KUALA LUMPUR, Feb 15 (AFP) - Perdana Menteri Mahathir Mohamad mnolak dakwaan skandal seks membabitkan bekas Anwar Ibrahim dan menganggapnya sebagai pembohongan yang bermotifkan politik yang " mengarut " mahkamah diberitahu hari ini.
Peguam bela, cuba untuk membuktikan musuh politik Anwar mereka tuduhan itu, memanggil wartawan Bernama untuk memberikan keterangan mengenai sidang akhbar mahathir pada 24 Ogos 1997.
E. Sivabalan, ketika ditanya oleh peguam, Christopher Fernando, mengesahkan beliau menulis laporan bertajuk "Tiada kebenaran dalam surat yang mendakwa penglibatan Anwar dalam skandal seks, kata PM".
Fernando kemudiannya membacakan petikan daripada laporan itu dan wartawan itu mengesahkan bahawa Mahathir membuat kenyataan sedemikian.
"Terdapat percubaan untuk mensabotaj imej Anwar menerusi dakwaan penglibatan dalam skandal seks itu," dia memetik Mahathir sebagai berkata demikian.
Sivabalan berkata, Mahathir ditanya mengenai khabar-khabar angin bahawa beliau menerima surat daripada seseorang yang mendakwa menteri kanan terbabit dalam skandal seks.
Beliau memetik Mahathir sebagai menjawab " Ya, Dakwaan itu terhadap Anwar."
Penulis surat itu walaubagaimanapun tidak dikenalpastikan hari ini.
Sivabalan berkata, Mahathir juga ditanya mengenai kedudukan dakwaan itu dan menjawab, " Semua jenis seks, ini (dan )begitu. Dakwaan itu tidak benar,".
"Tidak ada bukti langsung dan ia adalah fitnah biasa," Mahathir dipetik sebagai berkata. " Penulis surat itu sendiri menafikan kandungan surat itu. Kes itu ,sekarang dianggap tutup selepas penyiasatan polis,".
Fernando bertanya Sivabalan sama ada Mahathir membuat kenyataan yang memberikan kesan bahawa beliau menerima laporan mengenai kes itu dan berpuas hati dengannya.
Wartawan itu menyatakan, Mahathir telah melakukan begitu dan memetik beliau sebagai berkata, "Kes ditutup. Tidak perlu tanya lagi."
Sivabalan berkata, Mahathir menambah: "Disebabkan ramai yang berfikir beliau akan menggantikan, percubaan dibuat untuk menghitamkan beliau jadi beliau tidak akan menggantikan saya."
Mahathir, menurut wartawan itu, berkata beliau tidak mempercayai dakwaan itu akan merosakkan imej Anwar " melainkan seseorang yang sangat bodoh mempercayai tuduhan yang sebgitu mengarut terhadap beliau".
Ditanya sama ada beliau meminta Anwar memberikan penjelasan mengenai perkara itu, Mahathir menjawab," Tidak perlu. Saya mengetahui banyak mengenai perkara ini".
Sivabalan juga berkata, Mahathir menunjukkan bahawa surat itu mungkin ditulis oleh lebih dari seorang.
Beliau memetik Mahathir sebagai berkata," Seseorang mengarahkan surat itu kerana surat itu ditulis dalam bahawa yang sedikit melebihi kemampuan salah seorang daripada penulis-penulisnyanya."
Sivabalan berkata Mahathir menggambarkan surat itu sebagai bermotifkan politik sepenuhnya dan dakwaan itu (terhadap Anwar) dalah tidak benar tetapi beliau tidak mengingati dengan tepat perkataan yang digunakan.
"Mungkin apabila Perdana Menteri datang, beliau boleh menjelaskan mengenai perkara itu", kata Fernando. Peguam bela dijangka akan memanggil Mahathir minggu ini.
Sivabalan juga memetik Mahathir sebagai berkata " Orang yang menulis surat ini kemudiannya mereka tidak ada kebenaran dalam surat itu".