24/03/2000
Sudahkah anda semua lupa tentang Lagenda Hang Tuah dan
Hang Jebat di zaman Kesultanan Melaka dahulu. Kisah
tentang kesetiaan dan penderhakaan hulubalang melayu
kuno yang perlu dijadikan iktibar.
"Raja Adil Raja yang disembah dan Raja yang Zalim
perlu disanggah dan Tak kan Melayu Hilang didunia"
Tentu ungkapan ini masih tergiang-giang di telinga
anda...Cuba anda bayangkan jika Hang Tuah dan Hang
Jebat masih hidup di zaman sekarang...Secara logiknya
sudah tentu Tuah akan bersengkongkol pada Raja yang
memerintah (mamanda menteri kita la) dan tentu Jebat
akan berjabat salam dan dengan penuh hati bersatu
dengan Barisan ALternatif...
Tapi pada hakikatnya Tuah sudah tertipu kerana yang
memanda menteri kita bukan berdarah melayu yang
tulen...jikalau ujian DNA dilakukan dan terbukti
positif (bukan melayu tulen- ada sedikit darah benua
lain dalam darah mamanda menteri ),masihkah Tuah akan
mentaatinya...Ingat kata Tuah Takkan melayu hilang
didunia...tapi kalau pemerintah dah bukan orang melayu
tulen macamana...(melayu sekarang sudah bercampur,
macam penulis sendiri JAMBI + SIAM + PATTANI + MELAYU
+ ARAB)
Sudah tentu beliau akan MEREFORMASIKAN diri beliau
untuk juga Menyertai Jebat yang dikatakan penderhaka
tetapi sebenarnya pelopor melayu yang ingin menegakkan
KEBENARAN dan KEADILAN ...
Cuba bandingkan fenomena hari ini adakah lagi yang
sebangsa si Tuah dan adakah Lagi sebangsa si Jebat
atau sebangsa dengan orang-orang besar yang menaburkan
fitnah dan menganiayai Tuah dan Jebat serta mengampu
raja yang memerintah...KITA LIHAT SEKARANG DIALAF BARU
SEJARAH BERULANG KEMBALI...Lebih Jelas dan Nyata
..tetapi ramai yang dikaburi dan ditutupi oleh
SEMANGAT TAK APA...dan SEMANGAT TAK KISAH...SEMANGAT
MAT Jenin
Rakyat yang PASti mahukan KEADILAN dan PEMBELAAN telah
diZALIMI tidak kira dalam apa jua BENTUk...KEBEBASAN
bersuara, kebebasan Media, Kebebasan untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan,...kebebasan dari Lintah darat,
kebebasan memilih pemimpin yang ADIL dan PRIHATIN
terhadap kehendak rakyat.., kebebasan MENGHIDU udara
yang bersih,..kebebasan pada PASIFIS,..kebebasan
beragama...
Adakah kita ini PASrah dengan keadaan sekarang...
mungkin di masa hadapan mamanda kita juga akan menjadi
lebih zalim sehingga KEBEBASAN untuk kita mendapat
zuriat pun tiada...KEBEBASAN untuk mencari pasangan
hidup pun tiada...
Ayuh bangunlah dan bangkitlah BANGSAKU dan Rakyat
Malaysia menentang KEZALIMAN dan PENDUSTAAN ini...
anak_adam