Nampaknya laman-laman reformasi telah diperalatkan oleh orang-orang UMNO untuk memperjuangkan kepentingan mereka menjelang pemilihan pada bulan Mei 2000.
Kita di sini mestilah prihatin terhadap hal ini supaya kita tidak pula diperalatkan oleh mereka dalam menyebarkan tohmah dan fitnah terhadap beberapa Menteri yang baru dilantik dan tidak juga dialihkan fokus kita daripada pemimpin-pemimpin kerajaan dan UMNO yang menjadi sasaran utama golongan reformasi.
Misalnya ramai di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO begitu irihati sekali dengan Musa Mohammad, Menteri Pendidikan kerana telah dilantik menjadi Menteri penoh walhal pada mulanya beliau bukan pun ahli UMNO. Di antara mereka mungkin terdapat beberapa orang yang pernah berkerja di bawah Musa di USM dan telah pun memasuki UMNO tetapi pencapaian mereka tidak pun ke mana. Selain itu terdapat penyokong-penyokong Najib yang merasa tidak senang hati dengan pandangan Musa mengenai beberapa dasar mengenai pelajaran yang telah dilaksanakan oleh Najib walupun Najib sendiri tidak ambil pusing. Musa pun dicop sebagai kroni Pak Lah dan diceritakan beberapa hal mengenainya.
Satu cerita yang pernah saya baca di Laman Reformasi ialah mengenai penglibatan Musa di dalam sebuah syarikat pembinaan. Beliau dikatakan mempunyai pegangan 40% di dalam saham syarikat tersebut dan syarikat itu telah pun ditawarkan kontrak oleh USM.
Saya dengan nama keadilan telah menyelidiki perkara ini. Maklumat tersebut ternyata tidak tepat. Musa memang mempunyai pegangan 40% di dalam sebuah syarikat pembinaan bermula October 1995 setelah beliau bersara daripada USM. Nilainya hanyalah RM200,000 dan telah dibayarnya secara ansuran. Beliau telah pun menjualkan pegangannya itu pada Mei 1999, lama sebelum beliau dilantik sebagai Menteri. Sewaktu beliau berada di dalam syarikat tersebut, satu kontrak pun tidak didapati daripada USM.
Tohmahan seperti ini mengingatkan saya kepada apa yang dideritai oleh sahabat saya Sdr Anwar Ibrahim pada ketika ini. Musa tidak pernah bermimpi untuk menjadi Menteri. Kenapa pula beliau tidak boleh mempunyai kepentingan di dalam perniagaan untuk menyara hidup setelah beliau bersara daripada USM? Pegangan saham itu pun telah dijual lama sebelum beliau dilantik sebagai Menteri...
Mungkinkah ini kerja orang yang sama???????