Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

Perlu penjelas daripada yang mengetahui !

Can somebody from YEO's or anybody confirm this ?

Subject : YEO'S

Sebenarnya saya dah lama tahu pasal ni dan kilang YEO's kat Shah Alam juga bersebelahan dgn kilang memproses khinzir/pork utk ditinkan. Tak silap saya YEOS ada juga mengeluarkan khinzir/pork yg ditinkan. Saya dah lama tak guna barangan YEOS sejak saya tahu pasal ni.

T/K P/S: jaga-jagalah pasal makan minum kita sebab yg memberi kesan pd hati kita dan doa-doa kita di tolak

-sharifah

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua, beberapa hari lepas ada seorang kawan yang telah terlihat lorry YEOS Di Shah Alam membawa kerbau pendek. Lorry itu kemudiannya masuk ke Kilang YEOS berrkenaan. Untuk itu, mari kita boikot product itu kerana kita tidak tahu tahap kebersihan yang dipraktikkan oleh kilang tersebut. Walaupun tidak pada penggunaan kerbau pendek (mungkin) tapi adakah lori tersebut disamak sebelum membawa barangan lain.

Jangan lupa edarkan matlumat ini kepada orang ramai untuk kebaikan bersama.

Komen Tok Ayah : Pihak kami menerima email ini dan saya meminta jika ada-ada mana pihak yang mengetahu cerita sebenar disebalik massage ini sila kemukan kepada kami kerana kita tak mahu artikal/massage yang meragukan boleh disebarkan sewenang-wenangnya.



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com