Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

INIKAH KEDAULATAN PARLIMEN KEPADA PARA PEMIMPIN UMNO ?

Sebagai bekas WANITA UMNO yang telah bertungkus lumus berkeja untuk UMNO hingga (sekarang menjadi vetren) bersara dari politik, saya lihat kes penafian Rasuah Rafidah di Perlimen tidak boleh dianggap mudah dan diketepikan. Kerana parlimen yang berdaulat bagi sebuah negara mengamalkan demokrasi.

Di Parlimen, Rafidah menafikan hubungkait kes Rasuah melibatkan beliau dan menantunya. Saham 1.5 juta yang jadi bahan Rasuah hingga hari ini tertangguh tidak dibicarakan. Mengapa?

Kalau Rafidah betul-betul tidak bersalah, mengapa beliau tidak ke Mahkamah saja? Disitu tempat sesuai membersihkan nama. Apa Rafidah harus takut? Padahal, Peguam Negara sudah pun menyiapkan urusan untuk mengheret Rafidah ke Mahkamah. Kenapa cabaran dijawap diluar mahkamah. Tentu Rafidah tahu, yang boleh membersihkan namanya ialah mahkamah. Adakah sebab Mahathir sendiri yang tahan kerana beliau pun banyak “ulat-ulat” juga..

Tak tau lah pulak, kalau-kalau Parlimen adalah tempat orang UMNO dan BN untuk berkokok di luar pagar. Apa makna? Tak ada!!

Sehubungan itu, RAFIDAH Aziz juga cukup bersungguh merancang hendak merampas WANITA dari Siti Zaharah. Dr. Mahathir sendiri sanggup jual nama asalkan Rafidah menang. Apa yang menyebabkan perkongsian mereka berdua terlalu erat? Ada rahsia kah?

Saya timbolkan masalah ini kerana saya terlampau banyak WANITA yang datang berjumpa meminta nasihat. Termasuk juga puak penyokong Rafidah. Kami bercerita kesah benar.

Minta maaf saya kepada Rafidah, penyokong anda sendiri, bila pulang telah berazam akan berpaling tadah dalam pemilih calun. Kerana, mereka nampak melantik Dr. Mahathir dan anda, samalah macam mengekalkan penyamun dalam Barisan Nasional.

Mintak maaf lah!!

Doyan WANITA UMNO,
(Lembah Janda Baik)



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com