Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Rintihan org muda yg berhasrat nak belajar tinggi.....

Kisah Benar IPTS...
Assalammualaikum..kepada semua pendokong reformasi di seluruh negara..Allahuakbar!Allahuakbar!!Allahuakbar!! untuk pengetahuan semua saya ingin berkata sesuatu mengenai isu 'Penggunaan wang Caruman KWSP untuk pengajian anak di IPTS'

Selaku bekas penuntut di di Kolej Lagenda Langkawi yang merupakan francais kepada UiTM(ITM) saya menentang sekeras-kerasnya idea tersebut..ini merupakan salah satu iedea tak masuk akal dan amat kejam yang dilahirkan oleh manusia-manusia bangsat yang maish tidak puas melihat kesusahan dan penderitaan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu..Pengalaman saya sendiri pernah melihat bagaimana pelajar-pelajar Melayu yang cemerlang di dalam SPM terpaksa belajar dengan serba kekurangan terutama tenaga pengajar. Semasa saya menerima surat tawaran kolej tersebut mereka menyatakan akan jaminan kualiti pengajran dan pembelajaran hingga sanggup mengatakan mereka ada 10 orang pemegang Phd sebagai lecturer.

Apa yang menghairankan saya, bagaimana mereka dapat nama-nama mereka yang tidak dapat tawaran ke IPTA?? mungkinkah ada semacam kabel atau links yang membantu mereka mengesan dan mencari mereka yan gagal ke IPTA ini? mereka yang dihantar surat tawaran IPTS ini adalah kebanyakan mereka mendapat Gred 1 dan 2 di dalam SPM baik di bidang Sastera mahupun Sains.Saya sendiri mendapat Gred 2 dalam SPM di bidang Sains gagal mendapat tempat di IPTS walaupun mendapat kepujian dalam Fizik dan Matematik Tambahan!! malangnya ada rakan saya yang mendapat Gred 3 Sastera dapat kursus Sains Sukan di UiTM Shah Alam...hairankan..dan dia tidak mendapat tawaran langsung ke Kolej Lagenda atau mana-mana kolej IPTS yang lain!!!?

Ingin saya mengajak rakyat Malaysia berfikir akan natijah daripada cerita saya ini..Sewaktu saya mendaftar di Kolej tersebut saya terpaksa membayar RM 2500 sebagai yuran pendahuluan dan hanya yuran asrama yang harus dijelaskan secara bulanan..RM 120..Al-Hamdulillah bapa saya mampu untuk membayarnya..tetapi bagaimana dengan anak-anak melayu yang lain?? mereka mendapat keputusan SPM yang amat baik tetapi tidak mendapat peluang untuk berada bersama-sama pelajar cemerlang yang lain di IPTA sedangkan ramai mereka yang tidak layak berada di IPTA yang diidamkan oleh semua pelajar?? Akhirnya mereka terpaksa memasuki IPTS yang bayarannya benar-benar menekan di saat kegawatan sekarang..

Berbalik kepada cerita saya..Setelah hampir 4 bulan saya belajar dan lagi 3 minggu akan menduduki peperiksaan akhir (saya ambik Sijil selama 6 bulan) tiba-tiba pihak pengurusan kolej telah meminta yuran tambahan sebanyak RM 1500 sebagai bayaran yang tak masuk akal!! dan sesiapa yang tidak membuat bayaran tidak dibenarkan mengambil Peperiksaan!! bayangkanlah wahai rakyat Malaysia yang 'YAKIN BOLEH' ini...Bagaimana perasaan kami sebagai anak-anak yang tahu akan kemampuan kewangan bapanya..bagaimana perasaan kami memikirkan bagaimana hendao menyampaikan berita ini kepada bapa maisng-masing!! untuk makan pun kami sampai ada yang berhutang dengan makcik warung di sebelah kampus apatah lagi hendak membayar satu jumlah yang agak besar itu!! dan saya hampir menitiskan air mata apabila bapa saya menyatakan akan kesediaannya untuk menyediakan wang yang banyak itu..bayangkanlah wahai rakyat Malaysia..bayangkanlah..

Dan kini...golongan-golongan keparat(koperat) itu inginkan duit lagi dan pihak yang berkaitan dengan pendidikan di negara ini terpaksa mencari jalan bagaimana hendak membantu golongan keparat ini kerana lesen dan kebenaran untuk membuka IPTS telah diberi..maka dengan kuasa mereka telah membenarkan caruman KWSP digunakan untuk pencarum membiayai anak-anak mereka yang belajar di IPTS....bijak bukan langkah 'kerajaan' itu?? sedangkan yuran di IPTS melambung mengikut suka hati bapak golongan keparat( koperat) ini dan pencarum 'boleh' mengeluarkan tabungan mereka untuk dibayar kepada golongan ini..

Lupakah akan kementerian pendidikan bahawa kemudahan pelajaran adalah salah satu tanggungjawab sosial mereka?? dan adakah kerajaan seperti ini yang diperlukan oleh rakyat Malaysia yang semakin maju??renungkanlah wahai rakyatku..

...Takbir!!Allahuakbar!

Hamba Allah
Pejuang Reformasi Muda



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com