Jangan Salah Tafsir
Apa yang dituntut rakyat hari ini bukanlah setakat menyokong DS Anwar semata-mata. Rakyat tidak berfikir sesempit itu.
Sebenarnya, rakyat sudah bosan dengan tipu helah, ancaman dan perobahan sikap Kerajaan UMNO/BN dibawah kepimpinan Dr. Mahathir yang kian jelas kuku-besi. UMNO/BN telah digelimangi dosa oleh pemimpin rakusnya, semata-mata berfungsi untuk membantu Dr. Mahathir supaya lebih kejam dan penipu!! Kerana rakyat sudah terlalu 'takut' dengan gejala DIKTATOR Dr. Mahatjhir yang sekarang sedang mendapat sokongan segelintir (ulang: segelintir) pemimpin UMNO/BN yang terlalu korap dan "berpenyakit" itu; maka sekali gus rakyat sudah bersatu dan jadi "amat berani".
Cagaran rakyat adalah terlalu mahal. Mereka sanggup menggadaikan darah walaupun sebenarnya cagaran itu tidak perlu dalam negara mengamalkan demokrasi. Mereka yang diancam dibawah ISA dan Datuk Seri Anwar yang merengkok 6 tahun dipenjara atas tuduhan palsu, adalah seperkara yang tidak harus berlaku dalam era penghujung Abad ke-20an ini.
Dr. Mahathir juga tidak wajar bersikap bagai seorang pemimpin yang disampok 'gila babi' mewar-warkan tuduhan palsu diluar keyakinan manusia waras diserata dunia. Apatahlagi, respon yang diperolehinya ialah cemekan muka menghina dari pemimpin dunia yang pada satu masa dulu mengganggap beliau jaguh dunia Membangun!!
Kini? Rata-rata pemimpin dunia mentafsirkan Dr. Mahathir sebagai prompak khazanah negara sendiri, pemfitnah terulung dan Diktator yang sudah kurang siuman! Beliau sudah jadi sorang yang ingin berkuasa sampai mati (bila nak mati Allah yang maha mengetahui - tapi eloklah mati cepat supaya mata dan telinganya tidak mendengar maki cerca rakyat)!!!
Mahathir Pura-pura Tak Tahu
Mahathir sendiri tahu bahawa beliau (Mahathir):
1) memang bersikap Diktator dan kuku-besi, zalim terhadap rakyat dan menipu bermuka-muka, dan tindakannya terhadap DS Anwar memang zalim dan tidak berperi kemanusiaan,
2) tidak disukai oleh majoriti pemimpin UMNO/BN disegenap lapisan hingga perbuatannya menyebabkan UMNO/BN lumpuh dan akan diketepikan oleh rakyat;
3) tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat dan pemimpin dunia, malah sudah sampai ke tahap "bangkai bernyawa - dibuang kebuang ke sungai buaya tak makan, dibuang ke laut jerung tak sambar".
Tetapi mengapa Dr. mahathir masih berdegil-degil lagi? Jawapan yang jelas ialah:
Mahathir terpaksa meneruskan rancangan untuk menyelamatkan kekayaan yang diragut melalui aktiiti-aktiviti rompakan selama 18 tahun ini dilakukanya bagi faedah dirinya, anak-anak, suku-sakat isterinya (Siti Hasmah) dan kroni-proksinya.
Kita sudah dengar pelbagai jenis "bail-out" yang dilakukan dengan campurtangan dan perkongsian antara Mahathir-Daim memaksa PETRONAS dan penggunaan wang rakyat: EPF, Tabung Haji, dll. bagi maksud menyelamatkan korporat muflis keluarga dan kroni-kroninya. Hari ini Mahathir merancang menjual Bond-bond kerajaan. Bermakna negara & rakyat akan dibebankan dengan puluhan billion ringgit "hutang jangka panjang".
Jika selama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, beliau bermati-matian cuba menstrukturkan semula perbankan dan kewangan negara dengan cermat dan beretika bagi mengatasi kegawatan ekonomi yang menekan rakyat. Namun Dr. Mahathir mempunyai satu matlamat sahaja, iaitu bertindak untuk menyelamat kepentingan kroninya semata-mata.
"Tiga Sekawan" Menjual Hak Rakyat
Diakhir-akhir ini, (diberitakan & quote) "apa yang paling membimbangkan sekali yang dilakukan oleh Mahathir-Daim-Rafidah ialah: "Tiga sekawan" ini telah membenarkan syarikat-syarikat Barat terutamanya dari Britain untuk memperolehi peratusan ekuiti yang banyak dalam syarikat-syarikat tempatan termasuklah "protected areas" seperti bekalan letrik, air, telekomunikasi dll. Ekuiti saham Bumiputera telah diniagakan dipasaran bebas menjadikan ekuiti saham Bumiputera jatuh menjunam".
Dengan ini bermakna, Mahathir dan kroni-kroni sedar bahawa tindak-tanduk mereka inilah sebenar-benarnya mendedahkan negara kepada "Penjajahan Ekonomi" oleh barat dan kuasa luar yang lain. "Penjajahan Ekonomi" ini akan meletakkan negara dibawah telunjuk barat. Mahathir telah “mengglobalisasikan” harta negara dan hak rakyat. Jangan salahkan orang lain.
Hematnya, ini amat bertentangan samasekali dengan "Dasar dan Amalan" pemimpin rakyat yang sekarang sedang merengkok dipenjarakan oleh Dr. Mahathir, ie: Datuk Seri Anwar Ibrahim - bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Beliau menentang hak rakyat diperjudi dan digadaikan kepada negara luar. Tapi Mahathir tidak peduli. Mahathir tidak pentingkan negara, rakyat miskin dan pengusaha kecil IKS Melayu yang sedang tersungkur. Mahathir hanya pentingkan dirinya, anak-anaknya, suku-sakat isterinya dan kroni-proksinya aje. Proses penggadian maruah bangsa dan negara ini sedang diatur oleh sebuah syarikat Juruperunding Yahudi (Solomon) atas restu Mahathir-Daim.
Hari ini Mahathir cuba bermati-matian mengalih pandangan rakyat dengan berbagai taktik dan cara supaya rakyat menganggap apa yang dilakukannya adalah demi kepentingan rakyat. Saban hari Radio dan TV, akhbar dan ucapan road-shownya membebelkan betapa hebatnya pembangunan negara. Sebenarnya itu bukan kerana Mahathir tetapi kerana rakyat gigih yang bersusaha bertahun-tahun sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri. Apa yang sebenarnya berlaku, Mahathir cuba mengaut keuntungan peribadi dengan mengkayarayakan dirinya dari Projek-projek Mega itu.
Pengusaha IKS Melayu Tersungkur
Mengapa Mahathir tidak bercerita tentang jumlah hutang negara, berapa puluh billion ringgit telah diselewengkan oleh Eric Cheah, Tan Peik Khing dalam Perwaja dan BAKUN?
Cuba Mahathir jawab, berapa ramai pengusaha IKS Melayu yang terlungkup-tersungkur, berapa tingginya % pertambahan inflasi dan kenaikan harga barang keperluan, bagaimana hakisan nilai ringgit berbanding dollar Singapura, berapa jumlah wang rakyat yang disimpanan oleh anak-anaknya, suku-sakat isterinya dan kroni-proksi termasuk para menteri-menterinya dibank-bank negara luar (Bank Israel, dll); berapa jumlah kes-kes rasuah dan penyelewengan oleh para menteri dan kakitangan awam berpangkat tinggi yang sengaja dibekukan atas restu beliau, dll?
Inilah rahasia yang sedang dibongkar habis-habisan oleh rakyat melalui saluran awam seperti Internet dan Ceramah-ceramah BA, akhbar-akhbar tabloid HARAKAH serta surat-surat edaran. Kerana apa yang muatkan adalah berita benar, Regim Mahathir telah menggunakan kuasa polis untuk menyekat penyebaran berita itu. Kununnya ia adalah bertujuan memburuk-burukkan Kerajaan.
Sekali imbas memang benar bagai "memburuk-burukkan" kerajaan, tetapi apa kata kalau selama 18 tahun Mahathir menguaai kerajaan melalui UMNO/BN - didapat kerajaan pimpinannya benar-benar telah "Memburuk" (rotting away)?
Adakah salah mendedahkan "Keburukan kerajaan" untuk diketahui 20 juta rakyat yang selama ini ditipu, dirompak, diperkudakan dan dipeloceh oleh "Regim Rakus" ini?
Pengusaha IKS Melayu Tertindas
Adakah meyakinkan jika para menteri dan pemimpin UMNO/BN dibawah pentadbiran Mahathir hampir kesemuanya boleh jadi kayaraya dalam tempoh 5 tahun?
Adakah meyakinkan jika Mirzan & Mokhzaini anak-anak Mahathir/Siti Hasmah berusia 30-an boleh bertukar menjadi kayaraya multi-billionaire sesingkat masa, padahal pendidikan dan keterampilannya tidak lebih dari seorang budak manja yang masih 'mengopek' melekap ke susu lisut Siti Hasmah - saban hari berfoya-foya dimeja judi 'Roulette" di Casino di Macau, Las Vegas dan Gold Coast berkepit betina segala bangsa?
Apabila kalah berpuluh-puluh juta, maka 'anak salah asuhan' ini pulang merengek meminta “wang paksa” dari syarikat-syarikat yang dalam kesempitan!! Itu baru satu contoh antara ratusan contoh lain!!
Bayangkan dan bandingkan darihal kehidupan seorang pengusaha perabut IKS Melayu yang terkial-kial untuk mendapat kontrak kerajaan dibawah Konsep Payung bernilai tidak lebih lebih dari 100 ribu RM untuk tempoh setahun. Mereka terpaksa bertungkus lumus siang malam bersekang mata menghirup habuk kayu. Padahal Mirzan & Mokhzaini boleh memilih dan menentukan jumlah kontrak dan jenis kontrak yang dikehendakinya cuma dengan memesan seorang peon pejabat ke Perbendaharaan. Sambil menjentik-jentik meja, bank-bank akan bertungkus lumus memperoses kredit Pinjaman berjumlah setengah billion ringgit, TANPA cagaran!!
Inikah cara Mahathir melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang diamanahkan oleh Allahyarham Tun Razak?
UMNO/BN Tidak Lagi Releven
Hari ini rakyat sudah tahu - malah lebih dari tahu dan maklum. Apakah UMNO/BN masih lagi mahu menyembunyikan pekung di dada? Apakah Isa Samad, Rafidah Aziz lebih bersih dari Hamid Osman, Yusof Nor atau Wan Mokhtar? Jika Yussof Nor terlibat dengan pelbagai salah guna wang Zakat, mustahil mereka sekuncu-sekutu Megat Joned dan Rahim Thamby Chik itu lebih bersih dari Yussof Nor dan Wan Mokhtar!!
Malangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu terlalu banyak!! Kerana itu, hampir kesemua Majlis Tertinggi UMNO terpaksa akur dengan kehendak Mahathir "Kepala Taik" (meminjam tafsiran Prof. Shanon). Dengan menurut kehendak Mahathir, mereka tidak akan "dikemutkan" keluar. Kerana 'kemutan' seumpama itu memang buruk padahnya. Mereka akan tersadai kering kontang berhujan berpanas di Sg. Buloh pula.
Sepatah kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, "Jika tidak sanggup menanggung risiko, jangan bicara tentang perjuangan". Nampaknya, para Pemimpin UMNO hari ini adalah mereka yang tidak sanggup menanggung risiko, oleh itu mereka TIDAK tergolong kepada perwaris Anti-MALAYAN UNION!! Mereka WAJIB di SINGKIRKAN saja.
Rakyat Kelantan dan Terengganu sudah menentukan hala-tuju mereka. Kita yang lain bila lagi? Jika kita tidak yakin Dr. Mahathir masih waras lagi, bermakna UMNO/BN juga sudah tidak Releven lagi!
Mohd. Amin Rashid Karim
M. Sc. (Ekonomi & Politik)
IPTS, KL.