Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Perubahan yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan 2

Pembangunan Masjid dan Perkembangan Dakwah.

    Pembangunan Masjid.
  1. Menambahkan peruntukan untuk kemajuan masjid melalui MAIK daripada RM 1 juta kepada RM 2 juta.
  2. Memperuntukan pembangunan agama/masjid kepada Pejabat Tanah & Jajahan sebanyak RM 100 ribu
  3. Menyalurkan peruntukan untuk tahfiz al-Quran: Elaun Guru Tahfiz dan Pusat Pengajian Tahfiz; RM 60 ribu.
  4. Menambah elaun imam-imam mukim daripada RM 100 kepada RM 250 sebulan
  5. Melaksanakan tabung al-Qardhul Hasan di masjid: Sebuah masjid satu jajahan, peruntukan tahunan RM 140 ribu, purata RM 10,000 sebuah masjid.
    Perkembangan Dakwah.
  1. Memperkenalkan Unit Dakwah Halaqat
  2. Memperuntukkan RM 20 ribu untuk kursus mubaligh, imam dan guru pondok
  3. Menambah bilangan guru-guru Al-Quran: 50 orang satu DUN
  4. Memperkemaskan penglibatan dan hubungan Kerajaan Negeri dengan badan-badan dakwah dan pertubuhan Islam.
  5. Mempertingkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan / agensi kerajaan
  6. Mewujudkan program dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah/Unit Pembangunan Islam MPKB).
  7. Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam.
  8. Menggalakan orang belum Islam menghadiri program kebesaran Islam
  9. Kempen kesedaran menutup aurat
  10. Menganjur hari kebesaran Islam dan menjemput orang bukan Islam hadir sama
  11. Menganjur sambutan bulan Sembahyang.
  12. Menganjur sambutan Hari Hudud.
  13. Memasukkan program Ihya' Ramadhan dalam kalendar pelancongan
  14. Memasukkan acara seni dan budaya Islam dalam karnival kebudayaan Kelantan.
  15. Menetapkan Dasar Islam dalam Dasar Kebudayaan Negeri 1998
  16. Memperincinkan prinsip keIslaman di dalam Dasar Kawalan Hiburan Negeri 1998 dan mengutamakan nilai-nilai Islam di dalam peraturan kawalan hiburan 1999.
  17. Merekacipta seni rehal sebagai mercu tanda Kota Bharu berprinsipkan simbolik al-Quran sebagai perlembagaan hidup umat Islam/rakyat Kelantan.

Disusun oleh :
Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kerajaan Negeri Kelantan
Terbitan : Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan 1999



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com