Saya ingin mengulas tulisan Raimin Muhamad yang bertajuk “Pilihanraya Negeri Sarawak 20001 : Abang Abu Bakar menangkan Taib Mahmud” yang terdapat di http://detik.daily.tripod.com/.
Memang diakui bahawa Dato’ Abg Abu Bakar mempunyai motif tersendiri apabila beliau berkempen untuk membawa masuk UMNO ke Sarawak. Motif tersebut tidak lain tidak bukan iaitu untuk menyelamatkan karier politik beliau sendiri yang telah dicantaskan oleh TAIB MAHMUD. Memang diakui bahawa Dato’ Abang Abu Bakar telah gagal untuk menjalankan peranannya sebagai seorang wakil rakyat (dan bukannya sebagai seorang Menteri Pertahanan) dengan jayanya. Beliau dilaporkan telah mengabaikan tanggungjawabnya sehinggakan ramai pihak di kawasannya tidak berpuashati lantaran mendesak TAIB MAHMUD untuk menggugurkan Dato’ Abg Abu Bakar. Akhirnya beliau tidak dicalonkan semula pada pilihanraya yang lepas. Ini mengakibatkan beliau mengambil keputusan untuk keluar dari PBB dan kemudiannya berkempen untuk kemasukan UMNO ke Sarawak.
Malangnya ramai pihak (terutamanya di Semenanjung Malaysia) gagal untuk mengambil kira beberapa faktor yang penting apabila menganalisa politik semasa Sarawak. Di antara faktor-faktor tersebut ialah :-
(1) konflik politik di antara Melayu (Islam) dan Melanau (Islam / Kristain / tidak beragama);
(2) persefahaman politik di antara Melayu dan Dayak;
(3) persefahaman politik di antara Melanau dan Cina;
(4) konflik politk di antara Melayu/Dayak di satu pihak dan Melanau/Cina di pihak yang lainnya;
(5) UMNO dari kaca mata rakyat Sarawak [UMNO is UMNO and MAHATHIR is MAHATHIR];
(6) dan reformasi dari kacamata rakyat Sarawak (dan bukannya segelintir sahaja).
[Saya bukannya seorang ahli penganalisa politik yang bertauliah. Maka saya hanya akan menyentuh faktor-faktor tersebut secara am dalam tulisan saya. Sila lihat tulisan saya yg sebelumnya di http:_eras.tripod.com]
Perlu dijelaskan disini ialah Dato’ Abg Abu Bakar adalah seorang ahli politik berbangsa MELAYU. Pihak yang mendesak TAIB MAHMUD (MELANAU) untuk menggugurkan oleh Dato’ Abang Abu Bakar ialah MELANAU. MELAYU TAK SAMA DENGAN MELANAU. Maka untuk mengatakan bahawa Dato’ Abg Abu Bakar ditolak oleh rakyat Sarawak adalah tidak tepat !!! [Jumlah Melayu melebihi Melanau]
Dalam politik Sarawak pada masa sekarang, hanya Dato’ Abang Abu Bakar yang dilihat sebagai ORANG MELAYU (ulang sekali lagi ORANG MELAYU -- bukannya MELANAU !!!!] sebagai wira pembela bangsa Melayu.
Di masa lampai Abg Johari sering kali dilihat sebagai wira orang MELAYU. Dulu Abg Johari sering kali meminta ORANG MELAYU untuk bersabar setiap kali TAIB MAHMUD melakukan perkara-perkara yang menghiris hati orang MELAYU. “SABAR… TOK MASA SIKDAKNYA” (Sabar … Ini masa mereka) Itulah kata-kata yang seringkali keluar dari mulut Abg Johari.
Abg Joe pernah mengancam untuk meletak jawatan dari menjadi menteri apabila dia berkonflik dengan anak didik TAIB MAHMUD iaitu Affendi Nawawi (sekarang ini di kerajaan pusat). Pada ketika itu Affendi Nawawi adalah pengerusi SEDC (SARAWAK) dan dia seringkali “bypass” Abg Joe dengan berhubung secara langsung dengan TAIB MAHMUD. Abg Joe tidak tahan dengan kerenah KUNCU TAIB MAHMUD yang seringkali membelakangi beliau dalam hal-hal yang berkaitan dengan SEDC (SARAWAK).
(Untuk pengetahuan semua, AFFENDI NAWAWI pernah dimarahi oleh ANWAR IBRAHIM yang ketika itu datang melawat SARAWAK apabila beliau menyedari orang CINA banyak mendapat faedah dari SEDC !!!)
Insiden yang membuatkan orang MELAYU merasa juak terhadap Abg Joe ialah apabila dia gagal untuk mengotakan janjinya untuk melawan TAIB MAHMUD selepas memenangi kerusi Timbalan Presiden PBB dalam PBB. Abg Joe telah mengarahkan orang-orangnya berkempen di kampong-kampong Melayu dan Dayak untuk mendapat sokongan. INTIPATI KEMPEN Abg Joe ialah DIA AKAN SECARA TERBUKA MENENTANG TAIB MAHMUD APABILA MEMENANGI KERUSI TIMBALAN PRESIDEN. Perlu dimaklumkan pada masa itu TAIB MAHMUD dengan secara terbuka menyatakan sokongan beliau kepada ADENAN SATEM.
Akhirnya Abg Joe menang dalam pertandingan tersebut atas sokongan orang-orang Melayu dan Dayak. Para penyokong Abg Joe bergembira kerana mereka percaya Abg Joe akan menentang TAIB MAHMUD secara terbuka. Bagi mereka Abg Joe tidak perlu khuatir kerana orang MELAYU dan Dayak (terutamanya Iban) berada dibelakang Abg Joe. (PBB dianggotai oleh MELAYU, DAYAK (Iban, Bidayuh, Kelabit, dll) dan MELANAU.)
Malangnya Abg Joe telah lupa janji yang ditaburkan sebelumnya. Dia pada ketika ini sedang alpa. Seronok duduk atas kerusi empok. Yang penting baginya ialah menang kerusi Timbalan Presiden PBB. Janji yang dilemparkannya dulu hanyalah kosong semata-mata. [Ramai agen-agen kempen Abg Joe mengoyak atau membuang surat penghargaan yang diberikan oleh Abg Joe disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan Abg Joe dan mengambil keputusan untuk menyokong keADILan dalam pilihanraya yang lepas.]
Sekarang ini, tempat Abg Joe telah diambil alih oleh Dato’ Abg Abu Bakar. Dato’ Abg Abu Bakar berusaha untuk melakukan perkara yang dulunya hanya dijanjikan oleh Abg Joe tetapi gagal dikotakannya iaitu menentang TABI MAHMUD secara terbuka. TAIB MAHMUD adalah lambang kekuasaan politik MELANAU & CINA. MELANAU dinobatkan sebagai pemimpin Sarawak oleh CINA. (MELANAU adalah minoriti di Sarawak !!!)
Adalah satu kenyataan yang tidak tepat sama sekali jika dinyatakan bahawa “Abang Abu Bakar muncul untuk memperjuang nasib kaum melayu/melanau setahun menjelang pilihanraya Sarawak tahun 2001.” Yang diperjuangkan oleh Dato’ Abg Abu Bakar ialah “mengangkat semula maruah orang MELAYU / DAYAK” yang telah dirosakkan oleh TAIB MAHMUD. Orang MELANAU tidak termasuk dalam agenda.
Maaf. Ini adalah perjuangan politik yang sempit. Jangan salahkan Dato’ Abg Abu Bakar. Salahkan TAIB MAHMUD kerana dia yang mulakan dulu.
HIDUP MELAYU