KUALA LUMPUR, 16 Feb - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung berkata hari ini tiada pita video rakaman penyiasatan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan semasa pilihan raya umum lepas.
Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa rakaman video memang dibuat semasa penyiasatan kes Anwar, bagaimanapun segala rakaman video yang dibuat itu disimpan dengan selamat oleh pihak polis.
"Oleh yang demikian tidak timbul sama-sekali dakwaan pita video itu diedarkan," katanya ketika menjawab soalan Abdul Rahman Yusof (Keadilan-Kemaman) semasa soal-jawab.
Abdul Rahman telah meminta KDN menyatakan bagaimana pita video mengenai siasatan Anwar boleh tersebar serta bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap pasukan penyiasat polis dan penerbitnya.
Komen Tok Ayah : Tok Ayah ada menerima beberapa email yang mengatakan dia melihat pita tersebut