Seorang kawan datang ke rumah terbuka seorang bekas wakil rakyat (UMNO/BN). Kebetulan kami bertiga adalah antara yang terawal tiba kerana ada dua buah rumah yang harus dilawati. Seorang dari tamu itu adalah s/u akhbar kepada bekas seorang MB. Kerana MB itu sudah tidak lagi berjawatan MB (namanya rahsia), maka be;iau sekarang menjalankan perusahaan sendiri.
Dalam kami bercerita mengenai kesan berita-berita paparan internet (khususnya Laman Forum Reformasi) yang makin banyak, maka beliau berkata dengan sungguh-sungguh, “Ada satu LamanWeb bernama Tranung Kite Cyberlink. Saya selalu menulis di laman itu.” Katanya.
Saya terkejut juga mendengar kerana tak sangka orang UMNO buka Laman Reformasi. Saya dapat rasakan, memang hujah beliau dalam pertemuan itu banyak yang mirip tajuk-tajuk yang terbit dalam Tranung Kite Cyberlink.
Katanya, “Saya tak sempat nak hantar ke Laman Tranung, cuma Laman FGR saja. Tapi kerana webmaster Tranung Kite Cyberlink adalah pengendali LamaWeb yang peka, maka saya tengok banyak artikel yang baik dimasukkan kesana dan diarkibkan.” Katanya.
Dia menceritakan, beberapa perbincangan hangat di peringkat Cawangan, Bahagian dan Perhubungan kerapkali mengambil imput dari fakta-fakta hujah netters reformasi di Laman-laman berkenaan. Beliau pernah berhujah dengan menggunakan fakta-fakta hujah dari LamanWeb Reformasi. Hinggakan, MKT pun gerun dengan serangan Reformis keatas pihak-pihak tertentu, kata beliau.
Saya cuba mendengar penuh minat kata-kata beliau, sebab betul-betul tak sangka bahawa dalam keadaan UMNO bergolak dengan pertelingkahan pelbagai isu sekarang, ada pihak-pihak dalam UMNO yang mendapat sumber hujjah dari internet LamanWeb Reformasi.
Nama-nama netters seperti Haji Musa, Alor Setar, HC, Dahlia, Mak Andak, beberapa neters dari IPT Bangi, Sabri Zain beliau sebut seolah-olah mereka adalah sahabat bagi beliau. Saya ucapkan Syabas dan Tahniah kepada mereka itu. Saya rasa bangga kerana kerja amal netters kita sekarang sedang mendapat perhatian parti Kerajaan. Mungkin Hishamuddin Hussein tidak mampu mengerah orangnya mengatasi par Reformis!!
Beliau mengakui bahawa Zein Isma sendiri memberi tugas khas kepada seorang pekerja di Ibu pejabat UMNO di PWTC untuk menyemak, d/load, save dan print beberapa artikel yang memberi mereka idea bagaimana membaiki imej dan kewibawaan UMNO/BN. Hahaha… memang bunyinya tak munasabah dan boleh dipercayai; tetapi cerita ini adalah benar.
Dengan ini, saya makin berhati-hati jika menulis supaya status Reformis terpelajar akan terpancar dalam tulisan saya (seboleh-bolehnya). Begitu juga saranan saya kepada Reformis yang berforum di Laman Reformasi.
Biarlah yang kaki carut itu sah mereka yang 10 orang bertugas di PWTC dengan kerja kotor mencarut; umpama anak-anak biadap salah asuhan dan biadab kirang didikan budi dan moral.
Kita adalah Reformis yang mendidik diri dan masyarkat dengan tanggungjawab menuju alaf Renaissance yang diimbau oleh “Bapa Reformasi” kita: DS Anwar Ibrahim.
Tahniah kepada semua.
Rejab Alwi,
Taman Seri Andalas,
Langkawi.