancang rapi!! Bahawa, Rais Yatim hanya berguna untuk sementara. Nasib Rais sudah dirancang Dr. Mahathir seperti nasib sekongkol Rais dan sahabat karib yang tidor sebantal dengannya semasa menubuhkan Semangat 46 yang dah terkubor tanpa talqin: Ibrahim Ali.
Ibrahim Ali sudah hilang tanpa kesan. Bagai abok di puncak bukit, dihembus bayu pun boleh terbang, inikan pula badai mendatang. Rais bagaimana? Kurang lebih begitu jugalah.
Rais cuba ‘perasan’ dalam hati, konon Ph.Dnya boleh pakai dalam UMNO? Setakat ini, Akta Bahasa pun tak tau? Perlembagaan UMNO pun tak faham nak tafsir..!! Apatahlagi Perlembagaan Negara? Jauh panggang dari api. Campakkan lah Ph.D tu.
Kata orang minang, “Rais, pai angok pulang ambuih…!!”. Tentu Rais faham!? Maksudnya: Kerja Rais cuma setakat cukup makan sendiri, untung ada – modal loncong!! Berniaga ‘bulok kasap, untung ada modal lesap’. Sekarang Rais sedang mencari modal politik yang baru? Jangan diharap air di ruanglah Rais..!! Dah ketinggalan tongklah, engkau!!
Ramai sangat yang sakit hati bila Rais mengancam pihak yang mencadang dan menyokong Ku Li menandingi Dr. Mahathir dengan “political penalty”. Tidakkah tidak Rais tahu, kurang 80 Bahagian serata Malaysia yang menyokong (hampir kesemua dari N. Sembilan) telah menyokong Ku LI. Dan sekarang, sejumlah itulah pula yang kini bangkit membantah (secara senyap) kenyataan Rais itu. Bagi mereka, Rais cuba nak ‘mengajar itik berenang’.
Bermakna, peluang Rais untuk memenangi sebarandg jawatan MKT, siang-siang sudah lupus kandas. Tak kurang 80 Bahagian siang-siang menolak Rais. Tiba di hari Jumaat, hari pemilihan nanti, kami akan berkempen dengan surat layang untuk memusnah Rais hingga KALAH malu umpama “hilang deposit”..!!
Itu adalah “political penalty” yang sedang tersedia untuk Rais Yatim pula. Pakatan sudah terlaksanan hanya menunggu hari bahagia untuk kami, tetapi hari paling AIB untuk Rais. Kami akan tentukan nasib engkau..!!
Beberapa orang sedang menyiapkan ucapan untuk membelasah Rais Yatim di Perhimpunan kelak. Rais akan disekel umpmana budak mentah berhingus kerana cuba memandai-memandai. Kami akan sindir Rais berterang-terang. Tunggu…tungguuu…!!
Memang benar seperti kata seorang netter, Rais umpama belukang darat…”di air dia nak hidup, didarat pun nak hidup….lama tersadai di lumpur memakan bangkai!!” Nah! Itu adalah nasib petulang bangsa..!! Rais adalah muka ‘balaci’, tak kenal dimana tempat bertenggek.
Apakah Rais secara tiba-tiba nak jadi “Juara Perpaduan” UMNO, konon!! Tengoklah rekod sendiri dulu. Jangan cakap banyak, CERMIN-CERMIN lah muka dulu.
Nah!! Bayangkan lah, 100 kali ganda pulalah orang UMNO sendiri memandang orang itu sehodoh itu pula – siapa? Tak lain tak bukan ialah Rais Yatim. Begitulah bencinya UMNO memandang ‘wa’ang’ (loghat Minang bermaksud “engkau” secara paling HINA sekali).
Rais tidak lebih dari perompak yang datang dari alam tak berpenunggu lagi!! Umpama jembalang, Rais tidak berniat baik memasuki UMNO. “Wa’ang bak cando salangkaneh” (engkau umpama binatang makluk perosak yang terbiar menjalang). Tak laku dimana-mana!!
Rais sedang mencari “nahas” politiknya yang terakhir!! Jika Rais berharap Dr. Mahathir kononnya menganggap beliau tinggi, jawapan yang mudah ialah: Rais cuma jadi perkakas, jadi tongkat untuk menggodak sarang tebuan!! Bila sampai masa, Rais akan terhumban seperti mencampah **** ****!! Mahathir merancang hendak membunuh karier politik Rais sebagai denda kerana menentang beliau dulu. Tau lah..Mahathir adalah manusia pendendam!!
Bagi Mahathir, Rais tidak ada harga, tidak ada maruah, tidak ada nilai dan harga diri. Itu sebab segala kerja kotor, Mahathir mau Rais lakukan!!
Malang sekali Rais adalah manusia bebal lemah fikiran!! Nasib Rais dihujung tanduk!! ….. Semua kerja terbengkalai!! Rais terlalu gelojoh, cepat mengelabah. Orang macam ini, lebih baik “dilantiangan kalubang tampek tacirik” (loghat Minang paling kesat bermaksud: ‘dihumbankan saja kedalam lubang jamban paling busuk dan kotor’)!!
Orang UMNO di N. Sembilan sepakat tidak akan membiarkan Rais naik lagi. Rais jangan cuba menanggok di air yang keroh. Dia belom diterima oleh UMNO. Kami akan pecahkan tembelang Rasuah Rais selama menjadi MB di NS.
Sekian.
Penentang “Rais, Hero Tak Ber*****”
UMNO Felda Sendayan. S’ban.