Saya anak kelahiran Kampung Bharu amat terkejut melihat perkembangan mendadak khasnya di Jalan Mahmud Kampung Bharu.
Pihak DBKL begitu ghairah melaksankan jalan satu-hala dari Jalan Raja Muda Aziz tanpa memberikan sebarang notis kepada pihak penduduk setempat. Lebih buruk, mereka telahpun melaksanakan arahan dengan pantas sehingga lupa permasaalahan keselamatan kanak-kanak serta warga tua. Tiada suatu tanda yang mengingatkan pengguna jalan supaya perlahankan kenderaan ataupun "Bum" di bina.
Desas-desus mengatakan bahawa keadaan ini berbentuk sementara kerana soal pembinaan LRT. Saya tidak faham mengapa orang kampung harus menerima berita melalui "Tok Selampit" sedangkan Kerajaan yang mengaku melaksanakan ketelusan tidak mampu menggunakan "Media Kerajaan" yang ada.
Saya di fahamkan bahawa Datuk Bandar sekarang seorang yang berwibawa dan mementingkan kajian terperinci sebelum melaksanakan sebarang langkah. Tapi pelik, hasilnya sungguh mendukacitakan. Kadangkala ini membuatkan saya terfikir yang "Ajen Pembangunan" yang membuat kajian dan memberi arahan kepada DBKL.
Yang menyayat hati, Wakil Rakyat yang ada (Bekas Timbalan Menteri Penerangan) tidak tahu membuat penerangan. Agaknya, sekarang di Kementeriaan Kesihatan, beliau hanya mampu menunggu kemalangan jiwa dari kalangan penduduk Kampung Bharu.
Bagi pihak Warga kampung Bharu, saya mendoakan agar usaha pembangunan dari pihak yang tertentu akan mendapat pembalasan dari Allah S.W.T.
AJ