Assalammualaikum..
kepada semua reformis tulen di seluruh pelusuk dunia..Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Saya ingin menceritakan kisah benar yang sekarang hangat diperkatakan di tempat saya yakni Slim River..Salah satu kubu kuat UMNO disini iaitu Kampung Balun(walaupun nyaris-nyaris tewas kepada BA) telah mengalami perpecahan yang amat kronik kerana tidak bersetuju dengan perlantikan ketua kampung yang baru oleh ADUN Slim iaitu Junus Wahid. Bekas ketua kampung yang lama telah pun meletakkan jawatannya atas alasan keuzuran dan dengan terang-terang telah mengaku mengundi PAS dan keADILan dalam pilihanraya bari-baru ini.
Oleh kerana kemenangan tipis BN di peti undi Kampung Balun ini..ADUN berkenaan telah melantik ketua pengampunya sebagai Ketua Kampung walaupun telah dibantah oleh seluruh penduduk kampung! Ketua pengampunya ini sebenarnya adalah bekas Ketua Parti Semangat 46 dan penaksub KU LI..Hasilnya kini JKKK kampung yang sedia ada kesemuanya telah meletak jawatan sebagai protes dan ada sesetengah mereka telah berkunjung ke rumah Ketua keADILan dan PAS untuk memohon keahlian!!
Buat semua bekas UMNO kampung Balun...saya selaku anak jati kampung mengucapkan tahniah sekiranya anda memilih untuk bersama dengan jemaah kami..dan yakinlah jalan yang anda pilih ini adalah jalan terbaik untuk memartabatkan kembali kegemilangan umat Islam dan kaum Melayu di Malaysia ini..lihatlah apa yang berlaku kepada bekas ketua kampung kita..Dahulunya beliau adalah seorang yang amat kuat mengampu ADUN berkenaan tetapi kini apabila beliau jatuh sakit..tidak pernah walau sekalipun ADUN itu menjenguk apatahlagi memberi bantuan..inilah yang akan terjadi sekiranya kita memilih untuk bersama dengan mereka yang tidak megikut jalan Islam...renungkanlah dengan kacamata Islam dan pastinya anda semua faham..
Sebenarnya saya sendiri amat hairan dengan pemikiran ahli-ahli UMNO kampung saya ini..ADUN berkenaan hanya datang sekali sahaja dalam masa 5 tahun tetapi itulah dia ADUN pilihan mereka setiap kali pilihanraya..sebelum Pilihanraya dahulu ada beliau hadir ke kampung ketika banjir berlaku..tetapi baru-baru ini berlaku banjir besar tetapi adakah makhluk itu datang melawat?? mungkinkah ini berlaku kerana penurunan lebih 70% undi BN di kampung Balun ini??fikirkanlah wahai orang kampungku..
Anak Jati Balun..