Dari bisik-bisik di belakang tabir, kini sudah terbit kehebohan yang mengggegarkan. Kelompok “berkonvoi” yang datang entah dari mana, telah mendatangi banyak pihak. Maka dari riak-riak kecil kini bertukar menjadi gelombang membadai!
UMNO memang suka berKonspirasi. Itu menjadi budaya. Mangsa sudah banyak yang dilihat. Berapa banyak pemimpin UMNO yang telah digagalkan kerana si “Mamak” itu. Tetapi ia menyangka dirinya pintar dlam mencari perisai-perisai dan helah mempertahan imej.
Hari ini nampaknya, orang Melayu dalam UMNO sudah mulai sedar: kalau lambat lagi bertindak- orang berketurunan Melayu yang jadi tunjang UMNO akan terhapus. Orng Melayu sendiri tidak akan berkesempatan langsung menerajui kepimpinan negara dan membela rakyat. Walhal itu lah hasrat impian pejuang “anti-Malayan Union” dalam tahun 1946, yang 100% Melayu.
Maka dicarilah siapa yang wajar mengepalai misi tersebut. Misi itu bukan semudah itu pula diuruskan. Cuma yang menyebabkan ia bertukar menjadi realiti adalah bersebab dari keadaan yang ‘terlalu memaksa’. Pemantauan menunjukkan bahawa “sudah tiba masa” urusan itu dilaksanakan. UMNO yang telah nazak akan mati bertindih bangkai jika dibiarkan ia berlama-lama.
Maka terdirilah struktur organisasi yang kemas dan berkesan. Setiap negeri telah bersedia berkempen dan mempengarohi mereka yang diatas pagar. Disenaraikan isu-isu yang bernas dan hujah yang keras dan tepat. Lihgatlah jentera itu berputar sekarang. Barisan makin dirapatkan. Satu petanda baik!!
Maka disusunlah strategi yang kental dan berkesan. Dilantiklah siapa yang wajar dijadikan ketua dan pencetus rasa dan minda. Tidak ada siapa yang membatah.
Tun Ghafar, pada mulanya pasif. Tetapi setelah melihat gejala “keruntohan” sedang menyelubongi UMNO, dan beliau merasakan betapa masa-depan UMNO memang ‘payah’ selagi dibiarkan dipimpin oleh seorang yang “gila” dan sah sudah tidak waras lagi; maka bersetujulah ia memecah “kata permulaan”.
Hari ini dentuman itu makin bergegar. Pepatah Melayu, maka kini “Gayong bersambut, Kata TELAH bersahut”. Kekincir UMNO sudah bergerak kencang. Desakan makin kuat di kalangan UMNO semua sektor supaya UMNO dirungkai kearah pembersihan total.
Khabar yang diterima (hasil pemantauan), ada 3 golongan sekarang sedang bekerja keras dengan matlamat yang satu, iaitu untok melihat UMNO disayangi orang Melayu semula Golongan itu adalah:
1) Kelompok kepimpinan muda UMNO yang aktif dan berani bersuara,
2) Kelompok dewasa yang tidak berkepentingan dan sedia berkorban,
3) Kelompok Vetren yang sedia memberi semangat dan mempengarohi,
Ketiga-tiga kelompok ini bersetuju supaya Dr. Mahathir memilih satu antara 2 perkara tersebut:
a) Beliau (Dr. Mahathir) berundor segera dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO serta merta, atau
b) Dr. Mahathir dan Abdullah Bedawi akur tanpa syarat supaya semua jawatan dalam struktur UMNO dipertandingkan (dan mengistiharkan Pertandingan terbuka).
Andainya Dr. Mahathir enggan memilih salah satu dari 2 ketetapan tersebut, maka beliau (Dr. Mahathir) akan berhadapan dengan perwakilan yang akan mengusulkan “Undi Tidak Percaya” di Perhimpunan yang akan datang ini.
Tersebar sekarang dimana-mana, berita menyebut Dr. Mahathir enggan menerima kedua-dua usul tersebut. Dengan itu, pakatan bersama 3 kelompok tersebut sudah meningkatkan hingga ada beberapa pihak yang sanggop mengeluarkan “bantahan keras” melalui akhbar.
Khabarnya, penentangan terhadap Dr. Mahathir adalah dari mereka (yang paling kuat) mewakili Perwakilan “5 Negeri” iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Perlis. Beberapa pihak dari Johor dan Melaka sudah mulai sedar setelah melihat perwakilan Selangor juga telah mulai bergerak kencang. Beberapa Perwakilan tidak membantah.
N. Sembilan agak lemah kerana Rais Yatim telah diberi mandat oleh pihak tertentu mengendalikan kelompok ‘pendesak’ itu. Rais berkongsi tugas dengan Md. Isa Samd. Tetapi beberapa ADUN di NS telah menentang gagasan “Rais-Isa” dengan ancaman bahawa mereka juga akan dijatuhkan sekiranya menentang “hasrat rakyat”.
Maka tersebutlah cerita Mahathir mencari helah mengarahkan Abdullah Bedawi cuba melaksanakan “reverse psychology” sebagai helah memutarkan “tumpuan” kepimpinan UMNO peringkat Pertengahan. Maka diakukanlah penangkapan keatas pemimpin Pembangkang (tanpa sebab yang konkrit). Mahathir mengarhkan supaya mengahramkan HARAKAH dn diperhebat. Kononnya, itu adalah satu cara mengalih perhatian UMNO dari isu sebenar.
Tetapi, penyokong UMNO lebih arif dengan taktik dan putar-belit Mahathir selama 18 tahun yng lampau. Mereka sendiri sekata berpendapat bahawa Mahathir sekarang sedang dalam keadaan “paling” tersepit. Apa yang dilakukan Abdullah adalah disengajakan. Mahathir menggunakan Abdullah Bedawi sebagai “Kuda Lejangan”. Jika Abdullah gagal dlam misi ini, dia akan menerima padah di Perhimpunan kelak.
Malangnya, makin ramai penyokong UMNO yang berebut-rebut membaca HARAKAH. Disana sini, orang UMNO mulai berkawan dengan ahli-ahli PAS dan KeADILan untok mendapat kesefahaman dalam mendesak Mahathir UNDOR!! Ini satu perkara yang tidak terduga pada awalnya.
Ceramah Barisan Alternatif yang dikendalikan oleh PAS dan KeADILan makin ramai orang UMNO sendiri yang hadir. Mereka ikut sama mengulurkan seringgit dua sebagai tanda ‘penghayatan’ dan sebagai “ummah” menumbangkan seorang pemimpin zalim yang tidak beramanah.
Kadir Jasin adalah korban yang nyata. Mahathir telah menyahkan beliau. Mungkin beberapa orang di RTM, TV3 dan NTV7 juga sedang dalam proses diganti. Beberapa “gimik” sedang diatur dengan belanja berpuloh juta (menggunakan wang rakyat atas arahan Mahathir).
Sumber-sumber di agensi terbabit menyebut, beberapa rancangan sedang diatur untuk meningkatkan imej Mahathir. Nostalgia kehebatan pemimpin UMNO yang lalu akan dipaparkan dan akan dikaitkan dengan kehebatan Mahathir sebgai pemimpin UMNO. Kumpulan Utusan Melayu sedang menerima proses pembersihan juga.
Diberitakan beberapa penjawat di Jabatan Peguam Negara, Polis, BPR dan Kehakiman sedang disemak dan diperhalusi. Aziz Shamsuddin sedang meneliti beberapa nama. Rais Yatim adalah antara mereka yang terlibat sebagai j/kuasa “penentu” (mengambil alih fungsi JPA). Ada muka-muka yang akan dipecat dan diganti dengan orang-orang baru.
Abdullah Bedawi tidak lebih dari “tunggol mati”. Dia cuma menerima arahan dari “atas” tanpa berdaya membantah. Malah, Abdullah tidak diberi hak memberi pandangan. Itulah nasib sorang TPM dibawah kuku-besi Mahathir Mohammad!!
Mungkin inilah kali terakhir Dr. Mahathir akan berkesempatan menggunakan kuasa mutlaknya sebagai seorang Diktator!! Adakah UMNO mampu meraih simpati orang Melayu selepas ini?
Harapan itu masih samar-samar lagi!!
Dr. Hamzah Kamal Bahrin, IPT – BANGI