Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Bendahari UMNO Kedah Korup telah ditukar

ALOR SETAR, 21 Feb - Menteri Besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain cukup marah kepada anggota UMNO di negeri itu kerana mempertikai pelantikan anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Kedah yang baru diumumkannya.

Syed Razak yang juga pengerusi badan itu, berkata pelantikan itu mendapat restu dan persetujuan "Bapak" Perdana Menteri Dr Mahathir yang juga Presiden Umno "seumur hidup".

"Umno Kedah "MESTI" mengambil kira (kena ikutlah) pandangan Perdana Menteri sebelum pelantikan itu dibuat," katanya pada majlis perjumpaan bersama anggota-anggota wanita Umno di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, Syed Razak mengumumkan pelantikkan anggota exco kerajaan negeri Osman Mohamed Aji sebagai setiausaha Umnmo negeri menggantikan anggota dewan undangan negeri kawasan Sungai Tiang Rozai Md Shafian (Team yang tak disukai oleh PM).

Beliau juga turut mengumumkan muka baru, Dr Abdul Ghani Shafie, seorang anggota biasa dari UMNO Bahagian Pokok Sena sebagai Bendahari menggantikan Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin sebagai menunjukkan keeimbangan agak pepecahan tidak ketara sangat.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bahawa pelantikan muka baru bagi kedua-dua jawatan itu agak memeranjatkan anggota-anggota UMNO negeri kerana mereka menjangkakan "orang lama" yang sewajarnya dipilih menggantikan tempat Rozai dan Abdullah Hasnan.

Jawatan Setiausaha itu kini dianggap penting dan paling berperanan sekali dalam usaha untuk "memulihkan" semula UMNO Kedah yang mempamerkan prestasi "buruk" pada pilihan raya umum lalu dengan melepaskan 12 kerusi dewan undangan negeri dan lapan kerusi Parlimen kepada PAS.

Osman, 53, bekas seorang posmen dan pegawai penerangan di Pejabat Penerangan Daerah Kulim merupakan anggota dewan undangan negeri kawasan Bandar Baru dan antara muka baru calon Barisan Nasional yang menang dalam pilihan raya lepas yang dijangkakan akan memerakkan pergaduhan dalam UMNO.

Beliau merupakan Setiausaha Sulit kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Datuk Kadir Sheikh Fadzir sebelum dipilih sebagai calon BN dan dilantik pula Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Sumber Manusia Negeri Kedah.

Datuk Badrudin Amiruldin dikekalkan sebagai Ketua Penerangan. Syed Razak berkata bahawa bagi jawatan Timbalan Pengerusi, Dr Mahathir sendiri yang akan membuat pilihan tidak lama lagi. Jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Abdul Hamid Othman.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com