Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Petang tadi aku sembang dengan tokey kedai..

Petang tadi aku sembang dgn tokey kedai..kawasan DAP di Perak ni katanya Chinese dah silap jangkaan...diorang ingat orang Melayu masih sokong BN dan UMNO seperti dahulu....yang heboh2 tu cuma hangat2 tahi ayam dan bila mengundi mereka pangkah dacing...tetapi sangkaan mereka salah kerana Orang Melayu berani mengubah apa yang dipanggil tradisi mengudi BN setiap kali pilihanraya...

Satu lagi bab ialah diaorang confius dengan DAP dan PAS...kerana tanggapan meluas kebanyakan Cina ialah undi Roket bermakna undi Bulan dan undi bulan beermakna undi ISLAM....sebenarnya mereka sampai ke saat ini masih takut dengan Islam.....

Cadangan yang dia bagi untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengadakan pakatan yg kukuh asasnya, menggunakan satu nama dan logo yang simple dan menarik....tiada unsur2 negatif. Pada pendapat saya juga,isu berkenaan dengan satu logo dan nama nie amat penting untuk diberi perhatian, walaupun ianya boleh dikatakan hal yg remeh temeh...mungkin bagi kita yg banyak terdedah dengan maklumat dan peristiwa2 yg berkaitan ianya tidak membawa banyak perbezaan...tetapi bagi seseorang yg jarang2 dan kadang2 mendapat pendedahan sebegini...ianya boleh memberi kesan yg besar.

Saya rasa peraturan untuk mewujudkan satu bentuk pakatan dengan satu nama dan logo sebagai mana yg diberitahu iau memerlukan sebanyak 8 buah parti yg bergabung boleh diatasi cuma gunakan 'akal' la....selagi peraturan yg direka oleh manusia ianya punya kelemahan untuk dieksploitasi.

Contoh terbaik ialah seperti penubuhan Parti KeADILan Nasional....dengan cara mengambil alih sebuah parti dorman lain....kalau tidak lihat sahajalah seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM)....sampai sekarang nie belum bernafas....

Satu lagi yg perlu saya tulis di sini ialah berkenaan sembang2 saya dengan Indian...bagi mereka kalau sebut PAS sahaja diaorang ingat hal potong2 sahaja....potong tangan dan potong kemaluan (maaf -mungkin bagi diaorang potong kemaluan itu sesuatu yg amat digeruni....maklumlah dari segi bahasa saja kita pun naik cuak). Diorang cakap bagi isteri2 India bersunat tu adalah pantang..??? betulkan jika salah.

Sekian......

ngOK



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com