Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Imam Masjid Putra Silap Lagi

Sekali lagi Datuk Kadir Talib imam besar Masjid Putra tersilap dalam bacaan surah pada rakaat pertama solat jumaat hari ini. Beliau membaca surah Sabbihis(Al-A'la), dipertengahan surah dia termasuk kedalam surah Iqrak, ada gak makmum belakang yang menegurnya tapi beliau meneruskan juga bacaannya hingga akhir. Agaknya dia gelabah kot pasal dibelakang ada makmum ia-itu Agong dan PM.

Sudah banyak kali beliau membuat kesilapan, sebelum ni satu ketika beliau terlupa membaca Fatihah pada rakaat kedua selepas bangun dari sujud terus membaca surah lalu ditegur oleh makmum beberapa kali dengan menyebut subhanaAllah tapi beliu meneruskan juga bacaan surahnya, sehinggalah ada makmum yang menyebut alhamdulillah barulah terjumpa bacaan fatihah.

Rasanya beliau tidak layak lagi duduk di Masjid Putra sebagai imam besar pulak tu... Pehak pengurusan sila ambil berat perkara ini supaya perkara seperti itu tidak akan berulang lagi. Jangan dikata orang masjid saje canggih tapi imam besarnya alahai...

masjoko



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com