RIAKSI regu Mahathir-Daim Zainuddin menangani politiko-ekonomi rakyat sudah mula menunjukkan bahawa dia kini rasa takut. Keadaan menunjukkan bahawa segala perancangannya makin menampakkan kegagalan dan 'out of control'.
Bermula dengan konspirasi politik menjatuhkan DS Anwar yang dirancangnya bersama-sama Megat Joned dan lain-lain kuncu. Pendedahan Raja Kamaruddin (saksi peguambela DS Anwar) di mahkamah amat menggegarkan.
Pada mulanya Daim merasa bahawa Mahathir akan dapat menangkis semua rentetan perkembangan yang akan berlaku kesan dari perlucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malangnya, sehingga hari ini, bukan sahaja perkembangan itu membesar malah mereka berdua akan dihadapkan ke Mahkamah sebagai saksi utama. Nampaknya, akan berkesudahanlah UMNO/BN akhirnya akan hancur dan tinggal rangka saja.
Salah Congak
Pada mulanya Daim menganggap bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lebih dari orang-orang dangkal seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Ghaffar Baba, Rais Yatim dan beberapa orang UMNO 'haprak' lain.
Memang benar, kesemua mereka tidak tahan dengan 'dendam' Mahathir. Tetapi sebenarnya Daim salah congak. Betul-betul salah perhetongan. Kini Mahathir sendiri dalam keadaan terperangkap. Ini menyebabkan Mahathir melepaskan beberapa buah "bomb" untuk ditelan oleh Daim sendiri.
Cuma yang jadi batu penghalang, kerana antara Daim dan Mahathir – 'kebusukan' masing-masing saling diketahui antara satu sama lain; maka kedua-kedua mereka tidak dapat bertegang leher hingga melibatkan perbalahan besar dan sengit!! Itu saja. Jika tidak, berkali-kali Mahathir mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dipihak yang benar.
Mahathir pernah berkata kepada Daim, "You have to solve these problems, otherwise they will hang you as well". Maksudnya, Daim bukan lagi selamat sangat dengan bersikap 'tidak mahu bertindak'. Malangnya Daim adalah orang yang sukar bertindak segera kerana otaknya tidak secekap otak dan kecekapan jaguh 'trouble shooter' UMNO, ie. Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apatahlaghi, Daim tidak mempunyai rakan dalam politik. Selama ini Daim cuma berjinak-jinak dengan orang bisnis sekongkolnya. Daim merasakan bahawa "WANG" adalah segala-galanya. Kerana itu, maka ramai Menteri-menteri Kabinet Mahathir yang sakit hati bila berbincang dengan Daim.
Lempar Fail Ke Muka
Mustapa Mohammad, Menteri Kewangan (Penasihat Ekonomi – kononnya), merasa amat tertekan kerana kertas cadangannya dihumbankan Daim kedalam bakul sampah. Mustapa di’bahasakan' oleh Daim, "I know what I am doing!!". Terkebil-kebil Mustapa. Kata Mustapa kepada kawan rapatnya, "I was reduced to an insect by that bastard…!" Ini terdengar oleh Daim. Hari ini Mustapa tidak lebih dari 'peon pejabat' saja. Itulah dia PENASIHAT bagi orang seperti Daim. Hahaha…!! (dengan Daim nak main-main ke?)
Daim tidak memberi ruang kepada mana-mana Menteri mendapat habuan "kudos" politik dari peruntukan Kerajaan. Bagi Daim, Menteri TIDAK berhak membesar-besarkan peruntukan kerajaan untuk kepentingan politik dan nama-baik menteri berkenaan.
Sekalipun Abdullah Ahmad Badawi fikir dirinya besar selaku Timbalan Perdana Menteri; peraturan peribadi Daim itu masih berkuatkuasa. Abdullah tidak berhak (selain dari lemah-lembik tidak berdaya) menyanggah peraturan Daim. Kerap beliau mengeluh sendirian kerana kuasa TPM sebenar dirangkul oleh Daim sendiri.
Contohnya, Mahathir sewaktu bercuti cuma berunding berkunikasi dengan Daim. Abdullah Bedawi…BOLEH BLAHHH!! Hahaha…!! Ini bersebab dari hakikat bahawa Daim adalah penasihat Mahathir terkanan, dan Abdullah tidak lebih dari 'penjilat ????' Daim dan Mahathir saja.
Dolah Bedawi Ketakutan Semanjang
Perkara yang paling ditakuti Abdullah ialah apabila pemberita dalam dan luar negeri menyoal beliau atas perkara-perkara yang sensitif berhubungkait dengan kedudukan ekonomi dan politik yang makin meruncing sekarang.
Tak lama dulu, sewaktu menjawap satu soalan dari pemberita mengenai prospek ekonomi tahun depan, Abdullah telah memberi jawapan tidak kena mengikut selera Daim dan Mahathir. Akhirnya Abdullah telah ditempelak oleh Mahathir dan Daim kerana mengulas keadaan ekonomi yang dikatakan tidak sedemikian positif.
Rungutan Abdullah telah diketahui oleh beberapa Menteri dan MB-MB -- rakan-rakan rapat Abdullah sendiri. Kerana itu, kini, dalam sebarang ucapan Abdullah dikehendaki membaca 'text' ucapannya yang telah dihalusi oleh Mahathir dan Daim.
Abdullah hanya layak membaca dan tidak boleh terkeluar dari apa yang telah ditulis dan diluluskan oleh MahaFiraun dan Karun Al-Laknat itu. Hakikatnya, Abdullah takut kerana dia sendiri tahu bahawa dia juga turut terlibat dalam 'kes-kes' rasuah semasa menjadi Menteri Kementerian Pertahanan beberapa tahun dulu.
Kerana itu, "Frustrasi" yang ditanggung oleh Abdullah sekarang memang amat tinggi dan makin memuncak. Beberapa orang Menteri dan MB-MB telah merasa bahang kerakusan kuasa Daim. Ini menyebabkan beberapa orang rakan Abdullah dalam UMNO dan Komponen BN yang mempunyai daya politik yang kuat mahu supaya Daim disingkirkan dengan serta merta.
Apa sudah jadi? Malangnya Abdullah masih dalam keadaan was-was. Abdullah takut kepada Mahathir yang sentiasa memerhatikan gerak-geri dan gelagatnya (Abdullah). Orang keliling Abdullah sendiri adalah terdiri dari orang Mahathir dan Daim. Setiap hari laporan mengenai Abdullah disampaikan kepada Maha****** dan Ka***!!
Yang paling menakutkan, Mahathir adalah 'penyimpan' himpunan fail-fail menteri yang paling 'secretive'. Bagi Mahathir, "dendam tetap dendam"! Ini menyebabkan Abdullah menggigil kepala lutut!
Bon! Bond.. bukan James Bond!
Bagi menampung rancangan kerajaan, penjualan Bond Kerajaan Malaysia adalah satu 'campaign' yang dianggap 'priority' oleh Daim dan Mahathir. Jika gagal bermakna ekonomi Negara yang dirancang oleh Daim akan terpuruk jatuh tersungkur.
Pada mulanya ditaksirkan keperluan tidak kurang dari RM50 billion. Malaysia akan kehabisan dana untuk melancarkan programn 'mengabui' mata rakyat seperti yang telah dirancang. Ini adalah rncangan mengakhiri sokongan rakyat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (dari semua kaum) akan memuncak.
Keadaan ini bersebab dari situasi kewangan negara, iaitu pada bulan November 1999 dulu, tidak kurang dari USD10.0 (RM40 billion) tukaran asing yang tersimpan di Malaysia akan diangkut keluar oleh pelabur-pelabur asing yang terperangkap sewaktu Mahathir mengistiharkan 'Kawalan Kewangan' tahun lepas.
Kini, pelabur-pelabur asing sudah tidak yakin dengan perkembangan politik negara ini kerana Regim Mahathir ternyata tidak lagi mendapat mandat rakyat (kesan dari isu perlucutan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hambatan-hambatan politik yang dialami oleh UMNO/BN).
Peniaga IKS Melayu Terpuruk
Pengusaha dan pelabur tempat disemua peringkat (termasuk SMI/IKS) tidak yakin untuk melabur. Lebih-lebih lagi dikalangan Dewan Perniagaan Cina, desas-desus terdengar bahawa pakar-pakar pelabur dan penasihat Dewan Perniagaan Cina menasihatkan ahli-ahli mereka supaya berhati-hati dan jangan terperangkap oleh 'heboh-heboh' pihak Regim Mahathir kununnya ekonomi Malaysia mulai pulih.
Terbukti sekarang, kerajaan Mahathir terpaksa mencari sumber dana (melalui Bond), mewujudkan projek mega (bagi mengaktifkan ekonomi), mengadakan perbincangan (rahsia dan tertutup) dengan peniaga-peniaga kaum Cina.
Penjualan Bond-bonda bermakna Negara akan berhutang bergadai bergolok untuk jangkamasa puluhan tahun lagi. Tapi Mahathir-Daim tidak peduli.
Kesan darinya, peniaga dan pengusaha IKS Melayu/Bumiputera telah terpinggir. Mereka tidak dibawa berunding dan berbincang - jauh sekali dari menerima habuan kontrak atau bantuan peluang perniagaan. Akhirnya IKS Melayu sekali lagi akan tersingkir. Itulah cara Daim dan Mahathir mentadbir ekonomi perusahaan IKS Melayu/Bumiputera.
Cuma 10 Febuari, 2000 lalui Bank Negara meluluskan Peruntukkan sejumlah RM300 juta untuk peniaga IKS Melayu. Tapi syarat mendapatkannya sama seperti tak bertujuan membantu IKS Melayu. Bandingkan bagai Mirzan boleh semudah itu dapat pinjaman?
Rencana Menipu Berterusan
Tetapi, kepada orang Melayu, Mahathir akan terus meneruskan menunjukkan sikap menipu. Kununnya apa yang dilakukan oleh Regimnya adalah untuk kepentingan masyarakat Melayu, UMNO dan rakyat miskin.
Saban hari orang Melayu dikehendaki patuh kepada UMNO dan menyokong BN. Kununnya hanya UMNO/BN adalah 'penyelamat' bangsa Melayu dan politik @ ekonomi Melayu!! Semua pemimpin UMNO dikerah (walaupun berbohong) supaya bercakap satu nada. Jika ada yang menyimpang, maka habuan yang jelas ialah, mereka akan disingkirkan dalam pencalunan MKT yang akan datang. Ini termasuklah Abdullah Ahmad, Najib dan sesiapa juga.
Tidak Ada Rasa Kasing Sayang
Itu sebab maka banyak diantara perkara yang diucapkan oleh Menteri-menteri UMNO kadangkala tidak langsung menunjukkan bahawa mereka mempunyai 'kasih sayang' terhadap bangsa, ugama dan negara. Berbeda dengan 'pampasan Babi". Sebaliknya, penternak lembu tidak mendapat pampasan apa-apa. Kununnya “Masyarakat Melayu kaum SUBSIDI”..!!
Dapat dirumuskan bahawa politik dan ekonomi negara ini hanya dikendalikan oleh dua orang sahaja, iaitu Mahathir (politik) dan Daim Zainuddin (ekonomi). Yang lain itu hanya 'Pak Turut @ Pak Angguk @ Talibarut'.
Soalnya, berapa lama dan sampai bilakah Mahathir Mohammad dan Daim Zainuddin akan 'memperkudakan' UMNO dan 'menipu' ahli-ahli UMNO dan orang Melayu?
Jawapan yang jelas hanya satu: Orang Melayu mesti bersatu untuk menumbangkan Regim Mahathir dan menegakkan KERAJAAN BARISAN ALTERNATIF yang diyakini dunia. Orang Melayu (termasuk para penyokong UMNO) perlu mengetahui hak mereka.
Sesungguhnya, mereka berkeupayaan merobah kerajaan Regim Mahathir untuk kesejahteraan masa depan anak-anak. Anak-anak Mahathir dan Daim sudah kayaraya. Anak-anak rakyat akan jadi papa kedana!! Pikirlah sendiri.
Bagaimana dengan persediaan Perhimpunan bulan Mei ini?
Abdul Rahman Hj. Abdul Latif
Fakulti Sains Politik
(IPT Tempatan)