Boleh percayakah??? Berita terkini dari Sarawak
Umno telah pun membuka cawangannya di Sarawak baru-baru ini. Ia
dirasmikan oleh bekas menteri pertahanan Abg Abu Bakar. Kebanyakan
cawangannya dibuka di kawasan penduduk Bidayuh di Bahagian Kuching.
Nampak gaya Tok Uban sekarang menghadapi masalah dgn Umno Sarawak bila
dia terang-terang menentang kemasukan Umno ke Sarawak.
Tok Uban berusaha bersungguh-sungguh untuk menyekat pengaruh Abg Abu
Bakar yang telah keluar dari PBB pada 16 Jan.2000 lalu. Sejak Abg Abu
Bakar disingkirkan dari PBB dia mula mencari pengaruh melalui Umno.
Pihak parti pembangkang Swak harus berwaspada dengan teknik Umno ni.
Mungkin mereka hanya berlakon untuk membela nasib kaum bumiputera di
Sarawak tetapi sebenarnya mereka hanya datang untuk memecah-belah
pakatan Barisan Alternatif (BA).
Seperti yang kita ketahui semasa piliharanraya yang lalu sokongan
terhadap BA sangat mengalakan walaupun tewas tapi masih boleh diperbaiki
kerena inilah pertama kali BA datang ke Sarawak. Kita mesti ingat Umno
mungkin ada agendanya tersendiri untuk menarik perhatian umum dari
menumpu pemilihan agong mereka pada bulan mei nanti. Jadi mereka sengaja
mengadakan isu kemasukan umno ke Sarawak supaya tumpuan umum nanti
tertumpu ke Sarawak. Kita mesti ingat PBB & Umno adalah komponen dalam
Barisan Nasional (BN).
Adalah sukar bagi kita mempercayai mereka akan dapat membantu kaum
bumiputera di negeri ini sedangkan selama ini PBB langsung tak ambil
kisah tentang nasib kaum bumiputera di negeri ini. Apa yang Umno boleh
buat untuk bumiputera di sarawak.????
"Nothing there just want to show off there power to others only"
Jangan terperangkap dengan teknik Umno ni....nanti harapan BA untuk
menguasai Sarawak tidak akan tercapai. Sanggupkah Umno berpakat dengan
BA semasa pilihanraya negeri nanti sedangkan kita semua tahu Umno
adalah musuh bagi BA di pusat & negeri di semananjung.
Oleh itu kita mesti bersatu menegak keadilan & bebaskan pengaruh Umno
dari menguasai kita. Umno & PBB sama saja mana boleh diharap, diharap
kita semua mesti bersedia menghadapi semua ini. Jangan terperangkap
dengan tipu muslihat BN.
BERSATU BERSAMA BA DAN HAPUSKAN UMNO,PBB & BN
SOKONGLAH PAS,KeAdilan,dan Barisan Altenatif!!!
Anak jati Sarawak
KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Bekas Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abang Abu Bakar Mustapha hari ini mengumumkan yang beliautelah keluar daripada parti itu untuk mengetuai inisiatif membawa masuk Umno ke Sarawak.
Abang Abu Bakar berharap dapat berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang juga Presiden Umno bagi membincangkan penubuhan cawangan-cawangan parti itu di negeri ini.
Abang Abu Bakar yang juga bekas Menteri Pertahanan membuat pengumuman itu di tengah-tengah "pergolakan" dalam senario politik Sarawak dengan kemunculan secara tiba-tiba bendara Umno di beberapa kawasan bandar ini sejak beberapa hari lepas yang dipercayai dipacak oleh penyokong parti itu.
Sarawak adalah satu-satunya negeri di negara ini yang Umno belum mengembangkan sayapnya.
Bercakap kepada pemberita di Bau kira-kira 35 km dari sini, Abang Abu Bakar berkata sebanyak 138,000 permohonan untuk menganggotai Umno telah dihantar ke jawatankuasa penaja Umno Sarawak.