Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Keahlian - UMNO syok sendiri

KUALA TERENGGANU, - Badan Perhubungan UMNO Terengganu akan mengemaskinikan senarai keanggotaan parti itu dalam memastikan kedudukan sebenar jumlah anggota UMNO di negeri ini.

Setiausaha Perhubungan negeri Datuk Ismail Said berkata semakan itu penting bagi mengetahui jumlah anggotanya di satu-satu kawasan kerana ia akan memudahkan parti itu untuk membuat perancangan dan programnya.

Selama ini UMNO tertipu dengan senarai ahli yang digembar-gembur terlalu ramai. Sikap ketua bahagian juga yang mendaftar secara rambang dan kadang kala tuan empunya pun tak tahu dia itu ahli UMNO atas semata mata nak tunjuk bahagiannya ramai ahli.

Di Dungun sahaja misalnya :-

Dun Sura : Pengundi yang disahkan 13 339 orang dan ahli umno yang mendaftar Mac 1998 ialah 2 555 orang sahaja. berbadnding Dun Bukit Besi bilangan pengundi ialah 8 054 orang manakala ahli UMNO ialah Mac 1998 ialah 5 196 orang mengikut laporan dalam Mesyuarat Agong Tahunan UMNO bahagian Dungun.

ini menunjukkkan hampir 80% pengundi DUN Bukit Besi adalah ahli UMNO ????

Sebenarnya UMNO selalu mengganggap dia kuat sedangkan UMNO sebenarnya lemah dan jika dia tidak menggunakan jentera kerajaan sudah lama UMNO berkubur tanpa nisan....

Tok Ayah





Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com