Kami sekeluarga hadir agak lewat ke majlis makan malam di Hyatt Regency kerana pergi menziarah keluarga yang mengalami tragedi kematian 4 beranak, sungguh menyedihkan dan sayu terasa hati, Semoga Allah memberikan ketabahan dan kesabaran kepada ibu malang berserta anak dan keluarga ini dalam menghadapi ujian yang maha berat ini.
Al-Fatihah
Antara barisan KeADILan pusat yang hadir di dalam majlis makan malam itu adalah Sheikh Azmi, sdr Ezam, Pn.Marina Yusof, sdr. Anuar Tahir , Pn. Noraini Shamsuddin (wakil ketua wanita) yang masing2 telah memberikan ucapan yang penuh bersemangat. Tidak ketinggalan Puteri Reformasi kite yang mewakili ibunya yang tidak dapat hadir atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Turut hadir adalah wakil dari pimpinan negeri gabungan parti2 Barisan Alternatif.
Apa yang menarik adalah ucapan pemidato utama iaitu Prof. Jomo Sundram (nama Islamnya Johan Abdullah) yang telah mengupas lanskap politik di Malaysia dengan begitu menarik, teratur dan menyeluruh.
Beliau menolak apa yang dikatakan sebagai "postmortem" BA selepas keputusan pemilu yang lepas kerana baginya postmortem adalah untuk sesuatu yang telah mati sedang BA masih hidup malah lebih bertenaga dan akan terus hidup , disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir.
Menceritakan kembali akan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Mahathir sendiri terhadap UMNO, dimana Mahathir telah membunuh UMNO pada tahun 1988 demi kepentingan politiknya semata-mata untuk memastikan pengaruh 'Team B' dari terus merebak dalam UMNO. Tidak hairanlah sekarang ni berbagai usaha yang telah dilakukan dalam pemilu yang lepas dengan segala bentuk penipuan , fitnah dan propoganda untuk memastikan dia terus berkuasa.
Beliau menyingkap kembali sejarah awal semasa Mahathir menjadi PM 1981, dengan kemasukan DSAI dalam UMNO, bagaimana ketelusan pemerintahan yang cuba dipamirkan dengan penerapan nilai-nilai Islam, slogan Bersih, Cekap dan Amanah semua itu hanya igauan dan impian yang berlalu dengan kenyataan hingga kehari ini terserlah apa sebenar yang berlaku.
Sekarang ini terbukti apa yang diperjuangkan selama ini adalah projek mewah, projek mega, dan terakhir projek kabel dasar laut yang telah dibatalkan tetapi terdapat ura-ura akan diteruskan dimana beban ini akan ditanggung oleh rakyat . Semua itu adalah untuk mengkayakan kroni-kroninya yang menjadi manusia-manusia yang paling berkuasa di dalam Malaysia hari ini.
Mengingatkan atas kejatuhan Marcos dan Suharto dengan isu KKN (kronisma, korupsi dan nepotisma), dimana keadan ini telah menular ke dalam pentadbiran Mahathir sekarang ini. Kejayaan peniagaan pada masa sekarang bukan lagi terletak pada 'Know How' , tetapi 'Know Who'. Keadan ini amatlah memerbahaya dan akan menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat di mana yang kaya akan bertambah kaya dan miskin akan terus miskin mengharapkan ihsan dari yang berkuasa.
Beliau turut menyentuh bebarapa sebab kenapa Mahathir memilih Nov 1999 untuk mengadakan praya.
1) Ketakutan dengan kesepakatan BA yang begitu mantap, dengan manifesto bersama yang dikeluarkan akan merebak dan mempengaruhi rakyat jika masa yang lama diberikan.
2) Ketakutannya untuk hadir ke mahkamah apabila pada waktu tiba masa pembelaan DSAI yang menghendakinya hadir sebagai saksi. Kita lihat bagaimana kes itu terpaksa ditangguhkan dengan alsan hakim sakit tulang belakang.
3) Mood rakyat pada waktu itu cenderung kepada BA, dan untuk mengelakkan pengaruh ini semakin meluas maka praya harus dijalankan segera. Juga mengambil kira kesan kedatangan ramadan dan hari raya kepada rakyat .
4) Untuk mengelak 685,000 pengundi yang baru berdaftar dari mengundi pada tahun itu. Mahathir sendiri mengaku bahawa hanya 5% sahaja pengundi baru ini yang akan mengundi BN.
Atas nasihat Tun Salleh Abas beliau membawa kes ini kemahkamah tetapi telah dibuang kes, namun beliau akan terus memperjuangkan haqnya dan 685,000 pengundi yang lain.
Dari analisis pemilu yang lepas jelas menunjukkan akan penipuan yang berlaku . Di mana hasil kiraan yang dibuat menunjukkan 56% rakyat mengundi BN , tetapi keputusan lebih 2/3 (76%) kerusi parlimen untuk BN adalah sesuatu yang mengelirukan. Itu tidak termasuk lagi dengan undi pos dan undi hantu. Walaupun segala bentuk bantahan tidak mendapat layanan yang sewajarnya namun pendedahan ini perlu untuk diketahui oleh rakyat dan sebagai persediaan pada pemilu yang akan datang . Oleh BA mesti terus melengkapkan diri dari sekarang, mempertahankan haq rakyat dan menjadi jentera agar penyelewengan ini tidak berlaku lagi pada pemilu yang akan datang.
Sebagai penutupnya Prof. Jomo mengingatkan antara faktor kelemahan BA/ keADILan yang perlu diberikan perhatian:
1) Memperkuatkan kedudukan parti yang masih setahun jagung , dengan aktiviti kemasyarakatan dan barisan yang kuat. Kejayaan yang lepas dengan sambutan menggalakkan dari rakyat amat membanggakan dan harus diberikan pengukuhan dan sebaran yang lebih meluas lagi.
2) Meneruskan dan memantapkan lagi kerjasama dan persefahaman antara parti yang menganggotai BA, kerana jelas kerjasama yang pertama kali ujud ini telah berjaya menggegarkan parti yang memerintah..
Majlis tammat jam 12.00 malam dengan ramah mesra dan sesi photografi bersama jemputan dan hadirin. Makdak sempat juga bertemu dan bermuayashah dengan 2 orang srikandi kita yang tertangkap pada demo yang lepas. Jeritan reformasi dari mereka telah menyemarakkan majlis ini dengan semangat untuk melakukan perubahan pada malaysia tercinta.
salam makdak