Saya rujuk rencana seorang netter vetren di FGR ini dan dibeberapa Webpage lain, Sdr. Hj. Musa – Alor Setar bertajuk “RAMAI YANG MABOK “SAMSU” DI HARI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA”.
Sementara itu, saya rujuk juga komen sdr/sdri Wan Malini sehubungan dengan rencana Sdr. Haj. Musa tersebut bertajuk: “SELAGI BULAN MEI, 2000 BELUM BERAKHIR, BEGINILAH…!!”
Dalam satu artikel lain, seorang netter: sdr. Megat Hashim Megat Shamsuddin, Skudai, JOHOR BARU telah menulis dibawah tajuk: “KENYATAAN TUN GHAFAR: BAGAI KEJUTAN LETRIK ‘VOLTAN’ TINGGI.”
Ketiga-tiga netters itu telah membangkitkan hujah atas isu yang sama, iaitu berhubungkait dengan kejutan Dr. Mahathir yang menuduh “PAS mengeluarkan fatwa yang menyeleweng Aqidah”.
Dalam utusan Malaysia, kita lihat bagaimana Menteri Hamid Osman seolah-olah yakin benar dengan kenyataan Dr. Mahathir; lantas beliau memberi amaran awal bahawa UMNO akan mengambil tindakan mahkamah berhubung dengan perkara itu.
Beberapa orang ulamak dan orang Melayu yang ditemui tidak merestui tindakan Hamid Osman dan Dr. Mahathir yang terlalu tergesa-gesa membuat kenyataan, apathlagi untuk bertindak. Mereka umpamakan tindak mereka berdua sebagai “membabi buta”.
Walaupun mereka tidak membaca pandangan sdr. netters betiga diatas, tetapi orang ramai banyak berpendapat bahawa tuduhan Hamid Osman dan Dr. Mahathir itu tidak lebih dari satu gimik politik Dr. Mahathir yang semakin tersepit akibah kewibawaan beliau dalam partinya sendiri dan dimata orang Melayu/Islam makin kecundang.
Sebeum UMNO hendak membawa perkara itu ketengah, cuma Dr. Mahathir dan Hamid sendiri membuat ‘home-work’, apakah ‘tuannya’ (Dr. Mahathir) seorang yang berakhlak mulia hingga telah menjebak UMNO dalam satu kerangka maksiat tertinggi dengan menggunakan FITNAH untuk menumbangkan lawan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Jika agenda Dr. Mahathir ialah untuk meletakkan kewibawaan beliau kemercu tinggi seperti dulu, mungkin beliau sedang bermimpi!!
Semua orang tahu, perlucutan jawatan dan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 1001 fitnah adalah agenda konspirasi Dr. Mahathir bersama komplotnya. Prosding mahkamah sendiri adalah bukti jelas yang tidak boleh dipertikaikan bahawa tuduhan keatas sdr. Anwar hanyalah satu urutan Fitnah dan Kezaliman Dr. Mahathir.
Sebagai seorang isteri yang berhemah tinggi dan berhati mulia, orang Melayu dan orang Islam (termasuk pemimpin dunia sejagat) telah begitu prihatin dengan YB DS Wan Azizah dan keluarga. Pengundi Permatang Pauh telah mencampakkan Ibrahim Saad. Sekali gus ulamak vetren UMNO yang menerajui kerajaan Terengganu (termasuk Kerajaan UMNO/BN sendiri) terhumban ‘fall-flat’ menyembah bumi. Itu padah pertama.
Kita lihat betapa Dr. Mahathir mempersenda Nabi Muhammad saw. Dengan cercaan umpama seorang munafiq ( dengan hujah yang boleh membawa kepada hilang keyakinan kepada keistimewaan Nabi sebagai ‘kekasih’ Allah swt.); kita merasa adalah tanggungjawab Hamid Osman dan seluruh UMNO memperbetulkan diri sendiri (dan menasihati pucuk pimpinannya) terlebih dahulu, sebelum menjaga tepi kain orang lain.
Kita mau tanya, apakah yang telah dilakukan oleh Pusat Islam/JAKIM dibawah pentadbiran Hamid Osman dan IKIM yang di pengerusikan oleh Dr. Mahathir sendiri dalam gejolak bertambahnya bilangan orang Melayu yang telah murtad?
Mengapa Dr. Mahathir dan Hamid Osman sebagai ‘orang kuat’ UMNO membiarkan perkara itu berleluasa sehingga kini perihal itu bukan lagi satu rahsia?
Kita TIDAK mahu melihat UMNO berbantah-bantah dengan PAS atas isu ugama. Tetapi, kita juga tidak mahu UMNO bersikap tutup mata dan telinga apabila isu ugama kian jadi mainan poltik didalam partinya sendiri. Jika Dr. Mahathir sendiri mengakui dirinya sebagai seorang Islam; sebaliknya mencerca Nabi sedemikian mudah, kita mau tanya adakah sikap beliau itu mencerminkan sikap seorang Islam yang beraqidah semulia yang dituntut oleh Islam bagi seorang pemimpin? Itukah dia sikap, karenah dan peribadi Islam pucuk pemimpin UMNO?
Selama beberapa tahun, rakyat sudah nampak – sambil itu rakyat juga hairan, mengapa Dr. Mahathir begitu bersungguh hendak berseteru bermusuhan dengan PAS. Identiti PAS adalah jelas sebagai Parti orang Melayu (termasuk yang berketurunan mamak India muslim seperti Mahathir juga).
Dalam Manifesto PAS tidak ada terselit walau sebesar zarah sekalipun, sebagai usaha mereka merayu pengundi dengan kata-pendek “UMNO adalah parti haram kepada orang Islam atau sesiapa mengundi UMNO masuk Negara jahanam”.
Mungkin ada setengah-tengah pemimpin UMNO merasa segala perbuatan dan karenah mereka umpama iblis yang diakui Allah swt. penghuni Neraka Jahanam. Itu bukan PAS cakap. Ketentuan itu adalah ketentuan Allah kepada Iblis dan mereka yang segolongan dengan iblis. Tidak ada sebarang fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS. Yang orang semua yakin, pemimpin UMNO ada tergolong kepada orang yang baik-baik belaka.
Jika Al Quran menyebut Iblis penghuni neraka, (dan mereka dalam puak UMNO tersinggung hati) persilakanlah pemimpin UMNO menyaman Nabi Muhammad dan Allah swt. Jika difikirkan wajar, silalah ambil tidakan mengharamkan Al Quran dari dibaca oleh orang UMNO!!
Mohammad Hakim Aliman,
K. Terangganu.
9 Februari 2000