Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

SPR JANGAN PANDANG REMEH HAK RAKYAT DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA

Terbaca dalam sumber berita antarabangsa AFP:

KUALA LUMPUR, Feb 4 (AFP) : “……Jome Kwame Sundaram, a lecturer at the Universiti Malaya, is seeking to have the November 29 polls scrapped on the grounds that 680,000 newly registered were not included in the polls.

But the Election Commission is set to contest the suit and has lodged an application to have the case struck out at the Malaysian High Court on March 24, the official Bernama news agency said.”

Apa yang menarik dalam berita itu ialah fakta yang boleh ditafsirkan sebagai penafian keatas proses “Demokrasi” rakyat sebagai hak asasi yang diperakukan dalam Perlembagaan Negara. Penafian itu ditakrifkan sebagai pencabulan hak rakyat oleh satu pihak yang dituntut iaitu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dalam Perlembagaan dan Akta-akta yang mengkanunkan tugas dan fungsi SPR, agensi itu adalah diletakkan dalam kerangka neutral yang tidak memihak. SPR tidak tertakluk kepada sebarang tekanan mana-mana pihak yang boleh mengugut dan menekan agensi berkecuali ini. Tugas mereka memberi implikasi yang amat besar kepada hak asasi rakyat dan keluhuran Perlembagaan Negara.

SPR dipertanggungjawapkan sebagai agensi dengan tugas-tugas khusus, cekap dan berdiri sendiri menurut akta tertentu yang khusus. Kerana, keseluruhan tugas dan fungsi Suruhanjaya ini adalah lambang amalan dan perlaksanaan demokrasi dan pengiktiraf hak rakyat sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan berperlembagaan; SPR harus menerima hakikat “to sue and to be sued”.

Tuntutan mahkamah Dr. Jome Kwame Sundaram bukan satu perkara kecil yang wajar dipermudahkan oleh SPR melalui permohonan pihak SPR “to have the case struck out” (lihat berita). Rakyat mentafsirkan permohonan SPR itu sebagai suatu “pembelakangan” paling mengaibkan; sebagai satu penafian HAK ASASI 22 juta rakyat di negara ini.

Apa yang lebih penting lagi (dalam isu yang menjadi bantahan Dr. Jomo itu) ialah beliau ‘mengimply’kan seumpama mempertikaikan sejauhmana hak SPR boleh berbuat sekehendak hati hingga ditafsir sebagai membelakang Perlembagaan Negara. SPR wajib mengembalikan kewibawaannya yang tercabar itu.

Besar kecil jumlah bakal pengundi yang berhak itu bukan satu perhetongan. Perkara prinsip yang terjejas akibah tindakan SPR itu adalah persoalan pokok yang rakyat mahu tahu dan wajib diberitahu. v Diketahui pula jumlah bakal pengundi yang tidak TERDAFTAR adalah terlalu besar. Dan menafikan hak mereka oleh SPR dengan bertindak-balas mempermudahkan dengan “scrapped on the grounds that 680,000 newly registered were not included in the polls” adalah satu insiden yang wajar diteliti oleh 22 juta rakyat dinegara ini.

Antara soalan besar yang timbul sekarang ialah: Dimanakah legaliti tindakan SPR (sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan) seolah-olah cuba ‘bersembunyi’ atau ‘menyembunyikan’ kelemahan mereka?

Jika mereka cekap dan prihatin terhadap hak demokratik rakyat negara ini (yang dipertanggungjawapkan kepada mereka); mengapa mereka tidak mengutamakan pendaftaran 680,000 bakal pengundi (walaupun tempoh masa yang diberi begitu lama)? Diyakini, permohonan jumlah 680,000 bakal pengundi itu bukan dalam satu masa. Ia mungkin melebihi satu tahun sebelum tarikh pilihanraya ke-10. Mungkin dua atau tiga tahun.

Tindakan mahkamah Dr. Jomo wajib dianggap sebagai hak seorang rakyat yang mewakili hak 22 juta rakyat yang sama-sama menunut hak dengan beliau, terhadap SPR.

Rakyat tahu bahawa sejumlah 680,000 bakal pengundi baru itu adalah bakal pengundi yang dilindungi oleh Perlembagaan Negara. Hak mereka tidak wajar dinafikan dengan sebarang alasan. Rakyat berhak tahu apa sebab-musabab sebenar, apa yang terjadi dan apa yang berlaku kepada SPR.

Oleh itu, dengan SPR bertindak “lodged an application to have the case struck out at the Malaysian High Court”; tidak salah rakyat menganggap bahawa ia adalah satu hakikat yang ditafsir rakyat sebagai pencabulan hak asasi mereka – khusunya hak asasi 680,000 bakal pengundi yang berhak dan diperakukan oleh Perlembagaan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Peguam Perlembagaan



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com