Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Penutupan 500 Tadika Kemas di Trengganu - Suatu Pemalsuan

Dipetik daripada : Laman Reformasi

Baru-baru ini terdapat berita mengatakan 500 Tadika Kemas di Trengganu atas kerajaan Negeri pimpinan Ustaz Hadi Awang. Ekoran itu Pengarah KEMAS Pusat bercadang untuk mengadakan lawatan ke Trengganu untuk mendapat penjelasan dari Ustaz Hadi Awang sendiri dan permintaan tersebut diterima dengan terbuka oleh MB Trengganu tersebut.

Dipendekkan cerita, setibanya KP KEMAS tersebut, ia telah dihalang oleh ADUN dari Barisan Negatif (BN) yang memenangi kerusi di Trengganu. Ia bukan sahaja menghalang tetapi mengugut KP tersebut supaya tidak bertemu MB tersebut. Walaubagaimanapun KP KEMAS menyatakan temujanji telah pun dibuat dan ia mesti dipenuhi sebagaimana tuntutan Islam iaitu menunaikan janji.

Akhirnya, KP KEMAS terdapat bertemu MB tersebut dan alangkah terharunya beliau apabila ia mendapat satu sambutan yang cukup mengkagumkan. Ia didakap oleh MB Trengganu menunjukkan rasa kasihnya kepada umat Islam yang lain. KP KEMAS merasakan air matanya membasahi pipinya dan lantai dengan sambutan tersebut. Tidak pernah ia mendapat sambutan yang sebegini di bawah pimpinan BN.

Ketika perbincangan, KP KEMAS tersebut bertanya adakah betul 500 Tadika Kemas Di Trengganu ditutup. Secara profesional, MB Trengganu menjawab dan bertanyakan surat penutupan Tadika Kemas tersebut. KP Kemas tidak menunjukkan surat tersebut. Ternyata ia hanya fitnah oleh akhbar Utusan Malaysia (Utusan Melampau). MB Trengganu ada menyatakan 14 buah Tadika Kemas ditutup sementara kerana ia tidak selamat digunakan dan arahan untuk membaikinya telah dibuat. Apabila keadaan Tadika tersebut telah selamat, ia akan dibuka semula.

Begitulah keadaan sebenarnya. Utusan Melampau telah membesarkan cerita penutupan 14 Tadika Kemas secara sementara untuk pembaikan kepada penutupan 500 Tadika Kemas oleh kerajaan Trengganu. Diharap pembaca boleh menilai sendiri keikhlasan akhbar Utusan Melampau menyampaikan berita. Ia bukan sahaja Indah Khabar dari Berita tetapi Indah Fitnah dari Berita.

Hidup BA.

Shafiee Al Iman



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com