Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

JIKA RAKYAT SUDAH TIBA DI PERSIMPANGAN – BAH 2

"JIHAD" Rakyat

Namun, rakyat masih terus-menerus berdemo -- menentang tanpa rasa gentar berhadapan dengan kekejaman Regim ini. Rakyat semua kaum dan peringkat tanpa memikirkan pegangan ugama masing-masing, telah memutuskan tekad membantah dan mencerca kekejaman itu. Mereka menganggap penentangan keatas Regim ini sebagai suatu "JIHAD".

Parti-parti Pembangkang telah bersatupadu bagai 'sebatian'. Masing-masing mengenepikan ideaologi parti. Sebaliknya mereka terang-terang berjuang menegakkan "Keadilan dan menumbangkan Regim Zalim" ini secara demokratik yang dihalal oleh Perlembagaan negara.

Dalam keadaan Regim Mahathir amat tertekan inilah Datuk Seri Anwar dijatuhkan hukum 6 tahun penjara tanpa menimbangkan kesahihan bukti dan prosiding pengadilan. Rakyat berdemonstrasi membantah ketidakadilan hukuman keatas Datuk Seri Anwar. Malangnya Regim ini tidak langsung mempamirkan sebarang sifat ADIL dan prihatin.

Rakyat ditunggu oleh ratusan 'anjing-anjing' upahan yang siap dengan senjata dan peralatan yang boleh mencederakan batang tubuh. Rata-rata rakyat meyakini bahawa keputusan memenjarakan Datuk Seri Anwar selama 6 tahun itu semata-mata berunsur politik. Rakyat yakin bahawa hukuman itu telah siang-siang dipastikan oleh Dr. Mahathir sendiri supaya dilaksanakan oleh hakim terbabit.

Rakyat juga tahu bahawa seluruh sistem perundangan dinegara ini telah lama dibawah kekuasan telunjuk Dr. Mahathir. Kuasa ini telah dirampas oleh Mahathir dengan melucutkan Ketua Hakim Negara yang menegakkan Keadilan. Hari ini Dr. Mahathir sendiri telah mensahihkan kepada rakyat bahawa "Dr. MAHATHIR, Perdana Menteri Malaysia, adalah seorang DIKTATOR"!!

Rakyat telah menyamakan Dr. Mahathir dengan diktator Milosevic pemimpin Regim Serbia, Pinnocet, Nicolae Caucescue bekas Diktator Romania, Hitler, dll. yang jelas masing-masing menghayati falsafah Machiavelli. Mahathir adalah salah seorang penghayat falsafah yang sama!!

Tidak Amanah

Sesungguhnya, UMNO/BN tidak lebih dari sebuah parti politik yang berjanji akan beramanah kepada Rakyat. Tiap-tiap 5 tahun sekali, sejak lebih 40 tahun lampau, ikrar itu di lafazkan oleh pemimpin parti ini. Selama tempoh kurang lebih 5 tahun setelah pilihanraya diadakan dan UMNO/BN menerajui kerajaan, kerajaan yang dipilih itu wajib melaksanakan janji. Tetapi, itu tidak bermakna rakyat menafikan haknya untuk menegur dan menyatakan rasa hati yang kritis terhadap sesuatu yang tidak mereka senangi.

Penyerahan amanah itu adalah tidak 'total' dan hanya boleh dimonopoli oleh pihak pemerentah sahaja. Mengkritik dan melihat krityikan mereka dilaksanakan adalah hak rakyat yang diperakukan dalam Perlembagaan. Sebarang kerajaan yang dipilih tidak boleh lari dari mengambil kira dengan jujur ikhlas dan praktikal kritikan rakyat itu.

Malangnya, 'social contract' seumpama itu telah dinodai oleh seorang ketua pimpinan bersifat DIKTATOR seperti Mahathir Mohammad. Malangnya, pemimpin yang sekelompok dengan Diktator ini juga berusaha menambah lagi daya kekuatan Diktator itu melalui pelbagai bentuk sokongan hingga sanggup merestui dan melakukan kekejaman, kezaliman dan penghakisan hak demokratik Perlembagaan Negara.

Rakyat yang membantah dengan hati tulus ikhlas dan tangan kosong, dengan kejam dan zalim ditentang oleh Regim Barisan Nasional dibawah kendalian Dikatator Mahathir. Mereka memilih untuk mebelasah rakyat semahu hati menggunakan cara feudal yang dipersesuaikan mengikut "cara terkini" untuk menekan situasi. Fikirkanlah, jika rakyat diburu dan dibelasah hingga cendera dengan rotan-rotan semambu oleh "anjing-anjing" upahan Diktator itu, padahal upah itu adalah dari wang yang dibayar oleh rakyat dengan harapan Kerajaan yang diberi amanah akan melaksakan Pembangunan demi kesejateraan rakyat jelata.

Tidakkah kerajaan yang menggunakan hak rakyat bagi tujuan tersebut sebenar tidak langsung amanah? Adakah Kerajaan seumpama ini menepati janji dan mampu mempertahankan hak-hak rakyat lagi? Wajarkah mereka disokong dan dibiarkan menerajui Kerajaan?

Sesungguhnya, rakyatlah yang membayar tiap-tiap satu sen gaji dan kemudahan yang nikmati oleh setiap para menteri, wakil rakyat, pegawai dan anjing-anjing Diktator yang membelasah rakyat itu. Apa yang amat dikesali rakyat ialah, pemimpin-pemimpin Regim ini telah menggunakan wang rakyat untuk memperkayakan diri masing-masing melalui pelbagai bentuk dan cara penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, nepotisma, kronisma, berkoluis-bersekongkol sesama mereka. Mereka menghalalkan jenayah ekonomi, kewangan, sosial dan peundangan, politik dan pentadbiran untuk terus berkuasa.

Rakyat Telah Bosan

Regim ini juga telah menggunakan kuasa undang-undang yang mereka rangka, atur dan sahkan sendiri melalui sebuah Parlimen yang mereka kuasai seluruhnya, semata-mata untuk kepentingan peribadi kelompok mereka. Apakah jenis anggota pemimpin yang menerajui kerajaan ini? Wajarkah mereka dipilih lagi? Apakah mereka merasa tidak wajar DIBANTAH, DISINGKIR dan DITOLAK oleh rakyat? Sampai bilakah hak Regim ini wajar menganggap diri dan kepimpinan mereka masih diingini rakyat?

Kini rakyat sudah bosan dengan karenah Regim ini. Rakyat sudah menolak dan akan terus menolak. Andainya proses Demokrasi tidak dijadikan asas pengadilan, janganlah dikesalkan bahawa inilah satu-satunya Regim terulung yang digulingkan oleh rakyat dinegara ini secara paksa.

Jika ia berlaku, pasti setiap anggota regim ini akan diheret dan dihakimkan di "Mahkamah Rakyat" atas tuduhan mengkhianati rakyat dan negara. Jika didapati bersalah, pasti mereka akan kenakan hukuman setimpal selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan sebagai "Pengkhianat Negara" (treason).

Orang Melayu dan Islam

Sesungguhnya, orang Melayu adalah umat yang paling sabar, bersopan santun dan sangat prihatin. Islam telah mengajar mereka menghayati sifat-sifat yang baik dan harmoni. Namun begitu, jika anjing sekali pun, jika haiwan itu didesak hingga ke tembok, pasti ia akan menggigit juga!! Apatahlagi manusia!! Mungkin sejarah budaya orang Melayu tidak samasekali dihayati oleh Mahathir Mohammad Iskandar Kutty, kerana dia berasal dari keturunan zuriat dan darah berbaka India.

Ada baiknya Mahathir menyelak Kitab Sejarah Melayu (The Malay Annal). Sesungguhnya Raja Mandeliar dan si Kitul yang telah mengkhianati rakyat kesultanan Melaka, telah disula dari dubur hingga santak ke ubun-ubun dihadapan khalayak rakyat Melaka Purba!! Bangkai mereka diheret keseluruh kota Melaka, akhirnya dicacakkan ditengah-tengah kotaraya untuk pengajaran kerana mengkhianat negara. Tapak rumah mereka dikikis dan dibuang ke laut. Harta mereka dirampas dan anak isteri masing-masing menerima nasib yang sama; supaya zuriat pengkhianat-pengkhiat itu tidak berkesempatan lagi menderhaka kepada rakyat negara!! Islam juga mempunyai hukum-hukum yang jelas. Dan undang sibil dinegara ini juga memperakukan hukuman yang setimpal dengan pengkianat di bawah "Treason"!!

"People Power"

Di abad ini pun perkara seumpama itu pernah berlaku dan dilaksanakan. Tidak mustahil ia akan berlaku dimana-mana. Andainya kelunakan hati rakyat dibalas dengan ancaman keatas nyawa mereka; jangan takbur…pasti rakyat akan menang juga. Itulah yang dikatakan 'people power'.

Sejarah membuktikan BAHAWA tidak ada seorang Diktator pun yang kekal untuk menikmati hidup aman dan sempurna. Tiap-tiap orang dari mereka telah ditumbangkan dengan cara yang paling mengerikan. Dengan kekuatan rakyat, PASTI mereka tersungkur kebumi meminta nyawa!! Waktu itu, tidak akan ada siapa yang akan tampil untuk membela!!

Rakyat masih ingin memilih jalan tengah supaya Regim ini akan mematuhi Piagam Rakyat (Perlembagaan Negara) dengan menghayati tuntutan rakyat. Sudah sampai Dr. Mahathir dan Regim ini memulakan satu langkah baru supaya negara seindah ini tidak lagi tersisih oleh dunia semata-mata Dr. Mahathir dan Regim ini mengamalkan dasar yang dibenci dunia bertamaddun, iaitu "DICTATORSHIP", atau "PEMERINTAHAN KUKU-BESI"..!!

Rakyat sudah bersedia memilih sebuah kerajaan yang mereka inginkan. Imbasannya terserlah dalam keputusan Pilihanraya ke-10 yang lalu. Posmortem lah sendiri dan bacalah fakta-fakta yang benar.

Bacalah dan fahamilah hati rakyat. Sesungguhnya, Rakyat sudah menjelaskan pendirian mereka!! Masihkah para peneraju Regim ini mahu berdegil? Kalian juga berhak memilih! Pilihlah ketentuan nasib kalian dalam jangka masa sesingkat ini!!

Dr. Abdul Halim 'Ashikin
Johor Bahru



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com