Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

PECAH TEMBELANG : DI GENTING HIGHLAND BERMULANYA SEJARAH

Kami bersetuju dan sesungguhnya memberi sokongan padu dalam isu yang dibangkitkan itu. Kita berbalik kepada sejarah, BAHAWA:

PEMBUBARAN Parti Semangat 46 dan penerimaan Tengku Razaleigh Hamzah (ku Li) dan beberapa orang penting parti itu adalah satu strategi paling konkrit dipihak Ku Li untuk melihat UMNO kembali ke landasan politik tanahair. Kali ini, kepulangan beliau kepangkuan UMNO adalah dalam bentuk yang diinginkan rakyat.

Strategi Berimbang

Kesediaan beliau menjadi ahli biasa (gukha) sekian lama adalah satu cara beliau memperlihatkan kepada rakyat (orang Melayu khususnya) bahawa beliau adalah jujur dan ikhlas “perpaduan Melayu” (bukan setakat UMNO saja). Ini wajar dihargai.

Walaupun banyak pihak beranggapan kedudukan beliau sangat ‘memalukan’ dengan kemungkinan beliau telah terkeluar dari arus perdana politik tanahair; namun sangkaan ramai itu meleset.

Hampir tarikh pilihanraya ke-10 dilangsungkan, Dr. Mahathir sendiri telah meminta beliau supaya mengetuai UMNO Kelantan. Perlantikan serta-merta beliau ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah satu penghormatan yang memberi ‘milage’ besar kepada beliau dan penyokongnya.

Dengan itu maka lenyapkan segala bicara hodoh mengenai Ku Li dikalangan puak dalam UMNO yang sangsi dengan kewibaan Ku Li yang dikira sudah terpuruk.

Kemenangan Ku Li di Gua Musang adalah satu perancangan orang Kelantan yang mahu melihat Ku Li berjuang dalam UMNO diatas platform yang berwibawa. Memang tidak ramai yang sedar wujudnya perancngan itu. Dr. Mahathir sendiri, walaupun sedar, tetapi beliau adalah dalam keadaan terdesak kerana hampir kesemua kepimpinan UMNO Kelantan tidak ada ‘teras’ yang kukuh!! Mahathir tidak ada pilihan.

Hari ini, semua orang dapat lihat bagaimana beliau (Ku Li) telah menjadi ‘tumpuan mata’ apabila Dr. Mahathir memutuskan “tidak ada Pertandingan Presiden dan Timbalan”. Nama Ku Li disebut-sebut sebagai pencabar. Keputusan Mahathir (yang tidak demokratik) telah memberi faktor terpenting yang menyebabkan pihak dalam UMNO mengharapkan Ku Li mencabar jawatan yang disandang oleh Dr. Mahathir (Presiden).

Ramai yang beranggapan bahawa kenyataan Tun Ghafar Baba adalah punca pergolakan UMNO dalam isu “tidak ada Pertandingan” itu timbul. Tetapi sebenarnya, sejak Ku Li memasuki UMNO semula, isu itu sudah mula diperkatakan beberapa kempimpinan UMNO. Kenyataan Tun Ghafar adalah garis penamat UMNO dikuasai secara totallitarian.

Sokongan Bergugusan

Beberapa pihak dikalangan vetren UMNO yang tidak aktif secara langsung tetapi masih berpengaruh, telah menyokong supaya Dr. Mahathir wajar berundor. Kepimpinan golongan Pertengahan juga merasa, pengunduran Dr. Mahathir secara berhemah (gracefully) adalah wajar. Beberapa pihak diberitakan telah menemui Dr. Mahathir sendiri dengan harapan beliau (Dr. Mahathir) akan menerima dengan dada terbuka.

Malangnya, Dr. Mahathir mencabar mereka dengan kata-kata angkuh. Seolah-olah UMNO akan lumpuh dalam Pilihanraya ke-10 dulu sekiranya beliau berundor. Tambahan pula, tidak ada orang yang berwibawa menggantikan beliau, lebih-lebih lagi keutamaan sekarang ialah isu ekonomi. Dr. Mahathir berkata dengan nada bengis: Isu utama sekarang ialah “Perpaduan dalam UMNO” at any cost. Ini juga satu ancaman!!

Beliau menafikan dan menolak terang-terang hujah bahawa isu penyingkiran DS Anwar dan cara kerier beliau “dibunuh” menjadi masalah kepada rakyat/pengundi Melayu. Agenda Dr. Mahathir 100% mahu meyakinkan rakyat bahawa tuduhan beliau kepada Anwar adalah benar dan ada bokti.

Kemana jua beliau pergi dan bercakap, beliau (Dr. Mahathir) akan mengulang untuk kesekian kali bahawa Anwar memang terlibat dalam pelbagai kerja aib (agen asing, peliwat/penzina, berkongsi pakatan hendak menumbangkan beliau sebagai Presiden dan merancang untuk memusnahkan politikus yang sudah tua – seperti beliau). Ini hanya satu helah.

Malangnya pemimpin UMNO dan Komponen BN sendiri tidak yakin dengan tuduhan Mahathir itu. Mereka sangat malu dengan Fitnah dan Kezaliman (kepada Anwar dan Pembangkang) yang dilakukan oleh Dr. Mahathir melalui Abdullah Bedawi.

Keadaan sekarang memberi kemungkinan jelas, bahawa kewibawaan Ku Li dengan sendirinya terangkat tinggi. Dr. Mahathir merasai bahang yang makin menyiksa kedudukannya dlam parti dan komponen Barisan.

Ku Li, sebagai seorang strategis, telah lama menjangka bahawa (lambat laun) Dr. Mahathir akan tersepit. Beberapa pihak pelapis muda dalam UMNO dan vetren (termasuk komponen BN sendiri) yang tidak mahu melihat BN berkecai, telah meminta Ku Li supaya mengambilalih kepimpinan UMNO. Mereka berikrar akan menyokong penuh sebaik saja Ku Li diangkat oleh UMNO sebagai Presiden kelak. Itu jalan selamat untuk menyelamatkan BN.

Janji mereka, sekiranya Dr. Mahathir berhasrat mendapat sokongan pemimpin UMNO dan Komponen BN supaya terus menyandang jawatan PM (setelah tumbang dari jawatan Presiden), mereka tidak akan bersetuju. Sebaliknya, mereka sanggup bersama dengan UMNO untuk menyokong undi tak percaya terhadap Mahathir (di Parlimen).

Kekuatan dan Katalis

Ku Li telah lama menilai kekuatan yang ada pada dirinya dari kaca-mata penyokong dalam UMNO sendiri. Apa yang wujud ialah: Anwar masih berpengaruh dikalangan kepimpinan UMNO. Hampir 80% diantara kepimpinan UMNO masih menyokong Anwar secara diam-diam. Suara mereka hanya didengar dibelakang tabir. Tetapi itu adalah suatu kekuatan.

TS Musa Hitam dan beberapa orang vetren telah memberi Ku Li nasihat untuk memantapkan keyakinan diri dalam isu ini. Komen mendatar Aishah Ghani dan Mustafa Jabar adalah imbasan sokongan kepada beliau.

Kesempatan ini memberi beberapa penyokong Ku Li menawarkan diri untuk bergerak dan bertemu muka dengan pihak-pihak yang dikenalpasti tanpa mengharap sebarang ganjaran. Ini adalah satu hakikat yang sangat menggalakkan.

Respon yang diterima amatlah membangga dan menggalakkan. Kedudukan prestasi UMNO dalam Pilihanraya Ke-10 juga telah dibangkitkan. Ia menjadi faktor utama yang menunjukkan bahawa rakyat terang-terang menolak UMNO, bukan kerana UMNO; tetapi kerana karenah Dr. Mahathir yang terlalu angkuh dan tidak berjiwa selari dengan inspirasi UMNO @ kepentingan orang Melayu.

Banyak pemimpin UMNO yang tahu Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu/Kroni dalam politik dan perniagaan terlibat dengan rasuah dan penyelewengan. Orang-orang seperti Daim, Rafidah, dll. tidak akan menyokong tindakan pencabar Dr. Mahathir. Tetapi bilangan mereka yang menyokong Dr. Mahathir amat kurang sekali berbanding dengan Ku Li.

Dengan itu, beberapa isu telah dibangkitkan dalam satu pakatan sulit antara Dr. Mahathir dan penasihat beliau. Antaranya ialah isu “melapis” Ku Li supaya bersaing dengan Mustapha Mohammad. Beliau (Mustapha Mohammad) akan dilantik ke jawatan Kerajaan bertaraf menteri sebagai “Penasihat Ekonomi”.

Tetapi orang semua tahu, itu adalah alasan Dr. Mahathir untuk mengurangkan pengaruh Ku Li dan menjadikan Mustapha penyalur sumber rasuah yang bakal menggugat kerajaan PAS dan Terangganu. Jika tidak, masakan Ku Li yang berpengalaman luas sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa (dan beberapa jawatan penting dalam UMNO) tidak layak menjawat jawatan itu!!

Tugas Mustapa amat mencabar. Tetapi orang hairan mengapa seorang junior minister dilantik menasihati Kementerian yang di kepalai oleh seorang seperti Daim? Mungkin ini satu salah langkah Mahathir yang akan membelasah beliau. Strategi itu amat sia-sia. Penyokong Ku Li bersatu dengan dengan lebih kuat dan mengwujudkan kerjasama terhebat dgn beberapa puak lain. Puak mana? (itu RAHASIA).

Faktor Penentu

Beberapa faktor penentu memberi Ku Li kelebihan dalam percaturan mencabar Dr. Mahathir. Pemimpin UMNO tahu dan yakin bahawa Dr. Mahathir tidak akan undor jika “TIDAK DIUNDORKAN”.

Janji beliau melantik Abdulah Bedawi adalah sebutan ‘angin panas’ waktu menguap (yawnging). Hanya Abdullah saja yang ternanti-nanti. Pembohongan Mahathir itu menyakitkan hati ramai yang bersimpati kepada Abdullah. Kesannya semua penyokong Abdullah jika Ku Li mencabar Mahathir.

Kedua, permainan politik kotor Mahathir yang menjijikkan pemimpin UMNO telah mengurangkan pengaruh Mahathir dengan drastik. Mahathir dianggap sebagai pemimpin yang tidak ada semangat “Setiakawan” yang ikhlas. Kerana itu, beliau tidak boleh dipercayai sebagai pucuk pimpinan parti.

Jika UMNO dibiarkan dalam kekechohan menangani isu Anwar, rakyat yang masih bertahan menyokong UMNO (Johore, NS dan Melaka – 100%) akan berpaling tadah meninggalkan UMNO. UMNO akan statik. Begitu juga, UMNO/BN di Kedah, Pahang, Perak dan Selangor akan kehilangan banyak kerusi hingga berkemungkinan tersungkur.

Gejala kesukaran menarik pengundi muda yang kian menjauh (dijangka 1.6 juta pada tahun 2003/4) akan supaya menyokong UMNO/BN adalah dilhat sebagai faktor terbesar yang memusnahkan kemampuan UMNO/BN menang. Kakitangan awam, guru-guru dan cendekiawan telah makin jelas tidak menyebelahi UMNO/BN walaupun kemungkinan mereka akan dibebas berpolitik. Faktor “menyelamatkan” Anwar telah dikaji masak-masak dan sedang bergerak lancar. Ini harus diambil perhatian dan disokong.

Agenda “ugutan” Mahathir keatas mana-mana pihak tidak lagi mampu menangani masalah kemerosotan sokongan terhadap UMNO/BN. Dalam semua hal, Mahathir adalah punca sebab utama. Dengan itu, pengunduran Mahathir tanpa syarat tidak akan dipertikaikan oleh semua pihak.

Jika Keadaan terlau Genting

Ramai yang menduga jika keadaan terlalu genting, Perhimpunan kali ini tidak akan mencetuskan sebarang pebalahan besar. Ada yang menyarankan Mahathir akan memilih untuk BERUNDOR sendiri atau MATI. Jika Pemilihan tidak dibuat sekarang, agenda yang sedang dirangka ialah memusnahkan kewibawaan Mahathir sebelum menjelang taikh Pilihanraya Ke-11. Dengan itu Mahathir akan tumbang secara paksa.

Apa caranya?…….. Itu satu RAHSIA TERPERINGKAT!! Kita akan bincang selajutnya nanti.

“THINK TANK”
Genting Highlands
(di petik dari satu e-group eksklusif)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com