Ramai pihak di Sarawak bergembira bila mendengar titah MAHAZALIM yang menegaskan
UMNO tidak akan mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Para penyokong UMNO di
Sarawak kecewa dengan kenyataan tersebut manakala Taib dan kuncu-kuncu tersenyum
lebar kerana berjaya menumpaskan usaha tersebut. Nampaknya MAHAZALIM masih
berpegang kepada kata-katanya.
Parti-parti komponen BN Sarawak beranggapan bahawa UMNO tidak diperlukan di
Sarawak kerana BN Sarawak berjaya memainkan peranannya di Sarawak. Pada
pilihanraya yang lepas BN Sarawak telah menyapu bersih kesemua kerusi parlimen
!!! Mungkin UMNO diperlukan di Sarawak sekiranya BN Sarawak gagal untuk mengawal
kemaraan pihak pembangkang.
Namun begitu, parti-parti komponen BN Sarawak begitu cepat merayakan
kemenangan mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa what at stake is Mahathirs
political survival. Persoalan yang patut diambil perhatian bukannya wajarkah
UMNO masuk ke Sarawak ketika BN Sarawak telah berjaya memberikan semua kerusi
parlimen kepada BN peringkat kebangsaan ? Tetapi perlukah MAHAZALIM membuka
cawangan-cawangan UMNO di Sarawak untuk menjamin political survivalnya.
MAHAZALIM sedar bahawa dia tidak boleh percaya apa yang dikatakan oleh KU LI.
Datuk Seri Anwar dulu pernah juga berkata beliau tidak akan bertanding jawatan
timbalan presiden UMNO tetapi akhirnya terpaksa akur kepada kehendak ahli-ahli
UMNO yang mahukan beliau menggantikan Datuk Ghafar Baba. Adakah KU LI akan
berbuat demikian ???? Adakah KU LI sanggup menolak desakan ahli-ahli UMNO yang
mahukan beliau meniup angin perubahan dalam UMNO ???
Dato Abang Abu Bakar memang mengetahui tekanan-tekanan politik yang dialami
oleh MAHAZALIM. (Beliau adalah bekas menteri persekutuan dan bergaul dengan
orang-orang UMNO.) Sebab itulah beliau mencanangkan kemasukkan UMNO ke Sarawak.
Mungkin Dato Abu Bakar merupakan orang suruhan MAHAZALIM untuk test the
water. Ataupun mungkin juga Dato Abu Bakar melihat kesukaran yang MAHAZALIM
sedang alami sebagai satu batu loncatan untuk memastikan political survival
dirinya sendiri. Dato Abu Bakar memang sedia maklum tahap sokongan yang boleh
diberikan oleh rakyat Sarawak kepada UMNO. Sebelum ini sudah pun ada ikhtiar
untuk membawa masuk UMNO ke Sarawak. Kesemuanya gagal kerana tiada keizinan dari
pucuk kepimpinan UMNO.
Kisah UMNO dan Dato Abang Abu Bakar belum selesai. Kita hanya tahu penghujung
kisah tersebut hanya beberapa minggu ( ? ) sebelum pilihanraya UMNO nanti.
Perlulah dinyatakan disini bahawa MAHAZALIM berupaya untuk melakukan apa saja
untuk kepentingan politik dia sendiri. Tambahan pula Taib bukanlah pemimpin yang
bersih. Maka amatlah mudah untuk memaksa Taib agar akur dengan kehendaknya.