MERUDUMNYA ‘performance’ UMNO dari 94 (Parlimen 1995) kepada 72 (tahun 1999) adalah petanda paling menyayat kepada maruah dan kewibawaan kepimpinan UMNO dan parti itu.
Yang Tumbang dan Menumbangkan
Tumbangnya kerajaan UMNO/BN di Terengganu dibawah kepimpinan “vetren jagoan 24 tahun” Wan Moktar dengan “kalah pukul mati”; adalah satu insiden terhebat dalam sejarah UMNO.
Kelantan yang diwar-warkan (dengan ego memuncak) oleh pucuk pimpinan UMNO (khususnya Mahathir & Dollah Bedawi) kununnya akan ditawan mudah; akhirnya UMNO/BN sendiri yang ditalqinkan rakyat.
Di Kedah, Pahang, Perlis, Perak dan Selangor – kedudukan UMNO/BN amat menyedihkan. Kedah memberi tamparan hebat kepada Dr. Mahathir sendiri. Kerana itulah “home-state” Perdana Menteri “yang berwawasan” bertapak, nampaknya Mahathir tidak menang mudah!! Mungkin orang sudah Bosan habis!!
Kemerosotan undi beliau mencapai angka ribu. Itu adalah bayangan nyata bahawa Mahathir tidak diyakini oleh rakyat dikawasannya sendiri. Puak UMNO sendiri yang tumbangkan!!
Tercetus pula khabar bahawa Mahathir secara peribadi mengarahkan supaya beberapa “malpractices” dilakukan di kawaan Parlimen Kubang Pasu bagi menjamin kemenangannya – sebagai meselarikan tindakan susulan kepada apa yang diucapkannya sebelum itu; sebagai “Pilihanraya TERKOTOR”..!!
Sesungguhnya manusia HANYA boleh merancang, dan Allah swt. jua yang melaksanakannya. Kejayaan bukan sesuatu yang termakbul dengan mudah apatahlagi jika nawaitu tidak jujur, ikhlas dan telus. Masakan ia direstui Allah swt.
Bergelut Dalam Parah
Hari ini, untuk kesekian kalinya Dr. Mahathir dan seluruh jentera UMNO sedang bergelut dengan permasalah dalaman parti itu. Tetapi itu adalahdendang lama jua.
Isu “Politik Wang” dan “Fitnah” telah merasuk semula bagai hanturaya mencari mangsa. Berbagai kod etika pula telah diumumkan bagi membendung kegiatan yang paling dicenderungi oleh puak UMNO selama ini. Ini adalah permainan politik budaya UMNO amalan biasa!!
Arahan itu tidak ada yang peduli. Masing-masing pihak berkata, “Kalau kita tak buat, diorang buat – macam mana?”.
Betul jugak. Dr. Mahathir tidak wajar bersikap “ketam mengajar anak berjalan betul”. Tidak mungkin Mahathir lupa sampai mati, bahawa penyingkiran DS Anwar adalah contoh teraib lagi mengaibkan UMNO yang dijuarai, dirancang dan dilakukan oleh Dr. Mahathir dan Kelompok “KONSPIRASI Terancang” beliau dengan Aziz Shamsuddin, Daim Zainuddin, Megat Joned, Sanusi Joned dan beberapa orang lain termasuk Rafidah…!!
Itu semua orang tahu, bukan? Penyokong-pengokong dan kepimpinan UMNO dan komponen BN sendiri pun tahu juga. Tuduhan-tuduhan palsu dan aib terhadap DS Anwar telah dipaparkan dengan jelas dalam semua prosiding mahkamah – sejak Agustin Paul hingga kepada Ariffin Jaka.
Semua orang tahu bagaimana ‘tangan-tangan’ bernajis Mahathir mencekik setiap leher orang-orang yang terlibat dalam skandal Konspirasi itu – dipaksa dan diugut supaya mengada-adakan tuduhan dan menderetkan saksi-saksi palsu.
Orang semua tahu, beberapa orang diantara yang terlibat dalam skandal itu sudah menjadi kayaraya kerana mendapat imbuhan rasuah lumayan dari pemegang ‘burser’ komplot itu: Daim Zainuddin.
Ummi Hafilda tidak akan mampu ke London jika tidak dengan biayaan komplot itu; semata-mata kerana memberi perakuan sebagai membantu Dr. Mahathir dalam “sesi menghasut” penuntut Malaysia di London. Malangnya mahasiswa kita adalah insan rasional dan telus rohani. Berbantah-bantah mereka dengan Perdana Menteri puak UMNO…!!
Itu semua adalah sebahagian kecil dari jumlah puluhan juta ringgit yang diasabahkan bagi mengongkosi belanja konspirasi dan rangkaian siri fitnah mengaibkan (slander) DS Anwar. Kesemua itu tersedia dalam siri mengkecundangkan pesaing Dr. Mahathir, iaitu: DS Anwar.
Apa yang ditakutkan Mahathir sebenarnya? Padahal, DS Anwar diperap di Sg. Buloh. Bayang beliau pun tidak nampak. Tak kan lah Anwar dibenarkan berkempen di pintu penjara!!
Sebenar nya, Karisma dan kebenaran Anwar melebehi semua ketokohan pemimpin UMNO walau disatukan!! Itu adalah restu dari Allah swt kepada makhluknya. Walaupun Mahathir tidak yakin dengan kuasa Allah sekalipun, kali ini percaya jugalah hendaknya!!
Strategi Terampuh
Nampaknya sangat dimata rakyat UMNO makin bertepatan bagai bidalan Melayu yang menyebut: “Dari pucuk hingga ke urat tunjang”. Makin nampak jelas masing-masing dalam kepinan UMNO telah sebati membudayakan “Politik wang” dan “Fitnah” sebagai strategi terampuh bagi manjatuhkan musuh dan lawan politik.
Kita lihat bagaimana UMNO telah mengkhianati PAS di Kelantan dalam era Hussein Onn. Ku Li adalah orang yang pakar dalam usaha memusnahkan kerajaan PAS. Pun “Politik wang” dan “Fitnah” jugalah yang menjadi senjata ampuh puak UMNO.
Begitu juga perebutan kerusi Timbalan UMNO semasa Musa Hitam dan Ku Li bertikam-tikaman sesama sendiri. Pun “Politik wang” dan “Fitnah” juga dijadikan strategi masing-masing.
Ghafar Baba juga lebih vetren berkonco dengan Sanusi Joned menggembeling tenaga dan ringgit untuk menjatuhkan Anwar bagi merebut kerusi Timbalan Presiden. Itu raham-perangai para pemimpin “HAPRAK” yang mendalangi struktur organisasi UMNO!!
Strategi Syumul Yang Dituntut
Hematnya, itulah sebab maka UMNO sudah tidak boleh lari dari mengamalkan budaya “Politik wang” dan “Fitnah” sebagai strategi TERUNGGUL yang dihayati sebagai “UMNOism”. Jika cuba dikekang sekuat mana dengan 1001 kod etika yang tidak pernah didengar manusia sekalipun, bermakna hancurlah essence “DEMOKRASI” yang menjadi “tradisi” peradaban UMNO yang paling syumul dan dituntut oleh seluruh penganutnya!!
Sekarang, aktiviti “Politik wang” dan “Fitnah” dalam UMNO makin diperhebat lagi dengan melibatkan faktor keugamaan pula.
Sana sini bakal pemimpin yang berdarjat dan berpangkat (tidak pasti samada mereka berhemah atau tidak) seperti MB-MB dan wakil rakyat yang berjawatan ADUN, Menteri dan Timbalan, S/U Parlimen telah merancang puluhan kenduri kesyukuran.
Mereka yang berjawatan dan berwang (hasil rompakan) telah membiayai kenduri-kenduri itu dengan ‘angpau’ beribu-beribu “disedekahkan” setelah kenduri selesai. Kononnya, sebagai habuan ganjaran penat-jerih para penyokong setelah bertungkus lumus dalam pilihanraya dulu. Satu alasan yang baik. Bermakna pemimpin itu “mengenang budi” namanya.
Ada yang lebih tenat lagi!! Beberapa “package UMRAH” ke Makkah telah disediakan untuk tempoh 10 hari. Disana, mereka yang berhasrat besar menjadi calun Bahagian dan MKT akan menetap di hotel-hotel yang ditentukan bagi orang-orang terpilih. Itu kes berat!!
Maka beramal “ibadat” lah mereka sambil merancang strategi mengakaji bentuk-bentuk fitnah dan perancangan yang terkini bagi menjatuhkan lawan. Sambil itu mereka akan berdoa dihadapan Kaabah memohon Allah swt. merestui strategi mereka. Masyaallah!!
Aduhai….!! Begitu lah kurafatnya pemimpin UMNO. Bagaimana pula mereka teringat Allah untuk meredhakan perbuatan maksiat dan khianat mereka sesama sendiri. Jika itulah “jihad” mereka, mengapa mereka tidak berlutut saja dihadapan tokong Hindu di Batu Caves? Samy Vellu memang bersedia membantu asalkan Batu Caves tidak diruntuh oleh Syarikat Dolomite atau RENONG!!
Baru Teringat Mengadu Kepada Allah.
Mungkin perbuatan mereka adalah ikut-ikutan amalan Datuk Seri Presiden parti yang ke Makkah menunaikan “Haji” dulu – ditemani oleh “tok siak” UMNO: Megat Joned, “bilal” UMNO: Sanusi Joned, dan Imam Besar mereka Hamid Osman. Heiii…..entahlahhhh…..!!
Kini kesebokan merancang dan berstrategi telah menggamatkan UMNO. Surat layang sudah menjadi-jadi. Hamid Osman akan menyelaraskan kegiatan masjid-masjid dan surau supaya patuh dengan ketentuan JAKIM.
Jika diperhalusi, maka nampaklah kini bahawa masjid-masjid juga telah “berguna” kepada UMNO. Bukan sahaja untuk mefitnah PAS dan BA; tetapi disitulah calun-calun menampak muka. Selama ini muka-muka itu terkepit dicelah-celah ketiak isteri muda dan gadis-gadis GRO comel-lote di Pusat-pusat Dangdut!!
Saban malam akan ada majlis khairat dan arwah memperingati pemimpin yang lalu. Maka dipergunakan lah nama-nama pemimpin UMNO terdaulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, Tun Ismail, Jaafar Albar, dll. Maka berucaplah para calun. Beredarlah surat layang yang ditulis khas oleh penulis upahan mereka. Maka diberilah mandat bahawa si polan adalah orang terbaik dalam dunia ini. Bla…bla…bla….!!
Amaran Berkali-kali
Diberi juga amaran berkali-kali “Jangan gunakan masjid dan surau-surau untuk tujuan politik”. Tetapi jika untuk menentukan siapa yang layak menjadi pemimpin: “DIBOLEHAKAN” lah. Itu terkecuali. Sebab, si beliau itu adalah MP, ADUN, MB, MENTERI, bakal MKT, bakal j/kuasa Bahagian, bakal VICE PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN… Dan yang paling penting…Bakal PRESIDEN..!! Mereka adalah orang terkecuali. Senario ini telah menjadi kian rancak dan menghebat habis-habisan.
Berbanding dengan pemimpin dan wakil rakyat dan pemimpin BA, mereka hanya mampu menemui rakyat ditengah padang-padang berdebu – berpayungkan langit dan berlampukan cahaya bulan.
Jika hujan berpayunglah mereka yang hadir. Jika dahaga dibawalah air dalam botol. Maka dibentanglah tikar rumput atau plastik kampit beras, terlepak bersama-sama isteri yang bertudung. Namun diwajah mereka terukir senyum-tawa tanda puas.
Betapa tidak? Mereka bertemu pemimpin yang mereka pilih. Pemimpin mereka datang membawa berita yang ditunggu-tunggu. Tidak ada dalan Utusaan Melaysia, tidak ada dalam Berita Harian, tidak ada di TV dan Radio!! Untuk mendpat HARAKAH, habis dibeli oleh orang UMNO (alhamdulillah…!!).
Pemimpin mereka berjiwa sederhana dan berucap dengan didahulukan dengan menyebut nama Allah swt. Tidak ada riak dalam hati yang terpancar dari mata.
Berbanding dengan wakil UMNO? Susah nak cakap – nanti dituduh memfitnah pulak!!
Mohd. Diah Abu Hassan Rajuli,
IPT BANGI.